Tuesday, January 29, 2013

Si Taiko Berjiwa Rakyat

hey assalamualaikum eberibodeh

demam . tengah hari semalam tadi guwa dah agak . sebab rasa semacam aje . sekarang ni nak gerakkan kepala pun tak boleh . straight macam pembaris hadap lap . pening yang amat . rasa nak tinju kepala sendiri . disebabkan semangat berbelog ni menebal dalam lubuk sanubari guwa , maka dipaksa la jugak jari jari runcing ni menyentuh kibod dengan kadar kelajuan angin sepoi sepoi idok reti bahasa .

hambuih intro . makin demam makin nak gempak aje .

breakfast tadi . Alhamdulillah . disuruh beli donat , dibawaknya balik satu plastik donat . abang kalau bab nak menambahkan lemak aku yg sedia berlemak ni memang tip top der . tahniah .

semalam pegi pasar malam . konon tadak selera nak makan , ku rembat burger daging sebijik . singgah dekat gerai apam balik , ada la sorang brader ni duk membebel apa tah . dia duk musykil sangat apasal gerai nasi kerabu yg kat depan tu , ramai sangat pembelinya . and semuanya perempuan . apa yang aku perasan , kemusykilan beliau adalah

" kenapa perempuan suka sangat makan nasi kerabu ??! "

bertalu talu beliau menyatakan kemusykilan tersebut . mula mula dia tanya abang yg jual apam balik tu . aku yang tak bersalah ni pun diheretnya sama dalam isu yg sengaja ditimbulkan tu . apakahh . aku pun melayan aje la . first dia tanya , " awak suka makan tak nasi kerabu ? " . second , " kenapa perempuan suka sangat eh nasi kerabu ? " . pastu amendeee tah dia tanya . sambil gelak gelak aku jawab pertanyaansss brader tu .

and kejadian tu buat aku teringat kata kata tablemate aku kat sekolah

" awak takpe , awak cepat mesra dengan orang . " - tablemate

betul ke ? hm betul la sikit kut . hmmmmm macam naik lif tekan sendirik aje hahaha .

aku rasa semua ni bermula bila abah salu hantar aku pegi camp ke ceruk mana mana tah . alone . mungkin dari situ aku belajar buat kawan kut . bila dah sorang-2 tu , terpaksa la ringankan mulut ni nak menegur , senyum . kadang kadang terasa diri sendiri yg over ramah pulak . bhahaha .

kem elit tahun lepas ( Form 5 ) , kemain nervous sebab kena pegi sorang sorang . abah yg tak bersalah terpaksa tadah telinga tetiap hari hadap soalan aku ;

" kenapa orang kena pegi sorang sorang kem tu ??! kenapaaaaaaaaaaa ?? abahhh tolongggg . arghhh "

sangatlah tak faham kenapa nama aku sorang je yg tersenarai . budak sekolah lain lekkkk je ada geng . sangat forever alone . sangat .

tetiap hari aku kaji senarai nama peserta kem tu . aku dah pasang target , yg forever alone senasib dengan aku , aku nak buat geng . capai stabilo merah , tick nama target-2 tu . mihmih . 3 chinese , 1 indian , pun aku nak sambar . hah kemain niat suci aku nak berkawan .

kem tu kat hotel . sampai sana , sebelum daftar , aku dah jumpa geng 15 orang and we decided to stay at the same apartment . weeee ! dan 15 orang tu termasuk 3 cina ( eeva , giting , clareen ) & 1 indian ( durkha )

kami sangat berkonsepkan satu malaysia ! :D


Farah | Me - Taiko Gedik Sikit
Durkha | Me

aku rasa , kalau aku tak ringankan mulut nak tegur , perkenalkan diri , salam dengan diorang semua tu , memang tak berkawanlah aku . and ada je yg jenis macam tu . pegi memana sorang sorang ajee . tak best lah macam tuuuu .

and aku pun boleh buat geng dengan kakak kepada kawan kawan aku . dengan mak sedara kawan pun aku kamceng aje . umur dia around 19-20 cantu la kut . aha .

even aku ni suka buat muka taiko kalau duduk sesorang , aku ni cepat mesra senanya .

cop , abang aku sucpect aku Hypotension ( darah rendah ) . budak macam aku dah dapat penyakit cani ? budak la sangat khennnn .

_______________________________________________


pernah tak rasa macam statement seseorang tu , ditujukan untuk diri kita ? tak kesah la kat fesbuk ke kat memana ke . hm ini kes perah-santan ke perah-asam kepe ? ah  abaikan . takmo ler ambik port . aku sedar aku ni siapa #AyatMerajukPalingCliche


adik mek
potassium cyanide

Awards

hey assalamualaikum eberibodeh

aku rasa macam dah lama je tak main award award ni . err macam malu jugak nak bagi award dari belog sekangkang kera ni . err . err . err

aku berkenan dengan nombor 1000 & 1001 

err kalau sudi ambik la ye . err err .

Follower ke 1000 ; Uncle

Follower ke 1001 ; Kak SheKechik

sama samalah kita berganding bahu menerjah ke belog beliaurang !

harus diketahui , aku ini old school orangnya . vintage style . vespa . mini cooper . mustache

adik mek
retis mood ; ON

Sunday, January 27, 2013

sweetheart celop & Medical Dentistry Centre

hey assalamualaikum eberibodeh

pagi - halaman rumah
 aku ; ber-penyapu

" abg mudin , tolong tutup air yg org tadah tu "
" apa masalah kite senanye ? "

BHAHAHA *gelak menonggeng ke jiran depan rumah

" err tolong pasang wayar dekat kepala paip tu . susah "
" apa masalah kite senanye ? "

*gelak sambil hayun-2 penyapu

dia try nak tiru style Sharnaaz cakap dalam drama Ruby . thats why he kept repeating the same line " apa masalah kite senanye " .

begitulah drama pagi 270113 aku bermula . humour . laughter .

