Wednesday, October 22, 2014

Pre-Birthday

hey Assalamualaikum eberibodeh

Biology's Lab
20/10/14

" Bella. nanti birthday Bella nak ape ?"
" erkk ... kenapa titibe je ni haha "
" weh Tirah. tak seprais la camni! ade pulak tanye awal2 "
" HAHAHA "

" em orang taknak pape pun. orang nak Tihash dgn Tirah je kat sisi orang "


acece bajet suwit pulak :')


Physic's Lab
20/10/14

" Bella nanti nak ape birthday ni "
" hehe Tirah ni. toksah laa sesusah "
" biarla. org nak bagi jugak "
" takyah laa Tirah. org taknak hadiah pun. em nak kad boleh ? "

macam dah lama tak letak gambau diri sendirik herher ;P

bella - tihash - tirah
ok yang menyelit kat belakang tu Taufik. nyebok aje -.-

titibe macam tak sabau nak tunggu 10/11. plus tahun ni untuk pertama kalinya aku jumpa org yg sama birthday dgn aku. eksaited kot! hehe


adik mek
trio rabidz

Tuesday, October 21, 2014

Dear Hawa

hey Assalamualaikum eberibodeh

Encik Zul's lecture
Oct, 2014

" Bella. Kenapa Bella pakai handsock ?"
" err sbb saya memang pakai handsock hihi "

ok sebenarnya tak tau nak jawab apa. Encik Zul pun titibe je kan tanya mcm tu >,<
jap pastu aku jawab ;

" err sbb lengan baju kurung ni kan besar. nanti nampak la aurat kat dalam ni kalau tak pakai "
" ok bagus Bella. anak2 saya pun semua pakai. yang tak pakai tu, jangan terasa hati "

one of my klasmet, tunduk.

aku tak tahu jawapan aku tu the best answer atau tak. 

em sebenarnya aku serba salah masa nak jawab tu. sebab my gegerl klasmet bukan semuanya pakai. aku risau if jawapan aku tu menyinggung perasaan kepe.

maaf kalau jawapan aku tu bunyi cam poyo ke apa ek. aku dulu tak pakai pun handsock, stokin kaki ape semua ni. tak istiqamah. rasa nak pakai, pakai. rasa rimas, tak pakai.

tapi Alhamdulillah sbb sekarang dah berjaya tetapkan hati. aku ni bukannya muslimah sangat. perangai pun gila gila hehe. tapi mana yang boleh jaga, aku jaga. 

kalau tak bermula dgn 1st step, cane nak istiqamah kan? 
jom la slow slow try pakai. kaki tangan pun tak sunburn tau! hihi.



em lama tak jumpa kan?
maaf la. sibuk >,<


adik mek
hai juri debat! balik cuti tak?
hewhew ;)

Friday, June 13, 2014

Alumni PASUM

hey Assalamualaikum eberibodeh

err nak tekan kibod pun kekok ni. lama beno tak hadap blog nya!

yang paling geram, time2 sental baju, basuh pinggan kemain ligat pala hotak duk fikir nak cerita ini nak cerita tu kat blog. bukak blogger.com, click new post terus blank.

T___T

banyak sangat cerita tak tau nak mula yg mana satu -..-

currently aku kat rumah la sekarang ni. 13 April haritu dah selamat la aku landing kat bumi terengganu ni. senanye 13 April tu aku ada interview for UM degree. tapi aku tak pergi pun. sebab 14 April aku ada interview kat pahang. sebab tu la mak ayah aku kecoh suruh balik cecepat. sebab nak kena pergi pahang lg. thats why aku balik dgn flight pagi 13 April tu.

sampai je rumah, terus bertolak ke pahang dengan abang & abah. abang aku mmg duduk kat pahang pun. kerja kat hospital sana. kebetulan rumah dia dekat la jugak dgn tempat interview tu.

