Sunday, January 03, 2016

First Day Kuliah

hey Assalamualaikum eberibodeh


( tetiba terpikir, dah berapa lama ek aku start entry dengan 'hey Assalamualaikum eberibodeh' ? hahhaha lama dah kut kan tak rasa nak tukar ke? hehe biar je la :p )

Ok sebelum tu meh kita tiup habuk secara berjemaah. berkarat baq hangg ohjiwataiko ni. cer tengok tarikh last entry aku bila? haha dah macam bangkai hidup ghope nya blog aku ni -..-

one of my azam tahun baru ialah.. *drumroll*


NAK HAPDET BELOG AT LEAST SEBULAN SEKALI CUKUPLAHH TAH TERLAKSANA KE IDOK AKU PUN TAKTAW


haha poyo je azam. hmm aku bukannya apa. memang bizi betul setahun dua ni kau tau tak. aku rindu gila kot nak bercerita memacam dalam belog. tapi nak buat camne takde masa. ok tipu masa tu ada je tapi takde masa yang sesuai. nak menulis ni kena la ada feeling sikit tak gitu abam dan hakak senior blogger sekalian. weh siriyes rindu gila kot Kak El yg rock, Kak Nida yg fefeeling Tasha Shilla, Achik yg bagi bantal handmade kat Bella, Kak Didiey yg comel bambam, Kak Zizie yg suka dandelion, Kak Atiey yg jauhhh kat sana Uncle dan lain2 :(

Ok sebut pasal Kak El hahahaha engkorang nak tau tak aku jumpa Kak El kat insta. Terrrjumpa ok. Satu hari tu ada la sorg kakak ni comment kat pic aku kat insta. Ok sebelum tu nak cakap, aku ada bukak igshop. So Kak El comment situ laaa hahahahha lawak sungguh bila teringat. Lepas rep comment tu, aku sesaja je click profile dia pastu hahhh tgk gambau macam kenal pastu bila stalk2 jumpa la gambau2 kakak arwen & danish hahaaha

Kitorang pun ape lagik, bersembang jap kat comment tu haha. Memasing terkejut biawak weh. Aku pun dah lama gila tak contact dengan Kak El. Kalau dulu buka belog je mesti pergi sana. Sekarang tak bukak belog acane T__T

Serius. Aku rindu gila zaman2 blogging lepas yespiyem dulu ;(

Ok la tutup cerita tu lenkali kita sambung pulak ye. Eh titiba aku teringat kat Mr. Kopi Pasta. Pekabo agaknya? Tah blogging lagi ke idok?

Hari ini aku first day kuliah hehehe. As expected, a bit awkward la. Dia punya feeling tu mcm malu nak tengok muka kengkawan, nak bercakap pun macam ada tongkol emas dalam mulut. Hahaha tapi aku buat biasa je la. Dari semalam lagi duk bersembang kat bilik dengan Hash

" Eh kita esok ni mesti awkward semacam je kann? "
" Ha ah memang pun. Rasa kekok gila kalau first day "

Haha mana tak kekok nya. Berapa bulan engko cuti??!

Semalam abah hantar. Sampai sini dalam pukul 2 lebih kot. Pastu tolong abah pasang beskal jap. Hahaha kau tau tak aku bawak beskal. Letak beskal kat seat belakang tu tapi tayar depan dia cabut dulu. Adoii boleh osteoporosis jap guwa straight aje duk dalam kereta sebab takleh sandar haha.

Orang lain semua bawak kereta. Aku jerr watlek watpis bawak beskal hahahah bawak beskal la baru lestari sikett yedok? Tak mampooo la kite nak bawak kereta ni. Kite mampoo beskal jerr :p

Petang ni ingat nak pegi ronda-ronda dengan beskal. Ok sebenarnya aku nak pegi jogging. Aku saja je umpan beskal kat budak duorang tu so nanti berteman la aku nak jogging haha.

Azam tahun baru jugak la tu kiranya nak jogging sekerap yang boleh. Konon sangat kan. Haha. Kang nanti bising pulak along tu. Dia tu kerjanya nak aku bersenam je -..-

" Plis bel. Ko jangan gemuk. Kalau ko gemuk aku pergi sana tampo "

Hahahah asek nak tampo orang salu :/

Hehe ni mesti pelik kan kenapa aku macam free je ni siap boleh taip panjang2. Sebenarnya kelas aku sampai pukul 1.15 je harini. Esok dan seterusnya sampai petang ;((((

Hmm aku titibe je teringat kat Abg. Rindu kot. Sebab aku tengah dgr Genji Buskers ni. Salu kitorang kat rumah salu karok sama2. Duduk dalam bilik boring2 main gitar haha rindunya! :'D

Ok la sebelum aku benti meh nak lanje gambau satu. Korang mesti rindu nak tengok Bella kannn sabar k Bella mintak maaf k Bella janji Bella tak hilang dah pasni tau hahhahaah



Sebenaqnya tu gambaq tak-baru-sangat ._.

Eh aku baru je teringat ada berita tergempaq jgk nak bgtau adoii last2 ni baru teringat org dah takde mood nak menulis k la lenkali la sambung babai .______.



adik mek
"tipu la kalau sy tak rindu"

Wednesday, April 15, 2015

hey Assalamualaikum eberibodeh

Petang td balik class call mak. Bagitau pasal ape yg doctor ckp.
As expected, mak dah start sedih2 risau2 hehehe
Aku yang takde pape ni pun boleh tersedih sekali

Yela
Sape je yang sanggup dengar mak sedih pasal kita
Mak cakap
"dah takdir la tu nak dapat penyakit apa2 pun. kalau kena operate pun buat time cuti panjang la. sikit je takde sakitnye kan kena bius"


pastu background suara sebak. haha


takde ape la mak
org dah besar kan
cuma part gi spital klinik ni memang bebetul malas >,<

dengar mak sebak2 tadi, dengan aku2 sekali banjir
cumanya penat cover taknak bagi dengar macam nangis hahahaha
pastu gi mandi haaa memang best la duk berendam ayaq mata T__T
bukan apa, sedih sebab mak risau sangat
pastu nak kuar bilik air tu satu hal duk intai kat celah pintu tengok ada org tak kat luar HAHA

ok ni time balik class ptg tadi. acah2 proposal accepted tapi presentation kelas agama je pun hahah

adik mek
all is well ^^