Alhamdulillah 

surat abang , from MDC dah sampai tengahari tadi . MDC stands for Medical Dentistry Centre if im not mistaken . setelah sekian lama menunggu , sampai jugak surat tu . patut la abang tidur menyengih aje semalam . hehh


abang dah graduate tahun lepas . tapi disebabkan abang oversea punya student , pihak atasan dahulukan local student dulu untuk induksi . induksi ni macam kursus untuk lepasan doctor la . lama jugak abang join aku jadi penganggur kat rumah . secara tidak langsung merampas title anak-tunggal-part-time guwa . chait .

abg posmen datang tadi , aku yang sign . kira aku ni berjasa jugak la dalam hal ni . aku bajet nak pau baskin robbin sedozen dari beliau .

tanya abang , berapa lama kat sana . 5 hari . lah . aku ingat sebulan kepe .

selama ni . org last yang aku tengok sebelum tidur , dia . org first yang aku tengok bila celik je mata , dia . teman merempit , dia . bila jalan sesama , org ingat dia pakwe aku . pftt .

kadang-2 , tuala aku , dia rembat . baju dia , aku pakai . bila dia capai gitar , maknanya dia suruh aku nyanyi . 

nak makan , dia cari aku . " kite dah makan ? "

040213 - 080213 ; Induksi di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang , Sepang , Selangor . lepas tu dah kena kerja as official doctor . katanye lah .

and my life back to anak tunggal part time .


abang | adikmek

bai abang . do miss me . 

ihik 

dec ; bola - mas vs indo
" awak tak gi jalan-2 ke ? "
" takk . malas "
" ajak la abang awak tu "
" taknok . jakgi org ingat pakwe "
" aik . abang awak nampak muda ke ? "
" err . kalau form6 tu sesuai ah . aha "



adik mek
selamat jalan romeo . ehh

Wednesday, January 23, 2013

Rasulullah sayang kita

hey assalamualaikum eberibodeh


للهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

esok . 24 January 2013 . hari kelahiran Nabi Muhammad saw kekasih Allah . Alhamdulillah masih bernyawa . syukur masih diberikan ruang dan peluang untuk meraikan maulidur rasul buat tahun ke-lapan belas sebagai khalifah di muka bumi Allah .

ok boleh copy intro di atas untuk berucap ketika sambutan maulidur rasul di sekolah 

ahah

pernah suatu ketika sedang rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat . tiba bergenang air mata baginda . para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah rasulullah saw .
apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar , Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai Ikhwannya .
para sahabat merasa iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw , " bukankah kami ini ikhwanmu ? "
Rasulullah saw menjawab , " tidak , kamu semua adalah sahabatku . ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku dan Aku sangat rindu untuk bertemu mereka ."


subhanallah :')

Nabi Muhammad saw bersabda ; " tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibu bapanya , anaknya dan manusia seluruhnya ." ( HR Bukhari )

peace be upon you , my beloved ya habibi ya Muhammad .
ya nabi salam alaika . ya rasul salam alaika . ya habib salam alaika . solawatullah alaika .

_______________________________________________

semalam ( selasa ) , aku terbeli sepasang arnab . TERbeli eh ? haha . ni semua kerja aku & abang . mak dengan abah tak tahu . kitorang redah je pegi beli . redah je bawak balik arnab tu . konklusinya , semua main aci redahhhhhh aje .

aku bagi nama . Bulan & Bintang . bulan , abang punya . bintang is mine . kemengadaan abangku terserlah pabila dia taknok nama bulan . dia tukar jadi Wulan . ok sukati anda .

cuak juga sebab abah mak err macam tak setuju je . sebab banyak sangat dah membela kat rumah ni . semak . untuk sementara , aku letak dalam sangkar hamster . sebab nanti nak basuh dulu sangkar besar tu .

aku | abah tengah gaul nasi - 5:30 p.m
mood ; serious

" ada ke patut letak dalam sangkar tu . kecik kan . haih . nak beli tu fikir la dulu "
" sementara je . jakgi letak la dalam tu " 
" kang abah bagi duit buat beli sangkar besar tu karang . haa baru tau "
" orang cabar abah bagi duit . haa "
" sekarang jugak abah bagi kang "

abah guwa memang kiyut der

heh

________________________

aku nampak kau dalam Hariz . aku harap kau nampak aku dalam Qaisara . aku rindu kau . aku rindu Qaisara . sangat .

Allah , titipkan rindu ini

saiko

adik mek
230113 ; Hariz balik

Monday, January 21, 2013

Bulan



Tirai disingkap
tingkap dibuka
pandangan dilontar
sfera bersinar terang kelihatan
bulan .

Pena berlari di dada kertas
fender dipetik berlagu duka
canvas diconteng tanpa tujuan .

Mata dipejam , figura dia yang tiba
bibir tersungging mencoret senyum
kata jiwa ini
tiada siapa yang tahu .

Ketika kimia terkubur oleh zaman
saat fisika tak berfungsi lagi
dan matematika menemui ajalnya
namun sayang diibaratkan sebuah bahasa
yang takkan pernah habis diungkapkan dengan kata .


- RANDOMNESS -

adik mek
- s a i k o -

Sunday, January 20, 2013

Spirit Of The Coin

hey assalamualaikum eberibodehh

pernah dengar tentang permainan ni ? Spirit Of The Coin atau Ouija Board . budak-2 hostel mesti ramai yang tahu kan . tapi kat sekolah aku tak heboh pun . mungkin sebab sekolah aku sekolah agama . ataupun , sekarang ni dah tadak org main game cani ?

game ni kononnya macam menyeru roh orang yg dah meninggal la . tapi senanya ni semua permainan iblis untuk menyesatkan manusia . 