8 May, aku ke kelantan dgn abah. interview lagi pada 9 May  aku asek pegi dgn abah je. mak tak ikut sebab kak long tgh berpantang kat rumah. takkan nak tinggal kan.

13 May, aku ke pahang lagi. untuk interview jugak, tempat yg sama mcm haritu haha. interview 14 May. and 24 May, aku ke kelantan, untuk interview jugak.

and camtu la hidup aku sepanjang bergelar alumni pasum ni. asek attend interview je. naik muak dah rasanya

*korek hidung jap

aku tak kerja pun. aku mmg suka duduk rumah je. tapi kalau dah masuk blaja, mesti dah tak balik rumah. hehe mmg jenis camtu nak buat cemano.

and sebenarnya aku pun tak tau lagi aku nak pilih jalan mana for degree nanti. kalau korang follow blog aku dari dulu mesti tahu cita cita aku apa kan. tapi jalan yg aku nak pilih nanti, bukan atas pilihan aku pun. for my parent's sake la senang cite.

aku tak boleh terima gak pendapat diorang dulu senanye. tapi lepas aku istikharah, mmg aku yakin dengan pilihan aku ni ( which is my parent's choice dan benda yg aku paling tak minat dulu. dulu :) )

dan aku rasa pilihan ni mmg sesuai kot sebab aku memang selalu mengimpikan sebuah keluarga yg best dan kalau dah ber family nanti aku nak banyak spend time dgn diorang. senang cite, satu 'rumah' yg homey la.

hm geli la pulak fikir2 nak ber family ni hahahah ampun buk!

boleh guess tak bidang ape aku nak pilih ni? ngeh3




gambar sehari dua sebelum check out selamanya from 12th college, UM. Kolej kediaman Dr. Raja Nazrin Shah, will miss youuu :'3

" bella kalau bergambo tak pernah nak senonoh sikit " - kawan

BHAHAHAHAH

so sekarang memang aku stay rumah je la. main sudoku, bace novel, buat bintang, gelak sorang kuat2 acah2 saiko sikit.

result pun dah tahu. Alhamdulillah. dan sekarang ni tengah tunggu panggilan je la. kalau dapat intake bulan 6 ni, aku pegi la. kalau tak, tunggu intake bulan 9.

bulan 9 lambaaatttt sangaaaaaaatttttt lagi. org dah tak sabo la nak masuk blaja! boleh kematu satu badan la duduk rumah lame2 ni :/

well, doakan aku dapat yg paling cepat ni. lagi 2-3 hari je lagi nak tahu sama ada dapat ke tak mwehehe

btw goodluck to my junior in UIA. moga dapat tamatkan foundation law tu dgn baik! ^^


adik mek
org UM,
all the best in your final year :)

Wednesday, April 09, 2014

babysteps to the end - PASUM

hey assalamualaikum eberibodeh

february; 2014

" taknak habis! "
" amende bella... "
" taknak habis pasum. rasa cam nak repeat balik minggu orientasi! "
" ya Rabbi. org nak cecepat habis pasum. seksa tau dak duduk sini "


'memangla seksa. tapi tak sanggup nak tinggal. nanti takleh nak jumpa awak semua dah'

mac; 2014

" tak sedih ke? "
" sedih apenye "
" pasum dah nak habis. sumpah sedih gila aku sampai nangis2 tadi "
" pehal la kau emo sangat ni bell haha. aku takde rasa pun "
" entoh. nak peod kut hmm tapi mmg sedih! "

april; 2014

" titibe aku rase sedih lak nak berpisah dgn korang semua "
" haaa tau pun. sy dah sedih lama dah "
" haha. hm nanti tak jumpa dah. mesti rindu nak gaduh "

_____________________________________________

esok 10/04 last payyper - english
for sure la harini dah kira merdeka kan :D

harini rasa free gila. tak dekat pun dengan meja study. asyik menempek kat katil je, on laptop pastu nazira si balconymate dtg join karok sesama hehe. selama ni takde maknanya nak hidup mcm ni. asyik duduk kat kerusi meja study je. makan tido semua kat situ. katil mmg tak jejak la.

