Saturday, March 30, 2013

Anonymous , sila tampil ke hadapan

hey assalamualaikum eberibodeh

line tenet sekarang ni nganjeng aa . sebab tu aku dah jarang online . time sibuk nak isi borang ape semua ni lah nak buat hal kan . eeeee tension beteii .

bajet seriyes je kan tajuk . tak lah . cuma tertanya tanya aje . hihik

sebelum maghrib tadi aku ada bukak blog kejap . tengok ada komen ni . dari 'anonymous' katenye :


dia komen dekat >SINI<

OHEMJII . semput tak hengat aku . cane kawan abang aku boleh tersesat datang sini ni ? malu ah kawan abang baca -,- . rasa nak rendam muka dalam mangkuk tandas pun ada ni . waaaaaaaa .

aku betul betul tertanya tanya ni . sape ek 'anonymous' tu ? atau , sebenarnya abang aku sendiri ? waaaa lagi lah rasa nak terjun bunuh diri dari pokok taugeh . waaaaaa .

melampau tau anon ni . saje je nak buat aku insekiyo . kahkah . err kalau anon tu baca entry ni , boleh tak bagitau sape ? 

abang abang & kakak aku memang tak tahu dengan kewujudan blog aku ni . aku kekok la nak share . bagi aku , blog ni private kut . eeee geli lah nak bagi diorang baca . haha .

kalau betul lah kawan sekelas abang aku , sape dia ek ? aku bukannya kenal sangat dengan kawan kawan abang ni . just kenal kenal gitu aje . time raya pun aku tengok sekilas gitu je .

nak kata 'anonymous' tu kerja sekali dengan abang kat mentakab , memang tak la kan . sebab abang sorang je dari DG ( bekas sekolah menengah aku & abg ) .

aku pun tak tahu la 'anonymous' ni berstatus kakak or abang . err anon mana ada jantina . hee :P

cane la boleh tersesat datang sini ek . retis sangat ke aku ni ? hot sangat ke ? kahkah . maaf la ek . adik si najmuddin ni memang kekadang gedik sikett .

ke kawan abang yg nama Faiz tu ? baru ni ada terserempak dengan dia kat pasar malam . mak abah sembang dengan Faiz tu . atau pun , anon tu nama dia Redho ? ada la jugak si Redho tu datang rumah jumpa abang . ishk dah nak kerenteng ramvut iols duk fikir pasal ni . pftt .

untuk si anon , jangan bagitau abang pasal blog ni eh ? pelissssss T__T . raya hujung tahun nanti datang la rumah . orang bagi kuih ghaye satu balang . dengan syarat rahsiakan blog ni . ok cun ? 

bhahahaha

sebab apa time raya ? sebab kebiasaannya , kawan abang ramai yg datang beraya kat rumah . err tahun ni , kalau kawan abang datang beraya , aku nyorok bawah katil aa . hakhak .

rententan dari peristiwa ni , beriya aku geledah balik majalah sekolah DG time abang Form5 . siap tilik muka muka budak kelas 5 Amanah batch 2004 . haaa siap ah anon tu . datang rumah nanti guwa sparring lu :P


adik mek
anon - ex classmate abang

Friday, March 22, 2013

The SPM Result & High School Leaver

hey assalamualaikum eberibodeh

disini aku ingin meng-isytiharkan bahawa aku sangat DOWN hari ini . SANGAAATTTT  !!!!

dah . tinggalkan dahulu perkara di atas . 

alhamdulillah . result SPM 2012 dah diumumkan pada khamis lepas . aku gi sekolah dengan mak , abah . alhamdulillah . sekeping slip dah ada dalam simpanan aku . alhamdulillah untuk 11A yang dicatat di slip tersebut . 

ohya , aku ini dari sekolah menengah beragama . sebab tu total subject 11 .

alhamdulillah . alhamdulillah . alhamdulillah . syukur tak terhingga .

aku is menuruni escalator :P

azizah | aku | nadhirah | saiful | ayub
sori la ek . yg tudung hitam tu terkangkang luas pulok -,-
aku dapat sejambak bunga & satu file clear holder yang berisi dengan slip , sesijil bagai . temaseh untuk pihak sekolah .

cukuplah rasa gembira yang tak seberapa itu untuk sehari sahaja . kerana esoknya , aku dah melangkah ke alam baru .