WARNING ; GAME INI DILARANG KERAS UNTUK YG BERAGAMA ISLAM . IANYA KHURAFAT & BOLEH MENDATANGKAN SYIRIK

aku belum pernah main la game ni . even rasa nak mencuba tu ada . dulu . time sekolah rendah . eheh . masa tu tak tahu la benda ni salah disisi Islam . just ingat benda ni main-2 je .

harus diketahui , dulu aku pernah ajak kawan main benda ni . alhamdulillah , dia taknak . suci kawan aku . aku pun . ehem .

pernah dulu aku tanya abang , dia cakap pernah main . kakak & abg yang sorang lagi tu aku taktau la pernah main ke tak . tapi kakak tahu je pasal ni . tak sangka kakak aku ni rock jugak senanye .

err aku tadak pengalaman . aku just tahu sikit-2 je . hoi pengetahuan am tu perlu tau ? ngehh .

CARA MAIN ;
1. ambil duit syiling . biasanya doposen atau limeposen . lagi lama duit tu , lagi bagus . yang berkarat lagi best . untuk effect yg lebih mengancam , guna syiling yg ada gambar Queen Elizabeth tu . lagi lama , lagi power spirit yg datang .
2. sediakan kertas . buat 36 bulatan . guna syiling sebagai acuan . tulis huruf A-Z , nombor 0-9 dalam setiap satu bulatan tu . penjuru kertas ditulis 'YES' , 'NO' , 'HOME' .
3. biasanya permainan khurafat ni melibatkan 3 atau 4 org . seorang tukang catat diperlukan untuk catat apa yg dikatakan oleh hantu tu .
4. letak syiling dekat 'HOME' . setiap pemain kena letak jari telunjuk atas syiling then kena baca mentera . mentera dia simple tapi aku tanak tulis ah . 

sukati aku ah . problem ? *kening double jerk

bila dah rasa syiling tu mula nak bergerak , spirit dah datang leteww . then tanya lah dia apa nak tanya . nak bertaaruf dengan dia pun boleh . contoh kalau nama dia CHICHARITO , syiling tu akan bergerak ke huruf C-H-I-C-H-A-R-I-T-O .

nak tanya pasal benda lain pun boleh . yang pelik , apa yang dijawabnya tu betul . contoh kalau tanya tentang warna spende yg kita pakai harini , dia akan jawab betul . kalau ditanya tentang barang yang hilang , dia akan bagitau tempatnya dan memang betul barang tersebut ada kat situ . hebatnya Iblis dalam menyesatkan manusia . kan ?

agak-2 dah boring borak dengan spirit tu , boleh le suruh dia balik . the problem is , bila dia taknak balik . kenalah pujuk sampai dia berhenti dekat 'HOME' . syarat game ni , takboleh angkat jari selagi syiling tak berhenti dekat 'HOME' . jika angkat jugak , memang mengamuk la iblis tu . ada yg kena rasuk lepas tu .

tak semua guna syiling . ada yang guna mangkuk . kekadang , ada yg guna darah . just some people guna darah lepas diorang cuba tapi tak jadi . ada yang kata , kalau guna darah kita , then kita angkat jari dari syiling sebelum spirit tu balik , spirit tu akan cari pemilik darah tu .

last , kalau ISLAM , jangan pernah cuba untuk main game ni . jangan sampai terpesong . 

Firman Allah ; 
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik , dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari ( syirik ) itu , bagi siapa yang dikehendaki-Nya . Barang siapa yang mempersekutukan Allah , maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." ( QS. Al-Nisa' ; 48 )

untuk pengajaran , boleh baca kisah diorang pasal Spirit Of The Coin ni ; INI , INI , INI .

" dalam dunia ni ada berbillion manusia , mengapa cari iblis untuk dibuat kawan ? " - ustaz


adik mek
dont ever try this .

Wednesday, January 16, 2013

rindu alkali akan halogen


mendengar namamu berdetak jantungku
mengalir deras darahku
reaksi kimia , aku rindu
menyatukan aku dengan halogen kekasihku .

halogen ku
desah nafasmu semakin deras terngiang ditelingaku
kau dan aku ingin menuju kestabilan gas noble itu
elektron valensiku tak tahan menunggumu
ku tahu engkau pun punya naluri menangkap elektronku .

aku ingin reaksi kimia hadir untuk lepaskan elektron di dada
bergetar rasa rinduku untuk segera bisa bersama
terimalah pinanganku segera
dengan mas kahwin elektron valensi yang ku punya .

halogen
aku alkali dan alkali tanah saudaraku
menantimu membentuk ikatan baru
ikatan ionik di dalam hatiku dan hatimu
jiwaku ingin menjadi elektrolit kuat bersamamu
dan kita pancarkan nyala lampu elektrolit penguji di hatiku dan hatimu .

halogen
jangan tinggalkan aku
ku tak ingin redup bagaikan elektrolit lemah itu
ku tak ingin mati seperti non elektrolit yang tak bisa nyalakan lampu
aku ingin bersamamu selamanya
stabil seperti gas noble .

halogen
aku alkali yang merindu begitu membara
datanglah . kita bersatu melalui reaksi kimia .



main point ; ionic bond alkali


aku minat puisi ? sangat . tapi tak ramai yang tahu .


pejam mata . buka hati . coretkan seni di dada seni kehidupan . simple .


eheh .


