Tuesday, December 27, 2011

shh

hey assalamualaikum eberibodehh

abang aku dah takde . dah terbang gi indonesia dah pagi semalam . sedih ah . nasib baik gheti cover . hiew hiew :'3

nanti bulan 4 tahun depan kita jumpa keh ? tunggu kedatangan orang , mak abah , abang pi , kak fishah , hariz , kak long , abang masri , akif . tunggu kitorang kat airport indonesia :))

6 hari tak cukup la . tak sempat nak cerita semuaaa kat abang mudin . malam masa abang mudin baru sampai tu pun kita tidur pukul 2.45 a.m kan ? haha .

rasa macam nak putar masa . nak balik time masa hari selasa masa pergi ambik abang mudin kat airport hari tuh . wuwuuu .

tak kesah ar abang mudin nak sepahkan bilik tiap tiap hari pun . tak kesah ar abang mudin nak letak se-pen-de merata rata . orang sanggup kemas janji abang mudin ada .

abang masri ngan kak fishah kata aku gemok . tapi abang mudin takk . bila aku tanya " eh orang gemok ke ? waa ." dia cakap " tak ah . gemuk apa macam tu ??" . abang pi laagi sempoi  . siap kata " adik kalau gemuk sikit lagi baru lawa ." haha katok kang !

tapi aku rasa abang mudin tahu aku makin gemuk . tapi nak jaga hati aku kut . dushh dushh tarik pipi sendiri . waddehek ah abang masri ngan kak fishah . spesis ipar-iparan memang gitu kann ?

abang mudin beli sweater tapi macam singkat sikit . ingat adik awok ni kecik lagi ke ? hahah .
maklum laa setahun lebih dah tak jumpa :')

masa kat t-cafe baru ni semua orang tengok semacam . sendel sendel gurau gurau pegang tangan sikit . ingat kitorang kapel ke hah ? bimbo .

abang mudin bagitau nanti dia nak bawak balik gitar letrik je . yang kapok dia taknak bawak balik . hm aku suruh dia bawak balik jugak , bagi aku . harhar . tapi abang mudin tak bagi aku main lagi . nanti lepas spm baru boleh . dia cakap nanti lagha . tak ingat apa dah kalau start main . hari hari mesti duk belek gitar tu . sebab dia pun macam tu . hoho . psst i know you love me ^^

 amek & abang mudin

 amek a.k.a acu & abang pi & hariz aqashah

esok abang pi dah nak balik kuantan . erghh mencik ah !


adik mek
saya bertuah :))

Tuesday, December 20, 2011

padan muka .

hey assalamualaikum eberibodehh

psst , ada orang tu kan , mulut dia takde insurans lah .

aku ni sensitif . so , remove fb terus ah kan ?

boi boii .

mulut celupar . jangan kerana mulut , badan binasa . awak tu muda lagi . tak belajar cara hormat orang eh ? kalau setakat pandai , tapi tatasusila fail , tak guna ah .


adik mek
awak ingat orang suka ke ?

aku-yuna-perasan-haha-.

hey assalamualaikum eberibodehh .

siapa lah kau nak dibandingkan dengan yuna . eceh ayat sim-peti . 

warung nasi lemak
"kak , nasi lemak ada tak lagi ?"
"ada . nak berapa ?"
"em , 2 ah ."
"awak ni anak orang rumah kat depan tu ke ?"
"eh ? haha tak la ."
"nah ."
"berapa ?"
"rm4 ." *aku bagi duit
"hamboi , lawanya . macam yuna ."
"err hee ." *blah terus !

hospital
otw gi tandas , ada sekumpulan dak laki .
"eh yuna weh ! yuna ! ."
"whoaa lawa ."

gila kau bang main tunjuk tunjuk cantu ! grr .

kedai inner
"kak , nak yang ni ."
"okay ."
"yang warna hitam takde ke ?"
"takde dik , dah habis stock . lawaa adik pakai . hee ."
"err pakai gitu gitu je . hee ." *blur taktau nak respon pebende .

sekolah
tengah cakap cakap , tetibe dia kata .
"eh muka kau macam yuna !"
"hoh ??" *tutup muka !

aku tak tau kot celah mana lah yang nampak aku macam yuna . haha ! nak kata style tudung , tak jugak sebab tu yang kawan aku tegur kat sekolah tu . takkan yuna pakai jibab besar weh ?

haha . whatever la nyah .

adikmek
yuna ?