Ikhwan ( the gambargrapher ) | Ayub | Saiful

Din | Buyut | Azim

CheKu | Pian | Amin | Imran

Muaz | Ayub | Buyut | Saiful | Ikhwan
Fadhlan ( kemeja kotak kuning ) . aku nampak dia ni makin kecik . jeles betul guwa .

hari ini , jumaat . petang tadi aku & abah gi Karnival Jom Masuk U . saje lah nak tengok tengok . nak dapatkan pencerahan . booth first yang aku terjah , opkos la booth uni impian aku . 

Booth U___
aku | pegawai U___ ( kut )
" ok adik minat bidang apa ? "
" perubatan "
" untuk asasi perubatan , syarat kelayakan di U___ adalah semua A+ "
* gulp *

ok . di sini ke-DOWN-an aku bermula . dalam slip aku , bukan semuanya dilabel sebagai A+ ; cemerlang tertinggi . bukan semua . bukan semua !!

awal awal , mood aku dah spoil . serius aku tak dapat terima kenyataan yang diorang nak semua A+ . apa dosa aku woi :/ . haa ni dah start emo ni .

tapi , nasib baik la booth uni lain meng-up kan balik mood dahku . takpe lah , uni lain banyak lagi .

bermula saat itu , aku rasa macam ada yang kurang . its not like aku tak bersyukur . tapi aku rasa macam .. entah aa weh . rasa down semacam je .

iyelah aku ni tak dapat nak score A+ semua . iyelah . hm . iyelah .

kau , jangan riak . tahulah result tu gempak berkepak kepak . tapi SPM ni , baru je permulaan . banyak lagi benda nak kena tempuh lepas ni . kalau rasa bangga sangat dengan result tu , mohon pegi frame kan slip tu cecepat . pastu gantung kat pintu rumah ok .

aku pun nak 11A+ . tapi dah rezeki yang tercatat , ini je . alhamdulillah . sekarang , rezeki aku begini . lain masa , siapa tahu ? 

ini semua pinjaman Allah swt semata . dengan izin-Nya . aku ni tak la pandai sangat macam hengkorang semua .

dah lah . terlalu down sampai tak reti nak describe . tak tahu nak tulis apa lagi . bai .


all pic credit to : Ikhwan

adik mek
thanks btw

Monday, March 18, 2013

Wanita Cantik vs Lelaki Kurang Kacak & Wanita Kurang Cantik vs Lelaki Kacak

hey assalamualaikumm eberibodeh

gila berjela tajuk baq hangg 

aku kalau pergi memana , aku suka buat dua hal ;

1. buat muka toya . tak pedulik org lain
2. skodeng orang sekeliling dgn amat amat teliti

hasil dari peng-amatan aku , aku perasan dua hal ;

1. mostly , wanita cantik berpasangan dengan lelaki kurang hensem
2. mostly , lelaki hensem berpasangan dengan wanita kurang cantik

bukan semua . tapi kebanyakan . ada je pasangan yg sama sama hawt bagai pinang dibelah paghang gitu . tapi tak ramai . 

contoh terdekat , aku melantik abang abang & kakak aku untuk dijadikan bahan eksperimen untuk 'Teori Vice Versa' & 'Teori Pinang Dibelah Paghang' aku kali ini

kejujuran 100% diperlukan saat membuat kajian ini . jangan risau , mereka di bawah tidak tahu menahu mengenai eksperimen ini . kihkih .

abg Masri ( ipar ) | kak long

 abg Masri hensem . tapi aku rasa , kak long pun boleh tahan cantik . 
Teori Pinang Dibelah Paghang -

abg Firdaus | kak Fishah ( ipar )
 abang Firdaus kurang hensem . kak Fishah cantik :)
Teori Vice Versa -

kak Aliaa ( awek ) | abg Najmuddin
kak Aliaa kurang cantik . aku lagi cun . abang Najmuddin hensem . sepupu pun ada yg menaruh hati . kawan kawan sekolah & senior aku pun ada yg meghoyan . choyy .
Teori Vice Versa -

so , nisbah Teori Vice Versa & Teori Pinang Dibelah Kapak ialah ;

2 : 1

papepun , jodoh itu rahsia Allah yang telah ditetapkan ketika kita di rahim ibu . ada rahsia di sebalik setiap kejadian :)

btw , beauty is in the eye of the beholder . cantik/kacak itu subjektif . elok di mata kita , belum tentu elok di mata org lain .