tibe hari ni terbalik lak ye hehe. rasa macam lain. yela dah tak rushing nak buat tutorial, nak buat nota, nak study test. free.

dah takde dah semua tu. lectures and tutorials dah lama habis. final exam pun inshaaAllah akan habis jap lagi je.

yes, PASUM dah nak habis.
bai pasumian
bakal alumni pasum menanti :')

_____________________________________________

lama kan tak hapdet?! hihi jangan marah. busy la kat sini hehe.

oh btw all the best awak di upsi. gudluck pentanque esok. just try your best and put your trust in Allah.
menang kalah belakang cite. k?

:)


adik mek
counting days.
counting stars.

Friday, January 24, 2014

Open Interview Stewardess

hey assalamualaikum eberibodeh

me | acap ; 200114
" Open Interview MAS Flight Stewardess
will be held at MAS Academy Kelana Jaya
on 25th January 2014 "

" jom. haha "
" shh shh. Probability k "
" haha gudluck! "
" you too! "

acap tu classmate aku. tak sangka dia ajak aku pergi interview tu haha. dia tu memang aku tahu la sangat bercita cita nak jadi steward. tapi mak dia yang paksa masuk Pasum.

aku. nak pergi ke?

:D

stewardess one of my list yang aku tahu benda tu tak mungkin tercapai. mustahil weh. but still aku suka. travel. dikelilingi gadis cantik, lelaki maskulin, berprotokol.

heaven.

aku | mira vincent ; 200114

" weh weh acap ajak aku pegi iv stewardess. BHAHAHA "
" pegi la bella. kau kan cantik. flawless. tinggi. pegi la "
" haktuih. bhahaha "

" kau nak pegi ke? penat penat kau masuk Pasum, belajar Biology weh last last jadi stewardess " - nazira-jiran-bilik-sebelah

hahahaha

kawan kawan aku suruh aku pegi haha bongok. mak aku pun sama naik beria nyaa. aku ingatkan mak aku nak marah tapi sebaliknya pulak. HAHA. 

aku | mak

" mak, kawan org ajak pegi iv stewardess. MAS "
" haa pergila. try. stewardess ni bukannya dorang nak cantik sangat "

amboi mak. sentap di situ hokeh. tsk

aku bagitau abah. abah gelak je. abah cakap yang stewardess ni bukannya permanent. akan ada satu masa, akan stop. had umur. hade engko nampak stewardess keghepot?

cousin aku ada sorang stewardess. takdela cantik sangat. boleh tahan la. hitam manis. tapi sangat murah senyuman. body proportion memang cantik la. anak dua pun selim melim lagi. dia cakap, kalau time pregnant, tak fly la. kena campak belakang opis. haha i mean stay kat office je la. berat badan kena mantain. salu timbang.

kawan aku pernah pergi iv stewardess ni. berat badan dah ok, cumanya kaki tak cukup panjang.

terus tengok kaki sendiri. tskk

aku ni takde la tinggi sangat. around 160+ macam tu je la. tapi kira dah lepas ape nak apply stewardess :p berat toksah cakap aa, asyik increase linearly je. bhahaha. plus, titew tak cantik ponss sobss.

plus, you know how real stewardess ni mcm mana. kan :)

Syarat Permohonan dan Kelayakan
  • Warganegara Malaysia, berumur antara 18 – 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Lulus SPM / setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • ‘Fasih’ bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. (Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan)
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dan berat badan yang seimbang.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik (tidak rabun warna).
  • Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tinggi ke arah kecemerlangan di dalam khidmat pelanggan.
for those yang berminat tu, pergi la. pastu share exp hokeh !! all the best :))


muka macam ni nak jadi stewardess? kirim salam sikitt kahkah.


 adik mek
exam mode; OFF