hey assalamualaikum eberibodehh
seperti yang dijanjikan hari tu .
140612-150612 ada kem kepimpinan pengawas kat Marang Waterfront Resort . tempat dia boleh tahan la . tapi bau busuk mak ai mungkin sebab dekat dengan pasar . mungkin . tak tahu la kut kut ada yang tak senonoh melepas merata .
sebenarnya , time memula tahu pasal kem ni , satu je yang terfikir kat kepala hontaks ni . TAK NAK PERGI . tapi sebab takut cikgu marah , terpaksa la . pergi kem dengan muka tak semenggah . tahu macam mana ? lebih kurang macam kambing tersepit kentut ehe .
bertolak ke sana tengah hari , selepas tunaikan kewajipan kat surau sekolah . alah resort tu dekat je . tapi dan dan je aku tidur dalam bas . sampai sampai je terus eh kita kat mana ni . apahal .
sepakat stay satu bilik ; afira , gee , amirah , yaya , aku . aku bawak beg macam nak duduk seminggu . budak laki selamba dek je bawak beg galas je . aku ? alah aku bawak seterika . tu pun nak mention ke . dasar gila glamor . titiba .
masuk bilik , bukak tudung , landing atas katil . eh titiba la pulak dengar suara cikgu salleh kat luar bilik . jerit suruh keluar cepat . hahaha mana kitorang tahu kena keluar balik . nasib tak mengembara di alam maya lagi . kalau tak , bersimpuh la cikgu salleh duk menunggu rombongan kitorang .
hai cikgu salleh anak suhaimi yang henseng *lambai*
petang tu , abang-abang faci sampai . dorang dari Kelab Remaja Isma Malaysia ( KRIM )
- abang marwan
- abang nizam
- abang arif
- abang firdaus
ada riadah sikit . plus dengan aktiviti kat taman permainan kat sebelah resort tu haa .
selesai pukul 6.45 p.m . pukul 7 dah nak kena gerak gi masjid . kau bayangkan acane keadaan kitorang time tu ? dengan tak makan petang lagi . cara aku senang je , skip makan . mintak kunci kat afira , terus naik bilik , mandi .
sambil tunggu amirah siap , on tv3 jap . seindah sakura episod last oh ! sempat tengok 2 minit je kut . azim text suruh turun . k .
turun kat lobi , kitorang berempat je ada ( aku , afira , amirah , yaya ) . lahai bapak bapaknya pun tak turun lagi . mak mak selebihnya tu lagi la tak turun . tilik apa tah yang lama sangat .
gerak ke masjid dalam group . sumpah feeling time terawih weh ! syiok !
malam tu ada la aktivitinya . kenali personaliti . oh aku 'perfect melancholy' . ehee . pastu kena pecahkan belon . sebagai simbolik pecahkan comfort zone kitorang . oh malam tu jugak abang bakri & kak nadia sampai . dorang suami isteri .
pagi esok konon romantika tengok sunrise kat muara . best woo .
untuk Amazon Race , aku join group TERBAEKK . ramai junior form 4 . itu yang best :)) . oh yang paling aku tak lupa :
- disindir abg firdaus sebab tak ingat hadis . err .
- makan durian .
- panjat pagar dengan aksi ganas gila .
- nyanyi lagu anak nabi .
- kena sabotaj . grr .
lepas solat jumaat , ada program Selangkah ke Parlimen . debat la weh . serious , time ni yang paling gila awesome , paling manis , paling memori . debat dia lain dari yang lain tau . ada 5 group :
- persatuan bekas mat rempit dan minah rempit .
- alumni pengawas disiplin SMKADG .
- persatuan ibu mengandung se-trinidad .
- barisan penganggur-penganggur professional .
- majlis ulama' ISMA .
tau kumpulan Terbaekk dapat apa ? Barisan Penganggur-Penganggur Professional . well , that us . hakhakhak !
last , majlis penutup .
bertolak pulang ke SMKADG .
that's all :))
p/s : sekeping pun tadak gambar aku ! cis .
adik mek
things end . but the memory last forever .
No comments:
Post a Comment