100313 ; hospital
aku - kak Fishah
" perasan tak , kalau si perempuan cantik , mesti lelaki tu kurang sikit . dan sebaliknya . kan kak Fishah ? "
" mmg kebanyakannya macam tu . mata org ni lain lain "
" orang ni , tak cantik , tak lawa . mesti suami orang nanti hensem kan ? ihik "
" err . tak cantik lagi ke cani ? "

manusia . memang tak reti bersyukur . eheh

yang ini , teori mana eh ? :P


adik mek
destiny :)

Mini Segmen By AS

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
follow blog AS & like page : DONE
klik heartbeat : DONE
buat entry bertajuk 'Mini Segmen By AS' : DONE
tempek banner & backlink ke entry : DONE
letak link penyertaan di komen : DONE

TARIKH TAMAT : 21 MAC 2013

adik mek
---

Yaya Craft Giveaway

hey assalamualaikum eberibodeh

klink banner untuk join
follow blog yaya : DONE
like pages FB : DONE
klik wow & thankz you : DONE
letak banner & buat tajuk 'Yaya Craft Giveaway' : DONE
tag : DONE ( michelle )
tinggalkan link di entry : DONE

TARIKH TAMAT : 30 APRIL 2013

adik mek
---

Mrs.Erry 1st Giveaway

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
- follow blog mrs.erry : DONE ( #1460 )
- like page 'mrs erry bercerita' : DONE
- buat entry ttg contest , letak banner ( link-kan ke contest ) - DONE
- follow blog sponsors : DONE
- like fanpage sponsors : DONE

TARIKH TAMAT : 19 MAC 2013

adik mek
---

My First Giveaway by AR

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
- follow semua sponsor : DONE
- buat entry tentang GA , copy banner ( link kan ke entry GA ) : DONE
- tag 2 org blogger : DONE ( dina | kak aini )
- follow blog newbie : DONE

TARIKH TAMAT : 19 MAC

adik mek
---

Segmen Lucky March

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
- copy banner , tempek dalam entry ( link kan ke entry segmen ) : DONE
- follow senarai blog : DONE
- like pages FB : DONE
- tinggalkan link di entry : DONE

TARIKH TAMAT : 18 MAC 2013 , 11:59 PM

adik mek
---

Friday, March 15, 2013

Sayalah Si Nangka Busuk

hey assalamualaikum eberibodeh

hihi . aku kembali . sorry sebab buat tertunggu lama . ceh sape yang tunggu tah .

aku nak kasi nama minggu ni , ' Minggu Cobaan ' boleh ? sebab macam macaaamm jadi kat aku . takpe lah , ada la pengajaran Allah nak bagi tu . lama sangat dah kut hidup sihat terkinja kinja . haa padan muke aku kan .

hari isnin , aku balik rumah dari SINI . malamnya , cg memandu ( cg mak ana ) , text aku . esok ada class memandu , katanya . fuh macam tahu tahu je aku dah balik kan .

hari selasa , semasa buat latihan motor kat litar , yu knoww what heppen tu mieee . i jatuh gedebuk yu know dari motor . sangat feeling nangka busuk time tu . beza nya , aku berkemeja kotak kotak tapi nangka busuk naked ok . dah ler ramai yang menunggu turn nak naik titi tu . eh aku pulak pegi buat drama swasta kat depan tu . tskk .

hai uolz
tayar depan motor jatuh ke kanan , tayar belakang jatuh ke kiri . aku tak perasan pun tayar belakang tu jatuh . cis !

nasib baik la helmet aku ada visor . kalau calar muka ni mmg merudum saham guwa .