Monday, December 19, 2011

mati .

hey assalamualaikum eberibodehh

"...nanti kalau mak mati , tuala ambik kat bilik abang pi . kain batik pun kalau orang mintak , ambik kat bilik abang pi . mak dah susun leklok . bantal orang nak 4 biji . ambik kat bilik mak . tak guna lagi semua tu . sarung bantal pulak , tukar . jangan buat malu mak . belinya banyak , tapi guna yang buruk . sarung bantal ada kat bilik abang pi . ni mak beli selimut . selimut ni dorang nak , time nak kafankan . jangan jadi macam rumah ma masa dia meninggal . selimut koyak rabak lobang besar pulak tu . buat malu je . tuala pulak , mak simpan kat bilik kak long . tapi bilik abang pi pun ada . ingat la . tempat tempat mak simpan ni . telekung sembahyang mak simpan kat almari bilik mak . pilih yang warna putih la . tak nak yang warna warna ..."

rasa macam nak gigil tiap kali mak pesan benda ni . hm :(

mati itu pasti .

entah entah aku dulu , sebelum mak . siapa tahu kan ?


adik mek
astaghfirullahalazim .

Saturday, December 10, 2011

rantai burung hantu haram !

hey assalamualaikum eberibodehh

aku terjumpa benda ni kat blog sedara ni . terkejut gak baca nya kan sebab aku baru duk pasang niat nak cari rantai ni . comel kan ? tapi dalam comel comel nya tu , rupanya ada agenda tersendiri . hm apa nak jadi .

nak baca ? klik link bawah ni . terus ke entry beliau :))


so sape sape yang berniat nak beli , batalkan niat korang eh . macam aku . nasib tak beli . kalau tak melayang gak rm20-rm30 . huaha . lagi satu , kalau dah beli , mesti aku akan rasa eh betul ke idak entry mamat ni . sebab kita sayang dah kan . ingat , kita ni umat Islam . iman kena pelihara , agama kena jaga .


adik mek
thanks for the info 

Friday, December 09, 2011

3rd Giveaway By Yana

hey assalamualaikum eberibodehh

see . aku join contest bertubi tubi . haha . tak tahu angin apa yang masuk dalam badan ni .

ni giveaway by kak yana yang omei omei tu . ihiks ;)

first step
buat entry bertajuk '3rd Giveaway By Yana'

second step
letak banner and linkkan ke entry/blog kak yana

p/s : klik banner untuk join :)

third step
tag 3 orang rakan

saya tag : nawal | alya | fatin

fourth step
tinggalkan link kat entry SINI .

fifth step
bantu vote kak yana kat SINI
i'm done ! hee

hadiah dia : handbag | mary kay product | shawls | topup
nak nak nak !

adik mek
lalala

Candid Time Contest

hey assalamualaikum eberibodehh

titiba tergerak hati nak join contest ah . giveaway by adik muna kite yang omey omey ni . kali ni dah masuk kali yang ketiga dia buat contest . ohmaii hebat la adik . akak tak pernah mengcontest contest pun . hiew hiew :3

first step
wajib follow blog adik muna . 
okay akak dah follow ! :))

second step
buat entry pasal Candid Time Contest

third step
letak banner

p/s : boleh klik banner untuk join

fourth step
sertakan 1 gmbar candid

wahaha . muka sakai --"

fifth step
tag 2 makhluk and inform diorang pasal contest ni

kak bella tag : miss xyz | amy hadi
join tau ^^

sape sape nak join , klik SINI . hadiah dia best woo . nak tengok ? klik SINI dan SINI . okeh ?


adik mek
harap menang :))

Thursday, December 08, 2011

wanita cemburu dengan bidadari :))

hey assalamualaikum eberibodehh

aku google pasal ni tadi . memang menarik sangat artikel ni . memang agak panjang . tapi tak rugi tau kalau baca . best sangat . hati tenang je bila baca . so , aku share la kat sini kan . ramai lagi yang tak tahu kann . eh ke aku sorang je yang ketinggalan ? haha . btw , tak salah berkongsi ilmu  :))

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?


Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

bidadari ? ecehh . takdela . bidadari diri sendiri je kot . :')

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~


ni bidadari hana sabella ! muahaha XD

enjoy reading peeps ! 

adik mek
i loike this

Monday, December 05, 2011

fesbuk macam pondan

hey assalamualaikum eberibodehh


friend kat aku sekarang 402 . aku bangga ada 402 umat je dalam friendlist aku weh . tak main ar riban riban der . boleh mengakibatkan sexuallity harrasment okeh . eh ? iye ke . haha

baru ni gempar dengan kononnya ada hacker pastu sebar gambar porno lah bogel lah apa lah . orang lain semua duk sibuk buat status 

"lucah betul fb sekarang ni ."
"sial ah sebar gambar porno ."
"facebuwrk turk senoenoeh larh sewkawrang niew . eiw yuckss ."

gila herot mulut aku time buat ayat last tu . menghayati bak kata orang . eheh .

time semua orang duk buat gempak tu . aku lekk je . sebab apa ? sebab sekeping pun aku tak nampak gambar tu . tang mana yang bogel nya ?

dan 2-3 hari ni bila aku tengok balik friend request yang ada , aku mula fikir ni la advantage nya aku tak approve orang kot .

dulu friend aku 500 lebih , pastu aku delete balik . yang pelik pelik tu semua aku delete . lepastu jadi 400 . then , banyak balik , then aku buang dan begitu la seterusnya sampai tinggal 300 lebih . currently 402 la sebab aku ada approve orang . familiar la tu .

then , heboh pasal pemberitahuan jangan approve request dari nama sekian sekian sebab nanti dia curi gambar pastu masukkan dalam website bohsia murahan . ada jugak yang kata dia edit jadi bogel la . aku rasa aku memang terselamat kot . insyaAllah . takkan classmate aku nak curi gambar aku pastu bogelkan ? yang tu tembak bagi mampus makan diaa . 

time orang duk sibuk kena hack fb lah apa lah . aku maintai sempoi derr . takde takde nya kena kat aku . bertuah kan aku ni ?

tu la padan muka tunjuk bontot sikit kat sape sape yang kena tu . sapa suruh friend banyak sangat . kannn . aku tengok orang yang friend riban riban ni penge'like' status nya pun ratus ratus . aku ? alah main puluh aje der . takat 20 lebih or 30 lebih gitu le .

tak heran ah . tak mati pun kalau orang tak like like ni .

ketahuilah wahai 402 orang yang bertenggek dalam friendlist ku , kamu adalah orang yang bertuah dan sila berbangga . sebab apa ? sebab aku tapis dulu tau nak approve korang semua . haaa .

facebook pondan . tiba .

adik mek
kasar

Saturday, December 03, 2011

oh my abang

hey assalamualaikum eberibodehh

semalam kakak aku call . dia cakap abang mudin aku nak balik . dengar je abang aku nak balik aku dah macam eksaited gilaa . lebih setahun dah aku tak jumpa dia okay .

dia study kat indonesia kan . so sekarang ni dia free . graduate bulan 4 tahun depan . aku rinduu sangat sangat kat dia . dah banyak kali mimpi pasal dia . haih teruk benau . aku pun tak tahu ah asal jadi cani . lama sangat tak jumpa kot .

mintak mintak jangan ada pape yang jadi .

i love you abang mudin .

adikmek
i'm waitin'

Thursday, December 01, 2011

ini memory . rainbow words of the year ! 2011 .

hey assalamualaikum eberibodehh

kau tahu , time aku busy dengan exam bagai , aku coret kat jurnal hitam aku :))

2011 . banyak sangat memory . bila diingat balik , macam sedih .
kenapa 'rainbow words' ? sebab ia buat aku sengih lebau lebau . buat aku ah-ngau ! haha

these are my rainbow words
- suara kau macam kartun .
- bila maddi jane nak buat lagu baru ni ?
- anak abah .
- ceh . aku baru nak test kau .
- aishiteru
- kau baik . aku tahu .
- kita geng biskut .
- nicky ! kata nak belanja chipsmore !
- awak comel gilaa .
- kau budak perempuan paling cute pernah aku jumpa .
- bella , tumpangkan orang . hee .
- kalau saya berdiri tepi awak , saya rasa macam awak jinjingkan kaki .
- nakal suara bella tadi .
- kak dek vs adikmek .
- hey comel !
- cute suara awak .
- comel kamu buat muka macam tu tadi .
- memang awek levis ah .
- assalamualaikum makcik .
- kasut mat rock .
- muka adikmek comel macam abah .
- kakak comel !

