hey Assalamualaikum eberibodeh
Lama kan tak update . Maaf . Banyak benda yang berlaku . Banyaaaaakkkk sangat nak tulis dalam ni . Tapiiiii , ya'll know , kekangan masa dan ........................................................... malas .
Blog ni dah berubah . Ada perasan ?
Simple & matured . Same like its owner . ihik .
18 April lepas ( Khamis ) , aku dijemput untuk ke Majlis Penyampaian Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar Yang Mendapat Semua A Dalam Peperiksaan SPM / STPM 2012 . ( humangaih panjang gila . aku copy je dari surat jemputan tu ) .
18 April lepas ( Khamis ) , aku dijemput untuk ke Majlis Penyampaian Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar Yang Mendapat Semua A Dalam Peperiksaan SPM / STPM 2012 . ( humangaih panjang gila . aku copy je dari surat jemputan tu ) .
Majlis rasmi . Tak sah kalau takde ceramah blah blah blahh . Dari rumah lagi aku ada berharap sikit . " kalau dapat laptop seketui pun best ni . tak perlu lah beli lagi bila melangkah ke alam Uni nanti " . Tup tup , pelajar yang dapat straight A+ saja yang dihadiahkan laptop . Yang lain , dapat RM500 . Temaceh .
Aku ini , pelajar biasa biasa yang mampu dapat straight As je .
Hancur hatiku . Ye lah , aku ni orang kebanyakan . Kalau boleh taknak susahkan abah . Memang abah dah ber-ura nak belikan aku laptop . Tapi , kalau dapat free , bukan kah itu lebih baik ? mihmih .
Bila abah balik rumah , aku cakap , " Abahhhh . Tak dapat pun laptop . Yang straight A+ je dapat . Orang ingat semuaaaaa pelajar dia nak bagi . huh "
Abah balas , " Takpe lah . Ada la tu rezeki lain kalii "
Aku diam . Betul juga kata abah . Rezeki tu kan Allah dah tetapkan . Aku merungut tak puas hati tu , maknanya aku tak redha dengan ketetapan Allah la ya ? Astaghfirullah .
Esoknya ( Jumaat ) , abah cakap , " Abah bagi peluang . Bila dah dapat tawaran pergi memana nanti , pilih je nak laptop jenis apa " .
Kaget . Rasa macam nak lompat bintang doploh kali .
Sekarang , bagitahu aku . Apa lagi yang boleh aku cakap selain daripada 'Alhamdulillah' ?
Bersyukur atau Merungut-tak-habis-habis ? Bersyukur :)