hey assalamualaikum eberibodeh
memandangkan aku sekarang ni full time penganggur di rumah , haruslah merajinkan diri buat senaman . err ditambah pula dengan kerisauan tentang berat badan yg semakin menaik , dahku kembali buat aktiviti yg telah lama ditinggalkan ni . dulu kemain rajin tetiap hujung minggu pegi jogging dengan abah & mak . time tu pun pegi sebab kena paksa . kalau ikutkan hati , malas gilos nak joging .
abah memang pentingkan bersenam bagai ni . tak cukup dengan joging , dilatihnya aku push up & sit up . kalau joging kat taman , terlentang la aku atas rumput taman tu duk sit up . kalau kat rumah tu mmg tetiap hari la push up & sit up .
sebab tu cikgu PJ salu puji aku fit . siap tawarkan aku masuk taekwondo lagi . mihmih
tapi sekarang ni dah tak keluar joging . abah busy . aku joging kat depan rumah je . pagi , lepas subuh . time tu sunyi lagi . takde orang . aku malu kalau jiran depan rumah tu skodeng . thats why pagi pagi tu dah pup pap pup pap tapak kaki aku .
aku nak share senaman yg aku biasa buat je . simple steps . tapi berkesan .
ready gais ? okay lets get the ball rolling
STRETCHING
- ini memang wajib . buat regangan otot dahulu . kalau tak , memang mudah la nak dislocate kepe .
WARM UP
- berlari lari anak keliling rumah selama 5-10 minit . kalau lepas 5 minit , then nadi dah berdenyut lebih dari biasa , pun dah ok .
PUSH UP
- buat tekan tubi sebanyak 10x untuk setiap set . untuk permulaan , buat 2 set . setiap satu set diselangi dengan rehat 30 saat .
woman's version down - tarik nafas . up - hembus nafas |
ini style untuk perempuan . sebab montot gegirl ni berat . yang lelaki punya alah macam biasa tu la , kaki straight .
JUMPING JACK
- nama yang fofular time sekolah , lompat bintang . lompat sebanyak 50x . tak kesah nak lompat sampai afreka sekalipun .
FULL SIT UP
- baring di lantai , bengkokkan lutut pastu bangun perlahan lahan . buat sebanyak 10x untuk setiap set .
HALF WAY SIT UP
- half way sit up lebih berkesan dalam burning sensation di otot perut berbanding FULL SIT UP . half way sit up tidak memerlukan kita baring di lantai , tetapi 'hampir hampir baring' . faham tak ? maknanya belakang badan korang tu tak cecah lantai . kaki juga jangan cecah lantai . biar punggung jadi sokongan . buat sebanyak 10x untuk setiap set .
20 SEC PLANKS
- berada dalam keadaan macam ni dengan kiraan 20 saat
relax . bernafas seperti biasa |
20 TRICEP DIPS
- lakukannya sebanyak 20 kali . aku tak try lagi benda ni . tak jumpa lagi port yang sesuei .
down - tarik nafas . up - hembus nafas |
WALL PUSH UP
- cari je dinding . dalam jamban pun cantekk . jangan wall fesbuk sudah la ye .10x untuk setiap set
TANGGA KU , TANGGA MU JUA
- ok nama tu aku reka sendirik . bhahaha . cuma perlu berlari lari anak ketika menaiki tangga then turun balik . lakukan sebanyak 20x . kalau rumah takde tangga or rumah atas angin , pinjam je tangga jiran . sebab tu nama ' tangga ku , tangga mu jua ' . kahkah .
SQUAT
- first , berdiri lurus . pastu rendahkan punggung ke bawah dgn kadar angin chinese new year . bukan lutut ke bawah . BUKAN . lakukannya sebanyak 20x .
down - tarik nafas . up - hembus nafas |
kalau otot peha belakang ( hamstring ) dirasakan meregang , that means korang dah berjaya buat senaman ni dgn beteii . tahniah .
COOL DOWN
- ini yg last . buat betul betul warm up & cool down . kalau tak nanti ada la yg terkehel sana , dislocate sini .
simple kan ? buat pagi & petang . tak lama pun .
moh kite lawan cheqkaq yang semakin mengurus itu ! harhar . nak tahu kenapa cheqkaq kurus ? pi la korek belog dia sana *hai kak !* . hihi .
adik mek
obsesophobia