Tuesday, April 17, 2018

Kisah Sedih di Malam Hari

Hai Assalamualaikum :((

Haa nampak tak kemain sedihnyaa haha, Al kisahnya malam ni I dengan classmates gegirlz I (kecuali Aida sobs) plan untuk keluar makan. Kitorang rancang nak makan kat ABC (Anak Besut Container)

ABC tu tempat makan western food. Ada chicken chop, spagetti, burger, fries, lamb chop dan segala mak nenek western. Sedap dan sangat murah! Sebab tu kitorang suka makan kat situ mwehehe

I baru je verangan nak buat entry tentang Western Food kat ABC. Tapi nak buat cemana takde rezeki..

Tapii yang lagi sadisnyaaa isss next kedai pun tutup! Memasing dalam kepala da mindset nak makan western kan so camne pun nak cari western food jugak! #perempuansangat #perempuanfuhh #nursajatperempuan (titibe)

So kitorang gugel je kat mana lagi kedai western area Besut & Jerteh. Jumpaa la kat FB, namanya 3R Cafe. Tengok gambar gambarnya peh tempting siot. Kedainya area Kuala Besut. Walaupun masa tu kitorang kat Jerteh tapi gagahkan jugak ke Kuala Besut hujung sana. Demi seketui western

Andd sebelum sampai 3R Cafe, kitorang lalu depan kedai Qaseh Signature which is kedai western food jugak. Pun tutupppp. Sampai kat 3R Cafe pun tutup!

Haha apala nasib malam ni. Takpe takpe, ada hikmah la tu kan. Maybe dia nak suruh keluar ramai ramai dengan Aida sekali kott next time hihi

Last last pergi kedai area jeti Kuala Besut. Ada macam food court laa camtu. Tengok label ada tulis 'Western Food'. Kitorang pun ape lagi semangat la nak makan situ. Kemain order cikencop masing masing last last hampeh. Macik tu baru gitau cikencop takdee. Pfttt da la lapar ni. Nasib baik masih lagi #perempuanfuh kalau tak dah flip meja tadi

Jadi I order Kue Teow Tomyam. I gitau Anis tadi malam nie tak lena tidur kot ni. Putih mata tak dapat western kahkah sabau ajele

Papepun Alhamdulillah kenyang~

Sorry sis mampu throwback gambar je huaa nie time makan kat ABC bulan bape tah haritu T__T

BellaChan
Dah bersyukur ke belum harini?

Keep Positive!

hi Assalamualaikum!

Alhamdulillah masih lagi berkesempatan solat subuh pada waktunya harini :)

Bimbang, 
Kalau-kalau Allah tak kejutkan untuk solat lalu kita pun terlepas solat. Allahu..rasa sangat macam Allah tak sayang kan? Tapi aku tahu, Allah sayang setiap hambaNya. Setiap yang berlaku tu ada mesej dan peringatan dariNya. Cuma.. tulah. Ralat sangat kalau kita diuji dengan bangun lewat untuk solat, terlepas solat atau leka dengan hal lain (dunia) sampaikan solat pun tah ke mana mana

Lagi satu kalau kau ada dalam kalangan orang yang OK, takpe. Boleh saling tegur tegur saling kejut kalau lewat bangun ke ape. Tapi kalau tak? Haa yang tu kena usaha sendiri la. Tiap tiap malam sebelum tidur aku doa banyak banyak kat Tuhan supaya kejutkan aku pagi untuk Subuh

Alhamdulillah, setakat nie masih bangun pada waktunya

Soo pagi ni macam biasa ada class. Tapi harini mula lambat sikit yay! Hehe jadi pagi pagi ni kita check emel, FB, Shopee (ehh titibe) haha yelaaa aku order barang haritu dia tak pos pos lagi okeyyy. Menyampah maks 

Image result for keep positive

Hmm lately ni aku cuba untuk positifkan diri. Sebab rasa macam banyak sangat aura negatif kat sekeliling ni haha. Tiap hari aku akan cuba buat 3 perkara ni:

Refleksi 
Daripada sini la kau dapat nilai baik buruk diri sendiri, apa yang bagus, apa yang perlu ditambah baik. Time ni jugak aku suka fikir kenapa dan kenapa benda tu jadi. Puncanya daripada aku ke? Tapi ingat, jangan menilai orang lain tau. Nilai diri sendiri dulu sehabis tilik :)

Mindset
Kadang kadang tu ada isu yang buat kita rasa geram, nak marah, sedih. Emosi. Aku tak menafikan hak emosi dalam diri masing masing. Sumorang berhak untuk ber emosi. Sumorang ada emosi. Cuma yang membezakan adalah macam mana kau react dengan emosi tu. Adakah kau emosi sampai berbulan lamanya? Adakah kau ber emosi sampai effect diri, effect diri sekeliling? For me, emosi tu berhak dilayan untuk tempoh yang tak begitu lama, dan kau kena come out with the solutions apa yang kau nak buat hasil daripada emosi tu? Kat sini, yang paling penting ialah mindset. Kalau kau marah dekat seseorang, marah yang amat sangat, cuba fikir balik sampai bila nak berkeadaan macam tu? Bahagia ke kalau selamanya nak marah? Ye tahu dia yang bangang sebab buat benda2 bangang tu yang membuatkan kita marah. Tapi ni soal diri kita kot? Nak taknak you kena create 1 mindset untuk stop benda benda negatif macam tu. Anggap lah setiap yang berlaku tu ujian. Bunyi macam cliche kan? Ha ah cliche yang memang realiti. Setiap yang berlaku, ialah pelajaran untuk diri kita tau? Kita tengok dia berperlakuan bangang macam tu, kita pun boleh amik pengajaran supaya tak membangangkan diri camtu di masa akan datang. Dalam masa yang sama kesabaran kita ni makin meningkat. Next time kalau you ada lagi masalah masalah yang level dia macam ni, you boleh lalui dengan tenang je beb! Sebab? Sebab pelajaran masa lalu. Dulu boleh handle takkan sekarang takleh handle kan :)

Image result for keep positive

Avoid those negative people
 Tak rugi pun weh kau jauhkan diri dari makhluk makhluk negatif ni. Kalau dengan melihat dia kau makin 'panas', makin rancak mencarut dalam hati (HAHA). Why not you avoid kan? Kita bukan lari dari masalah tau tapi kita cuba untuk bagi ruang pada diri sendiri agar tidak lagu terlibat dengan aura negatif tersebut. Unfriend/block je laa mereka mereka tu kat soc med. Tak rugi pun serius. Better you ramaikan kawan yang positif, yang boleh bagi input, pengajaran pada you



Aku pun taktahu sejak bila aku ada habit untuk buat 3 perkara ni. Tapi for me benda ni quite nice laa. Boleh improve diri dari masa ke semasa hehe :)

Okeyyy nak pegi sental baju duluu japgi dah nak ke class hehe byebye korang!


BellaChan
Ada akal, fikir :)