chemist + sastera = chemistera


adik mek
creds ; sunyonoms
pstt ; minah rock berpuisi

Friday, January 11, 2013

experiment 1 ; bending water

hey assalamualaikum eberibodeh

fuh . berpeluh peluh . baru je balik dari basuh rumah yg abg pi baru nak duduk . skuad mencuci-menyental ; aku , abah , abg mudin . letih gila kut . rumah macam bertahun tahun dah tak duduk . padahal baru je berapa bulan . sapu sawang . sapu lantai . sental dinding . berus lantai . basuh lantai . sapu air . time sapu air kat simen luar letih . menyandar dalam bonet kereta . rembat kacang sape tah dalam kereta . sumbat je dalam mulut . sambung sapu . boleh bayang tak cane aku mengunyah sambil sapu ? gigih tahu ?

banyak main air . jari kaki tangan kecut . sejuk . tahu kan aku tak suka tengok ? geli .

ok dah . back to normal .

harini khamis , 110113 . bangun dalam keadaan otot cardiac berdegup berkadar normal . terus bernafas melalui jalan trachea . masih kekal sebagai pemilik ovum . alhamdulillah .

meneruskan rutin seperti biasa . bangun , kemas rumah , online , face the not-so-interesting news di laman nstp , online , online , online . membosankan ? tak . best ape stay rumah . how i wish this honeymun last forever .

tengah main sikat-2 rambut , teringatkan satu eksperimen . bergegas buat . mungkin ia terlalu remeh untuk dianggap sbg 'eksperimen' . tapi sukati aku ah . problem ?

tak tahu nama apa exp tu . aku nak bagi nama boleh ? experiment sikat & air . menarik tak ?

huduh bebenau nama --" . exp bending water lah eh . hahaa

nak try tak ? jom

material & apparatus ;
- sikat
- kepala orang yg berambut
- pili air
- air suling

procedure ;
1. hadapkan badan anda ke pili air . buka pili air dengan kadar sederhana . make sure aliran air tu narrow . bukan droplets .
2. sikat rambut sebanyak 10 kali
3. slowly , place the comb towards the narrow stream water without touching it .
4. observe & record the data . wakaka

observation ;
aliran air akan membengkok ke arah sikat . sebab bila sikat rambut , static electricity akan terhasil . static electricity tu la yg akan attract aliran air .


electron ( negatively charged particles ) will transfer from hair to the comb as we rub the comb through our hair . so now the comb will have extra electrons and is negatively charged . air kan ada negative & positve charged particles . positively charged from the water will move towards the negatively charged comb . thats why the water bent . cewah .

boleh diterima tak ? maaf kalau termengarut . mohon yg lebih arif jelaskan .


harini birthday sikopipes tu .

guwa memang suka menconteng

selamat hari lahir
moga blood glucose level sentiasa stabil
may Allah bless

last , selamat hari tua . larikkkk !



adik mek
the hypotesis is accepted .

Thursday, January 10, 2013

syndrom akibat menggunakan pc / laptop

hey assalamualaikum eberibodeh

baru aku terperasan yang aku ni ada ciri ciri nak dihinggapi oleh carpal tunnel syndrom . baru ni aku terfikir yg aku ada syndrom yg berkaitan dengan 'makan' . aku tak tau wujud ke tak syndrom tu err tapi sambung lenkali ye --'

tahu apa dia Carpal Tunnel Syndrom ? bila sebut carpal haruslah terbayangkan bahagian pergelangan tangan . atas sikit metacarpal pastu kat bahagian jari jari tu phalanges .

so syndrom ni terjadi kat area pergelangan tangan & jari disebabkan tekanan yg berterusan kat bahagian tu . disebabkan oleh guna mouse ke , kibod kepe and seangkatannya .

berdasarkan pengetahuan aku hasil pembacaan bile tah  , tanda-2 syndrom ni , rasa sengal pada pergelangan tangan & jari tangan especially jari telunjuk & tengah . ada rasa tak ? tahniah anda dihinggapi syndrom ini . harhar .

and guess what . yang menyebabkan reseptor terkejut aku stimulated , WANITA mempunyai risiko 3 kali lebih mudah untuk terkena syndrom ni . WANITA ok . diulangi , wanita aka gegurl aka homosapien yang mengandungi chromosome XX dalam susunan karyotype . sekian .

syndrom ni boleh menyebabkan putusnya sendi pergelangan tangan sehingga tangan tak dapat berfungsi . dan yg paling tak best , mungkin tak dapat digerakkan sama sekali . bahaya gila oh !

tanda-tanda lain ;

- kebas & parasthesia ( seperti terbakar & bergetar ) di ibu jari , telunjuk , jari tengah atau beberapa bhg di telapak tangan .
- susah menggenggam atau kepalkan tangan .
- sering menjatuhkan barang

jangan pandang remeh tau ? dah ada org yang kena operate disebabkan syndrom ni .




well , jangan risau . ada cara nak mencegahnya

1. jarak mata dengan pc mestilah lebih dari 60 cm 


" mak , nak pinjam tape mengukur  !" - sape ni ?

2. pandangan mata ke monitor perlu mengarah bawah sedikit . seperti 5-15 darjah lebih rendah dari posisi horizontal pandangan mata .

3. elakkan pantulan lampu atau cahaya yg masuk ke monitor .

4. posisi tangan atas kibod perlu membentuk sudut 90 darjah . yang ni aku pening . cemana nak buat eh ? kalau korang tahu bagitau eh . pastu mms gambar kat aku tau ? *beriyaa ;p

5. kerusi & posisi tangan mesti selari dengan meja ketika guna kibod .

