hey Assalamualaikum eberibodeh
Semalam ( Jumaat ) , keluarga aku pergi 'merisik' . Tahu kan merisik tu apa . Adat orang Melayu lah sebelum bertunang tu .
Merisik untuk siapa lagi kalau bukan abang aku . Si Najmuddin tu .
Kitorang pergi dua buah kereta je . Buatpe ramai ramai macam rombongan cik kiah . Merisik je kut . Aku naik Vios Abang Pi . Sekali dengan Kak Fishah ( kakak ipar ) & Hariz ( anak sedara ) .
Otw . Kak Fishah duk perli aku . Katanya, aku melaram mengalahkan bakal pengantin perempuan . Eheh . Aku rasa biasa je kut . Berkurung coklat gelap & bawal kuning teghang . Cuma baju aku je la . Penuh dengan sulaman . Sekali tengok pun aku rasa macam baju nak bertunang . Err .
Kak Fishah tanya aku ;
" adik rasa , bila adik kahwin "
" org rasa org kahwin lewat kut . abah pun cakap org mungkin kahwin lewat . tsk "
" hah ye ke ? "
" entoh ler . abah cakap org mungkin kahwin umur 30 . sebab busy dengan study "
" eh . Kak Fishah rasa adik kahwin awal "
Abg Pi menyampuk ;
" entah entah belum habis belajar dah langsung "
Masing masing gelak . Gila .
Titibe bahas soal masa depan aku pahal ? Haha . Bukan aku yang nak di-risik .
Sampai sana . Blah blah blah bincang bila nak bertunang . Bila nak langsung . Cakap cakap orang tua . Biasalah . Aku tak ikut campur .
Abang mungkin bertunang hujung tahun ini . Kahwin mungkin bulan 3 tahun depan . Cepatnyaaaa . Sampai hati kan nak tinggal orang membujang sorang sorang . Huiiiiiii sumpah aku tak sanggup lagi nak hadap soalan bila-nak-kahwin-?
Aku muda lagi kut . 18 pun belum cecah .
Sekarang memang . Boleh la cakap 'aku muda lagi kut . 18 pun belum cecah' . Tapi bila dah umur dua puluh lebih nanti ?
Serius aku taknak men-dewasa . Serius .
Aku taknak kahwin lewat . Pun serius :)
adik mek
jodoh , CUDIPT :P