mamat kat belakang sempat lagi tanya " sakit ke tak ? " . eh hawak ni . motor tu hempap kite kut . kite pelangkung karangg . hahaha . dah la tunggu cikgu hensem rambut pacak tu datang , tak muncul muncul . aku bangun , angkat motor honda yang beratnya mak aii macam nak tercirit pun ada !

ala time tu nak jaga title taiko punya pasal , berat macam mana pun kau redah aje . godek punya godek tayar tu , akhirnya pheww . mission completed *sapu tangan*

balik rumah , berdekah dekah aku gelak bila cerita kat mak 

selasa | petang
mak - aku
" mak . tadi orang jatuh motor . HAHA "
" hah ? dahtu ? eh dia ni . result dah la nak tau dah . bla bla bla ( to be continued ) "
" eh sikit je pun . jatuh dalam litar je . bukan nya rempit  . tak sakit pun "

mak kalau dibiar ber ceramah , mmg takkan habis . nasib aku pintas dulu . hehe .

esoknya , dah terasa sakit . tsk . aku ingatkan biasa je la . sehari dua nanti mungkin hilang . sempat lagi push up , dukung Hariz sana sini . makin sakit la pulak tangan tu .

harini , dah bengkak woo . panggil macik tukang urut datang rumah . last sekali aku berurut time umur 5 tahun . time tu patah kaki . aku panjat meja kat tadika , jatuh persis nangka busuk lagi , dan meja itu menghempap diriku . 

aku ingat kan cedera ringan je tangan ni . rupanya dislocate dari bahu hingga hujung jari . sakit la jugak macik tu urut . dah cuba nak maintain kan riak muka , tapi berkerut jugak dahi . cis hilang macho aku .

hasil berurut tadi , tangan aku panjang sebelah . series wehh . bagi balik kepanjangan original tangan aku woi :/

and now , masih sakit sakit lagi . nak angkat pinggan seketul pun sakit . nak gerakkan cursor pun lemah gemalai . sobs .

harap cepat cepat la baik tangan ni . hari selasa nanti nak rempit + drift balik . cecehh 


adik mek
buas

Saturday, March 09, 2013

CoolBlog Girl Wannabe

hey assalamualaikum eberibodeh

semalam pegi Karnival Buku dengan abah . bukan nak pegi sangat sebenarnya . sesaja nak cuci mata . plus nak gi skodeng orang >,<

kurung biru , bawal kelabu , slipe jepun anamichi . memang selekeh habis semalam . dah tua tua ni makin malas nak melilit lilit .

buku INI pun ada lagi yang tak habis baca . turun dari rumah dengan niat nak-beli-seketul-dua-aje buku . sampai sana macam nak meninggal tengok buku buku tu . kenapa banyak sangat Sophie Kinsella's ? T__T

abah macam biasalah , tengok buku buku agama . aku ni kalau buku buku formal memang kurang sikit lah . beli tapi tak terbaca pun . buku motivasi yang aku beli time form3 pun aku bace separuh aje . yang dapat hadiah time form 3 tu lagi la tak terbaca . tskk .

alhamdulillah . memang niat aku terlaksana . beli seketul dua aje buku . buku dari luar macam INI , seketul tu dalam RM 30 - RM 50 . pehh . mana nak cekau duit nak beli levis ke padini ke converse keeee nanti . kesian betul hidup menganggur ni .

act , kawan aku ada kerja kat sana . 3 orang - Ikhwan , Didi , Syafiq . titibe tersegan pulak dengan beliau-orang . sebab lama tak jumpa kut . kat sekolah tiap tiap hari hadap muka memasing . eh benci betul la rasa segan segan ni . mana confident level aku woi . kahkah .

dahtu ada pulak kedai jual cincin gelang rantai semua . aku suka rantai . tapi tak beli sebab tak elok la kalau pakai tudung tapi tayang kan rantai tu  . dahku melekat lama jugak kat situ . rembat jugak seketul dua . rasa loser betul bila tak dapat nak tahan nepsu bila tengok menatang tu . arghh .

kesian adik yg jual kat situ . bertalu talu aku tanya " kalau awak , awak beli yg mana ? " , " kalau awak , awak suka kaler hitam ke merah ? " . mwehehe

time balik tu singgah Giant jap . nampak kertas A4 kaler kuning bertulis 'pekerja diperlukan . perempuan sahaja'  ditampal kat gerai coolblog . sempat lagi aku verangan aku kerja kat situ . mesti comel kan ? kedai dia kan comel pink pink gitu . mesti la aku pun jangkit jugak comel tu .