6. jangan guna pc lebih dari 2 jam . berhenti kejap , berdiri , stretching sikit , berjalan 1 - 5 minit sebelum hadap pc balik . ok sekarang baru aku sedar kenapa abah beria sangat cakap kat aku pasal ni mase kekecik dulu . 

" maksima masa dia 2 jam je boleh hadap laptop . lepas tu , rehatkan mata . tengok pemadangan luar , tengok paaaling jauh . tengok pokok-2 hijau ke " - abah

faham tak ' paaaaling jauh ' tu ? kalau tak faham , call abah sendiri ye . ni nombornya ; 019******* . 

7. guna pelapik mouse dan keyboard untuk keselesaan .

8. jika perlu , guna pelapik kaki . amboi sakan .

9. guna kerusi yg dapat menyokong posisi punggung .



senaman yg boleh dibuat ;



fuh . makin menambah percentage aku nak dapat carpal tunnel syndrom menaip pepanjang ni . 

nauzubillah . mintak simpang !


adik mek
CTS

Wednesday, January 09, 2013

homeworks

hey assalamualaikum eberibodeh

stress to max already . arghh . UPU perlu dikemaskini . setelah di-briefed oleh abah . pum pam pum pam . nasib minat abah sama dengan aku . i mean , dia sokong cita cita aku .

i decided to update it later . need time untuk fikir berjuta juta kali dahulu . bila dah tetap hati , baru kemaskini balik . lagipun , still ada masa .

ok stop pasal UPU . pedih dah mata aku hadap lap ni . spinal cord dah sakit .

presenting ..
homeworks that i've to finish as a lepasan yespiyem terhormat





err . nothing . bai .

adik mek
iqra'

Simple Giveaway by FD

hey assalamualaikum eberibodeh

so harini nak join giveaway oleh FD setelah ditag oleh kak hanida moss , adik kepada deja moss . hikhik

hai kak ! *lambai

klik banner untuk join



SYARAT - SYARAT

1 . follow blog , twitter , like fanpage FD untuk mengetahui perkembangan GA - DONE

twitter ; followed

fanpage ; liked

blog ; followed

2. wajib like sponsor utama - DONE


liked

3 . wajib terjah sini - DONE


terjah-ed . hehe


CARA - CARA

1 . buat satu entry mengenai GA ini bertajuk " Simple Giveaway by FD " - DONE

2. letak banner pink yg over comel tu *hihi* dalam entry dan link kan ke contest - DONE

3. tag sekurang-kurangnya 2 org blogger , make sure dorang tahu *tak wajib - DONE



they're already informed 

4. tinggalkan link kat komen - DONE


SENARAI HADIAH 

make a wish necklace x 1

horoscope necklace x 1
topup rm5 x 2



done . harap ada rezeki menang ^^

adik mek
GA Fatin Diana

yunaizat

hey assalamualaikum eberibodeh



siyan abg aizat misai kontot guwa . sape yg buat ni ? tak boleh jadi ni . grr


adik mek
omeyy 

upu ; settle . Alhamdulillah .

hey assalamualaikum eberibodeh

Alhamdulillah . isi upu dah selesai .

untuk lepasan espiem , dah beli no pin kat bsn ( RM 10.60 ) ? kalau dah , boleh isi dekat >SINI< . tempoh jualan no pin upu ; 7 Jan 2013 - 15 April 2013 .

sakit belakang mak nok dari tengah hari tadi hadap lap . err sedikit auta di situ yah . tengah hari dah bukak website upu . isi sikit . tapi line lembab . si omey yang malas nak menunggu terus tekan X di atas hujung kanan .

dahla time nak isi bahagian kokurikulum , tersalah pilih 'bina badan' . macam nak guling guling je duk suka sensorang .

isi borang ni kena guna mozilla atau internet explorer . tapi degil nak guna gugel kerom . sebab tu susah nak keluar benda benda tu . 

bagi nasik kat perut , then bukak balik website tu .

masih lagi tak keluar dia punya senarai universiti & programnya . tunggu . lama sangat . stress . bengang . tarik tarik rambut sampai serabai . ok tak boleh dibiarkan . nanti makin banyak rambut yang gugur . nanti ada je muka aku kat iklan yun nam hair care . oleh itu , si omey perlu tidur sekarang .

SI OMEY ? HIKHIK

bangun . asar . online . upu diketepikan , blogwalking diutamakan . buat banner . simple mimple dimple tahap dewa . sebab tu kejap aje siap . tu haa yang dekat sidebar kite tu . sila jeling ke kanan . dah 2 tahun lebih blogging , baru nak buat banner . act , teruja bila nampak org exchange banner . so terasa macam eeeee nak buat ugakk eeeeee .

nak exchange tak ? jom . 

pukul 1 tadi baru bukak balik website upu . kali ni guna internet explorer dah . i wont let the banana fruit three times . and tadaaa dah keluar dia punya senarai . eeee suka suka . temaseh internet explorer . meh nak ciyom atas dahi .

oh ya , dekat borang tu ada mintak markah kokurikulum . boleh check secara online , kat >SINI<

tapi lama jugak ambik masa . pening tengok senarai senarai nak pilih . memang teringin nak ambik medic . so teringin nak buat asasi sains . itu memang konfem . tapi dia suruh bagi pilihan banyak sangat . so macam pepening tak lalat gitu sikit . 

paling teringin nak buat asasi kat UM ke , UIA ke , UITM ke . tapi memana pun ok . kalau dapat matrik pun best . tapi kalau asasi lagi la nakkkkk !

menung punya menung , pilih la yang mana berkenan . yang mana ada iras dengan cita cita yang asal .

le' choices

hopefully i'll get the asasi sains hayat UM or UIA or UITM . insyaAllah ameen .