classmate aku baca benda alah ni dalam jurnal hitam aku . then dia tanya 

"eh apa ni bella ? kau ambik dari novel ke ?"

haha sian kau kawan . jadah ah aku nak kutip satu satu dari novel ? heh .
ini memori aku . fullstop :))

adikmek
meow :3

bila aku kata aku dah matured , kau kata aku koya kan . pahal bro . tak puas hati face to face ah . korek hidung .

hey assalamualaikum eberibodeh

dunno why . sekarang aku obses dengan shawl , pashmina , baju , blouse , shoes , sneakers . semua tu fashion kan ? euw macam geli ah .

girl nak dewasa memang acani eh ? ihiks .

"abah , ada baju tu comel sangat . abah belanja org ah . harganya rm** . eh ? hihii."
"okay . gi la ambik."
"betul ni ? wauoo."
"iye . abah bagi masa 5 minit gi ambik ."
"weeee ." ran like crazieer . haha

obviously , duit aku kering sekarang . mati gua .

adik mek
up-to-date . ecehh

Thursday, November 24, 2011

ohh langkawi oo eh rasa macam nak nyanyi . hm ni tajuk ke entry .

hey assalamualaikum eberibodehh

untuk kali ketiga , aku jejak bumi langkawi . ceceh . 
lawatan yang dianjurkan oleh pelajar 4 al-bukhari . macam bangga gitu bila budak budak yang urus . jangan kau kata cikgu cikgu nak urus . macam haremmmmmm . best eh tumpang duit budak budak ? best eh lepaskan tanggungjawab ? best eh buat gitu ?

kalau cikgu tu baca , memang wassalam .

kitorang pergi dari 12-14 nov . hari sabtu , malam tu kitorang bertolak . naek bas kat dataran sekolah . janji pukul 8 tapi bertolak pukul 9 . best eh mem-bangang-kan cantu ?

dalam bas , tempat aku sebelah zati . laila dengan gee duduk sebaris . dah janji kan nak duduk dekat dekat . aku rasa zati duduk sebelah aku 10 minit . dia pindah kat sebelah meck nor kat depan tu haa . aku macam eh kau dah janji kan what the fuuuu punya orang ah . gi minum clorox ah kau .




sampai dekat r&r mana tah , pukul 4.45 a.m . turun bas , masing-masing tengah mamai lagi duk tolak bagasi . nasib baik letak duduk tudung maintain der . dengan sopan sekali aku tidur malam tu .

cikgu rosli , cikgu alif , cikgu asiah & anak beranak ( haha ) tak mandi . kitorang sume mandiii .

naik feri kat kuala perlis , pukul 8.15 a.m . sampai kat sana adalah dalam 9 lebih kot .

 aku , laila . --"

zati , gee

first place : dataran lang

gee , laila , meck nor , aku , zati

bella's there


second place : kilang gamat

kat sini aku beli minyak gamat biasa , minyak gamat panas , minyak kayu merah . takpe , duit banyak lagi kan . muahaha

third place : gunung mat chincang *cabel car

balik motel , tengahari . mandi , solat sume pastu dalam pukul 4 lebih , kitorang turun . it's time to ronda ronda bebeh !

currently at : pekan kuah

memula , kitorang berkejar ke haji ismail group . borong coklat kat sana . korang kalau nak beli coklat , better beli kat sini . sebab kat sini yang termurah kot . kalau nak beli kat pasaraya ke , boleh tapi kena berhati hati lah sebab kat pasaraya tak dijamin halal nya coklat tu . kena check bebetul . coklat banyak dari luar negara kan , so ada yang dicampur dengan arak . dekat coco valley pun mencacak mahal harganya . ni based on my experience 3 kali godek langkawi la .