COMELNESSSSSSS
teringin la pulak nak kerja kat coolblog . rasa macam main game Cake Mania aje . hehehe . nanti lah kalau cuti sem matrik kepe aku balik , aku keje la kat situ . jadi coolblog girl gitu . haa tengok verangan tak sudah .

macam yakin je kan dapat masuk matrik . pfft . result SPM lagi 11 hari nak keluar . amagad .


adik mek
coolblog girl wannabe 
:P

Wednesday, March 06, 2013

February End Awards

hey assalamualaikum eberibodeh

setelah kejadian INI , kejadian itu berulang kembali untuk bulan February . mihmih

the winner goes to .....
.
.
.
Shar90 ! tah hape hape tah dia komen banyak sangat tu . bhahaha .

Shar90 ( JUARA )

Acik

CheqKaq 

Kak Aniss 

Kak Hafizah

Kekda

 Michelle

Kak SheKechik

Kak Nia 

Kak Aini

 Kak Mar

and dahku sebagai taiko di sini , mengucapkan infinity temaseh kepada korang semua yg sudi menapak di belog picisan ini . tsk terharu wa cakak luu . tsk tsk .

ok dah jom terjah belog diorang ! :D


adik mek
big thanks . melaffyou 

Tuesday, March 05, 2013

Putih Putih Melati - ST12

hey assalamualaikum eberibodeh

" putih putih melati , merah merah delima . siapa yang baik hati pasti ku terima "

Pepep ( specky ) | Ridho ( new vocalist )

entah di mana spesialnya lagu ini . liriknya kelakar sikit . hehe . but i've raped the replay button .

i loiiikeeee

anggota asal band ST 12 ada 4 orang : Pepep ( drum ) , Pepeng ( gitarist ) , Imam ( gitarist ) , Charly ( vokalist )

Pepeng | Charly | Pepep
salah seorang ahli band ST 12 , Imam , meninggal dunia . sekarang , Charly & Pepeng dah keluar group . tapi band still ada . tak bubar pun . Ridho Tuah jadi vocalist baru .

Chord Putih Putih Melati - ST12
A#m
Siapa bilang aku seperti dia
F#

Siapa bilang aku cintai dia

G#

Sesungguhnya aku tk benar2 cinta

C#              F

Karna kau tk seputih melati

A#m
Kalau ada hitam pasti ada putih

F#

Jika hatimu kelam tak mungkin bersih

G#

Tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih

C#                     F
Karna kau tk seperti melati ohhh


Reff:
D#m      G#

Putih-putih melati

C#      A#m

Merah-merah delima

D#m            F

Siapa yg baik hati
           A#m   A
Pasti ku terima ahhh...

aku nak try chord tu jakgi . harap mak tak bising dengar aku ketuk gitar . mihmih

Ridho Tuah
you know what , looking at this guy reminding me of someone . err tehee . senior aku . macam muka Ridho Tuah .

030912 - 9:00 PM
" salam . best bawak motor EX ? "
" wsalam . sape ni ? "
 " pemain kompang "
" best aa naik EX . 'pemain kompang' ? panjang sgt namanya "
" nama ? dirahsiakan . hehe . clue ; budak lower six "
" err kite mana kenal budak lower six "
" dahtu . nak kenal ke tak ? "

err


adik mek
2012 - annoying
2013 - kenangan :)

Monday, March 04, 2013

Ways To Style Your Bag

hey assalamualaikum eberibodeh


style aku galas bag : A , B , C , D

tapi aku suka buat B . hehe


F tu , err jarang jarang .

style korang yang mana satu ?


adik mek
rush update 
- emergency

Sunday, March 03, 2013

Taiko Rempit vs Taiko Drift

hey assalamualaikum eberibodeh

hai buat kalian semua yang merindui . hikhik .