tolong doakan bella eh ? ;)

btw , sesape nak tanya pasal upu ni , tanye je kat comment . berdesup gitu bella akan membalasnya . tapi setakat yg bella tahu je la . hihihi

oh btw lagi menaip dengan inai di jari dalam keadaan gelap sangat thrill ok . sangat .


adik mek
dermatologist-to-be

Tuesday, January 08, 2013

lepasan spm ; no upu

hey assalamualaikum eberibodeh

is waiting kawan , Ikhwan . nak isi borang upu online sesama katanye .

so i update this first 

tadi pergi bank . beli no pin upu . sebagai lepasan yespiyem yang duduk membuncitkan perut di rumah sampai jojol pusat , adalah menjadi keharusan untuk menyegerakan urusan upu ni . tak segera sangat . semalam dah buka kaunter jual no upu ni . tapi aku still lek lekk jek kat rumah . 

semalam ramai gila orang ok . dekat twitter semua duk cakap hal yang sama . sampai naik trending . bsn sini penuh . bsn sana tersembur . thats why i prefer today . 

tempoh dia lama la . sampai bulan 4 . kenapa perlu susah susah beghebut nak beli semalam ? ok org over-tak-menangguh memang macam tu .

merempit dengan abang . pakai helmet . tudung bawal . kerepot habis tudung . grr . sampai bank , tak terus masuk . tercangak depan pintu dia first untuk betulkan tudung yg lembik . eeee tak syuke ah tak syuke tak syuke *tampo diri sendiri*

si abang merayap entah ke mana . si adik masuk bank sensorang . ambil no turn . ambil borang . isi . tulisan ketar ketar . lama ah tak menulis . salah isi . ambik lagi satu . isi . perfect .

bank penuh seat . tapi takde ah sampai tersembur . ada ruang lagi nak main konda kondi . si adik yg keseorangan sandar di dinding . sambil buat muka taiko . hnssff . tengok skrin , no sekarang 1036 . tengok no sendiri ; 1096 . duh sempat lagi kalau nak balik masak . ehem *konon*

pacik guard bank datang 

" nak buat apa ? "
" no upu "
" oh pergi sana je terus . kaunter 1 "
" tayah pakai no ke ? "

selesai . keluar bank . si abang tak sampai sampai . aku jalan kaki ke kedai jual buku , akhbar . rembat new straits time . hulur syiling ; rm1.20 . jalan balik ke bank .

tunggu . tunggu . tunggu .

abang sampai . singgah seven eleven . beli eskrem 3 . lama tak makan eskrem woh . mengidam .

balik . makan eskrem . sambil online .



RJ si rapper tu hensem . kekadang terfikir , aku ni minat org yg berjambang eh ? Jason Statham pun hutan di dagu . hm entah .

kanan ; RJ

Jason Statham

adik mek
Rapper Jambang 

Monday, January 07, 2013

babysitter mithali

hey assalamualaikum eberibodeh

sink penuh . basuh pinggan . suka basuh pinggan . tapi aku tak suka keadaan tangan aku lepas basuh pinggan . jari kecut sebab lama sangat main air . eeee aku geli . geli tengok jejari tu kekedut . yek .

tanak buat entry membebel part II . siang tadi sudah . hoi bebel apa sampai dua fasa sehari ni . aku tak suka membebel & dibebel . faham ?

hariz , le' anak saudara ada kat rumah sekarang ni . 

old pict

so , as acu yg mithali , i try to take care of him as i could . mithali kan ? fyi , hariz sangatlah suka menempel ok . mangsa tempelan tu adalah me , le' acu . kekadang pelik , sebab apa la hariz ni suka sangat dekat aku . i mean , pape pun yang aku buat , yang aku cakap , mesti dia gelak kaw kaw punya ah .

" apa tah yg lawak sangat acu tu sampai gelak cantu sekali " - umi abah Hariz

online dalam bilik . atas meja . sebab hariz suka sangat mengacau . tapi ada je dia masuk bilik . tak kesah . dia nak duduk atas riba . angkat . mak oi macam nak patah cartilage guwa ngangkatnya . berat kemain .

dari kecik sampai la umur dia dah nak masuk 2 tahun ni , aku bagi dia makan ni ;


ini juga


banyak lagi . tapi 2 ni paling dia suka . i bet . taktahu dia boring ke idok asek video sama aje aku bagi tengok . kau hadap je la Hariz oi . toksah nak demand sangat .

acu dia siap tolong nyanyikan tau . terbukti ke-mithali-an tu kan ?

" acu gembira tengok Hariz gembira " - keibuan tahap maksima . tskk

esok Hariz nak cau cincau dah . babai . acu'll misschuuw . muah Hariz sikit :*


adik mek
Hariz Aqashah

membebel ; lotion

hey assalamualaikum eberibodeh

tuang losyen kat tangan . percaya tak ? hm jatuh aa reputasi minah rock ceni .

ini terpaksa ok . terpaksa . baru sedar yang tangan ni rasa macam kasar . tak sehalus selembut segebu dulu lagi . ehem .

" tangan kasar ni tangan org buat kerja rumah " - sabella mohamad

ya ya betul sekali . sebenarnya tak banyak sgt kerja rumah yg dibuat . just help mak as much as i could . err banyak sikit daripada time belajar haritu . cewah cakap macam dah humor doplohnam . 

terpegang tangan kanan tadi . rasa kasar . selama ni pun dah pegang tapi dengan kurang penghayatan . 