lepastu , jalan kat sekitar tu je la . beli baju apa semua . bila sakit kaki , baru insap lari lari masuk motel . --"

malam tu pulak , lepas solat maghrib , terus turun motel . bukak je pintu motel , berderet gerai tu haa . ada pasar malam ghupenye ! mak aii meriah tahap dewa . bersusun susun gerai sampai tak larat nak jalan . best gilaa pasar malam dia !

lepas tu , tak terus balik motel . gi ronda ronda tak tentu hala . ajak dak laki tolong tunjukkan mana shopping complex yang terdekat , tak nak . diorang kata makan masa 20 minit kalau jalan kaki . dah tu , tutup pukul 10 p.m . tengok jam , dah pukul 9.30 p.m . tutup cerita je la kan . sebab tu jalan tak tentu hala tu . konon frust tak tertonggeng la kann .


flying kiss la konon . wek

then , azim call . dia cakap , dia dah tanya pakcik teksi . so dia janji nak bawak kitorang pergi langkasuka atau billion esok . yippi ! and esok , bas half day je . so kitorang free pagi esok sampai pukul 12 tengahari .

pagi esok , gegas semua duk siap siap . pukul 9 lebih gitu , kitorang naik van . apa yang best nya kat langkawi ni , van atau teksi bersepah . jadi senang la kan nak pergi mana mana . kangkang aje pintu motel tu , dah ada van yang menunggu . so naik je la .

van tu hantar kitorang kat taman lagenda . semua dalam hati ni dah macam ehh haku nak gi sopink komplek ah asal hantar aku sini eh napa ni weh nak berdebar ke tak . ghupenye , billion kat seberang jalan tu haa .


kat taman lagenda , best gila ! aku ngan lela dah berlari lari bila nampak port cantik . hee .







bila dah berpeluh ketiak , baru lah pergi billion . sejuk sikit kan ada econ kan .

eh sampai sampai je , billion tak bukak lagi . lepak jap kat tepi mekdi . azim belanja pepsi besar punya . err tapi kongsi 5 orang . alahai sadis weh .



pukul 11 a.m , kitorang naik van , nak balik ke motel .

pukul 12 tengahari , naik bas .
so , tempat seterusnya : padang matsirat *beras terbakar

mak aii best gila sini . cop , aku yang buat tentatif so aku la yang tentukan tempat mana nak pergi . hihi .

murah gila ! kalau tak caya , tanya lela . beli kain batik , baju semua kat sini . memang kat sini tempat orang beli belah la . keychain semua . konklusi , kalau datang langkawi mesti singgah padang matsirat . tempat bersejarah ni weh . peristiwa beras terbakar terjadi kat sini .

next place : geopark
aku tak masuk pun . sebab aku dah pernah pergi masa form 2 . but , sebenarnya aku kering duit . huwaa ! berbelas ringgit gitu je ada . sobs tacink siap . tu la kan , beli tak hengat kat padang matsirat .

pukul 7 p.m , naik feri dan bertolak pulang . letih ! tidur je dalam bas . takde dah gurau gurau macam nak bertolak hari tu . sampai kat sekolah , pukul 5 a.m . awal gila ! muka semua dah macam biskut lemau .

bagi aku , langkawi paling best ! ada orang suruh buat lagi lawatan ni . sebab HEAVEN GILAA ! insyaAllah ah lepas spm kita pergi lagi okay ? :))

12 NOVEMBER - 14 NOVEMBER 2011 in memory .


adik mek
nak putar masa boleh ?
hee

Monday, November 21, 2011

4 al-bukhari . senyumm !

hey assalamualaikum eberibodehh

4 Al-Bukhari . hampir setahun kau tumpangkan aku . dari awal januari hingga last persekolahan , tentang kau , ada aku tulis dalam jurnal hitam aku .

awal januari , sumpah kitorang tak dapat terima kenyataan ditempatkan di kelas 4 al-bukhari . ketiga tiga kipas tak berfungsi , lantai berkerok tahap gila , whiteboard memang takde ghupe , syiling bocor dan tingkap tak lengkap dengan cermin cerminnya . aku yang duduk kat tepi tingkap , memang azab la bhai . januari 2011 , angin kencang + hujan lebat kan ? -_-

semua dah merungut pahal letak budak kelas a kat kelas ni ? sakai .