maaf . sekian lama menyepi tanpa khabar . well , taiko dah kembali nak gegar hidup lu orang depan depan . ada bran ?

oh ya . aku dah boleh drive . lesen tak dapat lagi nya pun . ondewei belajar . saja kasi gempaq sikit cakap boleh drive bagai . bajet pro . dahal jerit sakan bila kereta ter-undur bila buat bukit parking . booo bella boooooo . melayang jiwa taiko .

orang lain semua dah dapat lesen . aku je baru merangkak . lewat kan ? aku tak kisah sebenarnya nak buat lesen bila bila pun . just ikut abah . takpe la lewat sikit dari orang lain pun . at least takde la sesak sangat pusat memandu tu .

aku kat sana sorang sorang je . tak buat pakatan pun dengan sesape nak buat lesen sekali . first class KPP , aku dikelilingi oleh ahkak ahkak berumur 20++ . gediknya boleh tahan . doplohpatjam duk tepek muka dengan compact powder . stok sembur perfume merata rata . tahulah kite ni stok bau softlan je . takperlu lah sampai aku sekali disemburnya . cedih titew .

alhamdulillah . lulus ujian undang undang berkomputer . 49/50 .

untuk dapat lesen L , perlu buat praktikal 3 jam di litar . for me , both ( motor & kereta ) . so aku buat praktikal 3 jam motor & 3 jam kereta dalam sehari . ada ruang , malas la nak tangguh . 

untuk kereta , aku dapat 2 org cikgu lelaki . jam pertama , cg ____ . aku tak ingat nama dia senanya . hairan aku dengan cg ni . dia pulak yg malu malu dengan aku . aku yg perempuan ni watlek je . haih over betul cg tu .
tapi . malu dia tak lama . jenis dia cani tau , bila aku boleh drive , tak buat silap , dia akan puji habis habisan . bila aku buatje silap sikit , marah kaw kaw . eh aku ni as beginner time tu , kira ok la jugak kut sebab viva tu tak mati pun . cuma ada sekali tu , aku terlepas clutch . dia punya membebel , Allah je la yg tahu . dia tunjuk tanduk , aku pun tunjuk taiko la . geram punya pasal , aku menjawaaaab aje bila dia membebel . serius rasa nak hangguk kepala dia kat dashboard . seriusssss .

cikgu yang kedua pulak , terlebih ramah . ramah dia tu sampaikan aku rasa macam 'errr' . HAHAHA .

me | cikgu memandu
" awak 18 kan ? tgh tunggu result ? "
" iye . cg umur berapa ? "
" haa sy suka soalan tu . awak rasa ? teka la "
" 40 . ke lagi tua ? harharr "
" kira saya taleh jadi menantu ayah awak la ni ? "
" tak . tua sangat "
" hm . tua sangat kan . aha "


- dahal dia baru je 28 . mau sentap bila aku kata 40 . kahkah
_____________________________

" awak pernah bercinta ? "
" tak "
" ye ke ? tak percaya aa "
" betul . sy ni rock cg . jiwa taiko . hah kewrlass kan sy cg "
" rock oo ! haha "
" aha "
" tapi kelembutan tu ada kan "
" eh mesti . sy taiko hati pink "
" maksud ? "
" dalaman tu lembut aa . ceceh "

________________________________

banyak sangat duk borak dalam kereta . cg tu pun asyik gelak je . over mesra rakyat kah aku ? bhahaha

balik rumah , aku pening + headache . malam tu muntah muntah . over sangat kut pulas stereng sampai muntah bagai . haha . tak pun sebab borak dengan cikgu tu banyak sangat . or sebab aku terpaksaa pakai helmet kat pusat memandu tu yang baunya maigod rasa nak rendam kepala dalam clorox 2 jam . hm korang rasa yg mana ?

se-rock aku pun , cuak jugak bila dipanggil 'sayang' . bukan sekali malah berkali kali . boleh eksiden aku hoi :/

asbestos betul cg tu . grr

cikgu tu bukannya gatal sangat . lelaki , biasalah . cuma kena pandai adapt with situation la . baru rasa macam tak kekok . asal tahu batas , cukup .



buat acc twitter baru . nak borak panjang , jum SANA


adik mek
i'm back