"ohmai jatuh hantaran wa cani . " - dalam hati

jatuh saham . jatuh hantaran . jatuh sebagainya . not really . but maybe . ahaks . thats why i grabbed the berdebu carrie junior bottle . lotion carrie junior di usia lapanbelas . not-so-apakah .

benda tu wangi sangak ok 

terbasuh tangan . and guess what ? takyah nak guess what sangat . lotion tambah air belendir la jawabnye . eeeeee geli .

kakak ipar kata lotion ni melebatkan bulu tangan . tak kesah . bulu tangan aii memang sedia lebat .

well , org kata kalau bulu tangan lebat ni , mak mertua sayang . hehek . contoh ; kak long . bulu tangan lebat and mak mertua dia sayang gila ah .

*****

act , tadi stop kejap . mak suruh turun dapur . buang-najis-dan-kepala-bilis . huu saiko benau nama tugasan tu . i dont know the official name or scientific name or what so ever lah . 

and yeah , penyapuan lotion di tangan ku harini FAILED .

i think i should try this on night side ,

for the sake of my kehalusan tangan .

adik mek
wish me luck

Sunday, January 06, 2013

aliran form4 . nak pilih apa ye ? cewah tanda soal bagai .

hey assalamualaikum eberibodehh

memasing budak form 4 2013 tengah konpiuh nak pilih aliran hape eh ? so sebagai lepasan espiem yang terasa macam bertanggungjawab nak hapuskan kekonpiusan itu terdetik la nak buat entry ni . meh ahkak bella kau nak brainwash sikit . harhar

fer this entry , lemme use 'kakak' k . hikhik

well , kebiasaannya ada 3 aliran kan ?

- pure science
- technical science
- sastera

pure science ni subject tambahan dia ; Biology , Chemistry , Physics 
technical science dia tadak Biology . so digantikan dengan Prinsip Akaun .
sastera just yg subjek asas je kan ? oh ya ada Ekonomi Asas

first , sebelum nak buat keputusan tu , fikir balik apa cita cita kita . sama ada yg berkaitan dalam bidang sains ke , akaun kepe . tayah dengar cakap cakap org yg kata add math , biology , chemy , physics ni susah la apa la . just fikir apa yang terbaik untuk kita .

Biology , Chemistry , Physics ni basic dia Science je . tapi dipecahkan kepada bhg yang lebih khusus . ingat time science form 1 , 2 ,3  ? haa kan ada bhg tubuh badan manusia , elektrik , chemical source semua la . time tu semua bab tu disatukan dalam satu subject , Science . but bila dah naik upper form ni , dia pecahkan kepada Biology , Chemistry , Physcics . trust me , semua subject ni tak susah . Alhamdulillah , since form 4 hingga form 5 , kakak boleh score A untuk subjek ni . 

ramai yang kata add math ni susah kan ? susah bagi org yang tak faham . kakak dulu biol sikit addmath . tak sikit , banyak senanya . sangatlah jeles bila tengok org lain boleh go on dengan addmath sedangkan kita ni merangkak rangkak . duhh air mata yg tumpah sebab addmath dah satu kolam kut . sumpah macam tu rasa macam urgh addmath is killing me !! tapi sebenarnya addmath ni fun . cuma kena focus 100% time dalam kelas . kalau tertinggal satu step je , memang haru la . 

tapi semua tu ok je senanye . atas kita la . kita buat susah , susah la jadinya . double your effort . inshaAllah everything'll be ok . kakak dulu pure science stream . thats why i prefer pure science . hihi . sebab apa ? 

- mak ayah suruh
- kakak minat
- nak jadi doc ; dermatologist
- nyampah dengan akaun . huh

org kata , pure science ni luas sikit peluang pekerjaannya . kalau kita ambik pure science , boleh je nak jadi akauntan kepe . tapi kalau dah tetap dah hati tu nak jadi apa , just decide je k nak ambik aliran apa . tak kisah pure science , technical science or sastera .

contoh , akak ada 2 org abang & 1 kakak . kami semua ambik pure science . now , kak long jadi accountant , abg jadi engineer & dentist .

see ?

apa yang penting , jangan dengar cakap cakap org lain . just ikut apa yang terbaik untuk masa depan kita . jangan takut nak berhadapan dengan subject subject yg kononnya killer sangat . takdela killer sangat . akak ni hidup je lagi . hehh

Biology , chemistry , physics sangat sangat best sebenarnya . cuma awal awal ni je kita rasa macam takleh nak carry on sebab semua subject masih baru lg dengan kita . jangan gopoh . relax , fahamkan satu satu . bila dah faham , memang tip top la .

usaha tu yang penting . Allah tengok tau usaha keras kita semua tu . kita usaha banyak , kita dapat banyak . Allah akan bagi yg terbaik untuk kita . dont worry , Allah bantu kita .

last , all the best ya ! kakak doakan yang terbaik .


p/s ; Biology sangat sangat heaven okay . trust me !

adik mek
kakak here . ehem .

Saturday, January 05, 2013

sunnah rasulullah sebelum tidur

hey assalamualaikum eberibodehh

well , titibe harini rasa macam nak buat kelas agama . hekhek .

ANTARA SUNNAH RASULULLAH SEBELUM , SEMASA , SELEPAS TIDUR

1 . membaca doa sebelum dan selepas tidur . mengantuk macam mana pun mesti baca doa jugak . jangan terbongkang terus tidur . huduh bebenor ghupenye aih . err tahu ke tak doa nya ? yang belajar masa kekecik cinonet dulu tu ? kalau tak tahu meh nak leset hingus sikit .



jangan memperlekehkan ye . sebab Allah menjanjikan syurga kepada orang yang amalkan .

2. jangan tidur dengan kaki menghadap ke arah kiblat . sebab keadaan tu hanyalah untuk orang yang meninggal dunia . sila seram . seram tak ?