tapi benda tu semua tak lama . sebulan dua je kut . kipas KDK baru mula ambik port , tingkap dah lengkap dengan cermin . and kami semua berhempas pulas menghias kelas .

dan dengan bilangan 25 manusia , kami jadi lebih rapat .

tapi , jodoh aku dengan kelas bukhari tak lama . dengan warga bukhari pun tak . bubye 4 al-Bukhari , aku dengan kau sampai sini je .

insyaAllah hari pendaftaran nanti , aku bagitau guru kelas , mintak transitkan aku ke kelas nasaie . warga 5 an-nasaie , terima aku . please ? :))

ahlan wasahlan ila 4 Al-Bukhari :))


boss ? ceo ? pa ?
haha




kami - ahli dewan




mine . conteng itu rock . oyeahh !

i'm not bimbo . woot !

goggles there . haha .

mine :B


 dunno --" . err candid ?

 girls drama [ gulp & gasp ] . itu sangat sangat memori .

rocket time ! [ bella jane ]

ikhwan , selamat kembali . aku jamin kau mesti disumbatkan dalam 5 Bukhari . haha . even kita tak sekelas pun takpe , tetap jumpa jugak kan ? alah , kelas sebelah sebelah je kan . :')

cikgu rosli ( bm ) , lepas ni takde dah panggilan 'sa' untuk saya kan ? haha .
tice surani ( bi ) , selamat mengajar saki baki warga bukhari yang chenta-mati kat tice .
tice norizam ( fz ) , saya harap tice ajar kelas nasaie tahun depan . tak puas lagi lah dengar panggilan 'billa' .
tice kk ( +math ) , " hah bella , mana lagi yang tak paham ? " . sorry tice , saya kureng dalam add math . hee .
ustazah nasriah ( psi ) , saya ingat ustazah yang paling sporting ni !

dan cikgu yusof (sej ) , ustazah t.zainon ( pqs ) , ustaz sayed ( ba ) , tice irma ( mm ) , tice azdanina ( bio ) , tice shaliza ( kim ) .

mucho gracias !



act , aku frust . frust yang teramat amat amat . :|


adik mek
aku , semua :))

Friday, November 18, 2011

janji . boo

hey assalamualaikum eberibodehh

mungkiri janji = salah satu sifat orang munafik .
warning : ini cerita dongeng

ada satu trip ke langkasuka . 

senah merayu rayu kat tipah nak duduk sebelah sebelah kat seat dalam bas sebab senah nak elak daripada duduk tepi joyah . tipah okey je . dia tak kisah duduk dengan sape sape pun .

memula , senah duduk sebelah tipah . then , senah mintak diri nak duduk sebelah joyah kejap kat seat depan tu haa . tipah ilekk je .

pastu , senah mintak beg yang dia tinggal kat seat asal dia . tipah bagi .

pastu , sampai ke sudah tipah duduk sorang sorang . nasib baik ada kawan macam laili dan jiji .

malam bertolak pergi --> hari pertama --> hari kedua --> malam bertolak pulang  = tipah sorang sorang .


what's on your mind ?

adik mek
janji tahik kau

Tuesday, November 15, 2011



baru kenal greyson chance ke ? 

haha

Thursday, November 10, 2011

we are the different flowers in the same garden . mucho gracias .

hey assalamualaikum eberibodehh

presenting ..
my shining stars in the deep of my heart .


kak long - kuala lumpur - mukabuku
adikkk . hepi besday . semoga panjang umur , murah rejeki , diberkati hidup selalu .

kak fishah - kuantan - texting
assalam . hepy besday yang ke 16 . jangan sedih . nanti kak fisya belanja kit kat ek .

abang pi - kuantan - texting
assalam bella jane . dik , selamat hari lahir yang ke 16 . semoga berjaya dalam hidup , dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya di dunia dan akhirat .

