Tuesday, May 21, 2013

Selamat tinggal kerinduan :)

hey Assalamualaikum eberibodeh

Rindu.

Gila tak rindu blog. Tapi nak buat cemana, keadaan tak mengizinkan. Aku tengah sibuk ni. Sibuk tahap tera giga. Sibuk buat preparations nak tempuh dunia baru.

Dunia baru di University Malaya :)

Nanti aku sambung apdet lah. Nak sambung packing barang ni.

Klik untuk tumbesaran yg sehat

adik mek
PASUM-ian to be.

Saturday, May 04, 2013

Merisik - Bunga , dah berpunya atau belum ?

hey Assalamualaikum eberibodeh


Semalam ( Jumaat ) , keluarga aku pergi 'merisik' . Tahu kan merisik tu apa . Adat orang Melayu lah sebelum bertunang tu .

Merisik untuk siapa lagi kalau bukan abang aku . Si Najmuddin tu .

Kitorang pergi dua buah kereta je . Buatpe ramai ramai macam rombongan cik kiah . Merisik je kut . Aku naik Vios Abang Pi . Sekali dengan Kak Fishah ( kakak ipar ) & Hariz ( anak sedara ) .

Otw . Kak Fishah duk perli aku . Katanya, aku melaram mengalahkan bakal pengantin perempuan . Eheh . Aku rasa biasa je kut . Berkurung coklat gelap & bawal kuning teghang . Cuma baju aku je la . Penuh dengan sulaman . Sekali tengok pun aku rasa macam baju nak bertunang . Err .

Kak Fishah tanya aku ;

" adik rasa , bila adik kahwin "
" org rasa org kahwin lewat kut . abah pun cakap org mungkin kahwin lewat . tsk "
" hah ye ke ? "
" entoh ler . abah cakap org mungkin kahwin umur 30 . sebab busy dengan study "
" eh . Kak Fishah rasa adik kahwin awal "

Abg Pi menyampuk ;

" entah entah belum habis belajar dah langsung "

Masing masing gelak . Gila .

Titibe bahas soal masa depan aku pahal ? Haha . Bukan aku yang nak di-risik . 

Sampai sana . Blah blah blah bincang bila nak bertunang . Bila nak langsung . Cakap cakap orang tua . Biasalah . Aku tak ikut campur .

Abang mungkin bertunang hujung tahun ini . Kahwin mungkin bulan 3 tahun depan . Cepatnyaaaa . Sampai hati kan nak tinggal orang membujang sorang sorang . Huiiiiiii sumpah aku tak sanggup lagi nak hadap soalan bila-nak-kahwin-?

Aku muda lagi kut . 18 pun belum cecah .

Sekarang memang . Boleh la cakap 'aku muda lagi kut . 18 pun belum cecah' . Tapi bila dah umur dua puluh lebih nanti ? 

Serius aku taknak men-dewasa . Serius .

Aku taknak kahwin lewat . Pun serius :)


adik mek
jodoh , CUDIPT :P

Thursday, May 02, 2013

Bunga Merah Punya

hey Assalamualaikum eberibodeh


Ini entry kosong je act . Suka cerita Bunga Merah Punya ? Hari khamis , 8.30 malam . Aku suka gila :D

Dulu aku kurang suka Zul Huzaimy . Tapi disebabkan Bunga Merah Punya ( BMP ) , aku macam err aku err macam err kagum gila dengan dia . He's director of BMP btw . hehe . Lagu lagu dalam cerita tu semua dia buat . And dia yang nyanyi . Cuma ada la jugak yang Izzue Islam punya version .

Tapi serius , aku suka Zul Huzaimy sebab dia puitis :)

Kalau tengok BMP pun , kau dah boleh tahu Zul Huzaimy tu , jenis yang macam mana . Sangat sangat pandai main dengan bahasa .

Kalau kau menghayati betul betul lah everything in the story .

Dan kalau kau pun cinta puisi :)

Sekarang ini aku sedang karok lagu lagu BMP . Ohya , aku tak pernah skip tau cerita ni ? Sampaikan kerja basuh pinggan pun aku tunda lepas habis BMP . Hehe fanatik tak ?

Lepas BMP aku tak terus online . Sebab takut nanti makin tertunda pula kerja aku . Ni ha baru lepas bersihkan sinki la ni .

Haritu , aku lupa episod BMP yang ke berapa . Tapi , ada penampilan khas Zul Huzaimy . Dia ber-piano . Serius , aku kagum . And , melting for sure .

Kau boleh bayang tak macam mana perasaan orang yang eeee minat minat sangat sangat sangat kat sesuatu tu ? Eeeeeeeeee tak boleh nak cakap lah :'D Ternganga tengok dia ber-piano . Rasa macam nak kesat hingus kat tudung orang sebelah pun ada . 

Aku tweet & mention Zul Huzaimy " Ternganga sambil tersengih tengok abg @ZulHuzaimy berpiano tadi ! "

Ehem , 'abang' sangat kan .

He'd retweeted . Dan aku rasa macam nak pengsan .

Serius cakap .



Ada lagi nak masukkan vids . Tapi tenet problem ke hape tah . Herh . Hadap je la dua di atas .


adik mek
poetry .