3. baca tasbih Fatimah . barang siapa yang membaca tasbih Fatimah , sekiranya dia mati ketika tidur , dia dikira mati syahid . tahu apa dia tasbih Fatimah ?

| subhanallah - 33 kali | alhamdulillah - 33 kali | allahuakbar - 33 kali |

4. membaca 4 Qul dan tiup kat tapak tangan , pastu sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir & perbuatan jahat manusia . manala tahu kan kita tetengah syok tidur tu , ada orang lain yang tengah manderem bagai . hah siap la dia *kepal penumbuk*

5. niat untuk bangun solat tahajjud . sekiranya tidak terjaga dari tidur , Allah akan mengira seolah olah kita bertahajjud sepanjang malam . ala bestnya kan . tapi kalau dah bangun tu , jangan la pengsan balik . tak aci macam tu . btw , solat tahajjud adalah pendinding daripada sihir & buatan orang .

6. ambil wuduk sebelum tidur & menunaikan solat sunat taubat .

7. maafkan kesalahan org lain kepada kita & halalkan semua hutang orang lain kepada kita . baru la tenang tidur sampai ke pagi . takdela muka bangun pagi tu macam hantu kak limah sangat .

8. tidur dengan mengamalkan posisi tidur rasulullah - mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi .


Pesan Rasulullah ;
- jangan tidur meniarap terutama bagi lelaki .
- kalau tidur dengan kain pelikat , ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah .
- tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat . malah akan mengundang makhluk lain .


adik mek
semoga bermanfaat .

Wednesday, January 02, 2013

2012 kata bai , 2013 kata hai . pergh ni pantun kepe ?

hey assalamualaikum eberibodehh

yey baru je lepas potong kuku . tadi kemain tak selesa menaip dengan kuku panjang . nak tekan kibod pun tak best . apalagi nak menaip pepanjang kat belog ni haa .

*tiup kuku*

kat twitter , azim cakap nak tolong potongkan kuku aku . hahaha gila . pastu titibe je sangkut hal nizam . kenapa eh nama nizam ada je dikaitkan ? aku rasa nizam yang tengah terbongkang kat rumah tu pun tak senang duduk dah . asyik terbatuk batuk je agoknye . sorry ye Zam Aziz . phew nama glamour gitchew guwa mention .

malam semalam ingat nak buat la entry new year . ala ala ambang 2013 gitu . tapi lepas tengok Kung Fu Hustle , ngantuk pastu terus tidur . tambah lagi dengan kemalasan tahap dewa nak menaip tetengah malam . sempat la jugak tengok countdown kat tv3 pastu dengar la bunga api bum bum kat luar rumah . mesti sesak jalan semalam kan ? tapi kan , buatpe la susah susah sambut new year bagai kat luar ? baca yaasin kat rumah sebagai permulaan tahun baru lagi lah ohsem . kan ?

semalam hujan kan ? boleh pulak bunga api tu meletup ?

siriyes wa cakap , 2012 paling best la . sepanjang aku hidup di SMKADG , aku rasa 2012 paling best , paling meriah , paling riuh dan segala paling lah . banyak gila memory dari awal tahun hingga akhir tahun . perkara yang tak best pun ada la jugak tapi sekarang , aku anggap semua tu manis . ya semuaaa !!

hehe eksaited bebenor part 'semuaa' tu .

act , aku ada catat dalam planner tentang kenangan form4 . i mean , from January - November . naik form5 , aku ada jugak tulis tapi tak sempat habiskan sampai bulan December . yang aku tension sekarang ni aku tak jumpa pun planner tu . dah merata tempat aku carik tapi still tak jumpa . kalau tercicir memana kat sekolah or ada sesapa yang ambik memang naya ah aku . puisi luahan perasaan bagai aku catat dalam tu . duhh .

kalau aku dapat balik planner tu , boleh aku share kat sini . kalau baca balik planner tu , mesti je aku gelak sensorang . heh .

for last day 2012 , tadak yang best pun . cuma semalam gi borong jajan dengan abang . stok banjir katanyaa . haha

*jeling satu plastik jajan kat sebelah*

petang semalam , aku bangun tidur titibe je teringin nak makan chipsmore captain munch yg hazelnut tu . meghoyan duk jerit satu rumah ' abang mudin nak biskuttt ' . benda tu je aku dok ulang dari petang sampai la pukul 8.30 PM . memandangkan abang aku pun suka sangat berjajan dengan aku , so dia on je bila aku ajak memborong . haa thats my bro *korek hidung abg*

semalam kan hujan tak henti henti kan , so redah je la hujan tu . even pergi dengan kereta , tapi sampai sana tetap kena redah hujan jugak . dahla parking kereta jauh . aku dah berbungkus dengan sweater bertopi . 

tu pengakhiran 2012 aku . permulaan 2013 ? err aku rasa not-so-bahagia la . pukul 1:39 AM tadi dah kena marah . apa kau ingat spesel lattew ? nyamfess . kacau mood tidur menyengih aku je . haktuih .

hm tanak ah fikir pasal tu . sway mood aku sway !

azam tahun 2013 ? hm mana boleh bagitau . secreto de amor katengko . azam 2012 pun aku dah lupa dah pebende . tapi harap harap dah tercapai la ye .

2013 means aku dah 18 la yek ? tak sangat la . 10 November 2013 nanti baru la cukup 18 . hihik itte mudew lagiw ah niw ? hihik lagi .

tapi kalau ikut tahun , memang aku dah 18 la kan . rasa macam dah tua je . hmmm . nanti dah sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi . eee macam tak sesuei aje besar ni nak masuk IPT dah . eeeeeeeee .

wei result espiem tak tahu lagi dah berangan nak masuk IPT bagai . 

soal result jangan sebut ah ! lambat lagi lah !



adik mek
2013 , bismillahirrahmanirrahim .