abang mudin - indonesia - call
" happy birthday sabila ."
" hikhik . "
" elleh suka sangat ."
" suka la . '
" kite tengah buat apa ? "
" urus hal lawatan . eh eh orang gi lawatan langkawi . lusa dah nak pergi ."
" fuyoo . asyik asyik langkawi . haih ."
" biar la . "
" kak alia kirim salam . "
" huh ? mana salam ? "
" assalamualaikum . "
" waalaikummussalam . heee . "

blablabla cakap panjang lagi . tapi kan , rasa macam kekok sebab lama dah tak sembang . malu .

last
" okay la . belajar leklok . "
" okay . " 
" abang mudin kirim salam sayang dan rindu kat mak . "
" okay . err abang mudin , ti amo ! . "
" hah ? pebende ? "
" ti amo ! "
" apa dia pulak ti amo . haih . "
" haha ! ti amo . "
" pebende ? "
" i love you . "
" ohh . hihik . heeee . gracias . "
" heee . "
" dah bahasa apa tu ? "
" philipines . "
" ohh . okay la . "
" okay . "
" okay . "
" okay . "
" haha . okay la . belajar leklok . jaga diri . assalamualaikum . "
" waalaikummussalam . "

teett ! :))

that's my superb siblings . | kak long | kak fishah | abang pi | abang mudin |

that's how my abang mudin acts . ti amo !


adik mek
merci


err tak tahu ?

hey assalamualaikum eberibodehh

happy birthday for me :))

tanggal 10/11/11 , genap 16 tahun berada di muka bumi tuhan . syukur dipanjangkan umur , dikekalkan hayat hingga tika ini . 

semalam , kak sarah dah ucap . thanks kak sarah sebab jadi orang first . even tak sampai lagi masa nya , tapi cukup buat aku sengih lebar lebar macam dah kena calit minyak dagu . 

pukul 2.30 pagi tadi , terjaga then terus bukak lappy . saja je . dah ramai orang wish dekat mukabuku . coky , trimas sebab ingat . tahun 2010 , dia orang first . siap berlumba dengan farah . haha . tapi tahun ni , tetap antara orang yang terawal . farah kalah sebab dia ada kat hostel . tutup balik lappy . sengaja tak balas lagi . takde feel ah der tengah mamai nak balas balas wish . lekluu .

and now , baru balik dari camp english drama . tak exam dengan orang lain hari ni . tunda rabu depan . hari ni pun ada majlis persaraan pengetua . banyak je event masa hari besar aku ni . tarikh ni ada tuah kot ? 

bukak mukabuku balik , beranak pinak dah notifications aku . scroll balik yang bawah bawah tu . ada yang panjang berjela , ada yang sekadar tulis 'HB' . its okay kawan . tahu ada yang sayang kat kita , cukup la . tapi wish yang panjang buat aku rasa nak nangis . pehal emosi lebih pulak nih ?

naik kelas kejap pagi tadi , ruby dah jerit .

"happy birthday sabila !!"

aku ? tak tahu nak kata apa . tutup muka dengan kertas . malu ! acane awak tahu eh ? then ramai la yang wish lepas tu . 

takde kek takpe . takde lilin yang orang hembus sampai tersembur saliva pun takpe . seriously i dont need all such things . aku tahu , orang yang ingat tu maknanya sayang dia dah tertumpah kat Nur Sabila Mohamad .

kak long , trimas sebab ingat . abang pie , abang mudin , orang tunggu eh ? :')

dulu

2011

bila tengok wall fb , aku tahu masih ada yang kurang . aku tunggu .

credit : kak sarah | norafiqah sweet | muhamad fahmi maharudin | seera munirah | wan nur fatihah | coky | kak adah | honeys hasdi | far-teen najibah a.k.a adik amin | farah najibah | kak tessa | redzuan rashidi | my only one kak dek | kak rean | kak long | ani mie | shiela teng | tasya garfield | pian | aisyah | faiz | yuhainiena | afiq vespa | anna cullen | ulfa zulia | ain my khunnie | ruby | amanina | azizah | shahirah | farah | nadia nasri | hasanah | aiman a.k.a right luck | epy | laila azwa |  farisah a.k.a icah | aisyah nazri | aiman anaz | shafira my pira | azim | hazim muqri | wa wink wink | nur qila | nuratiqah khairuddin | syiro | farahin abd majid | izzah azam | ismah hani | farteen | syeda akma | amin | didi | meck gee | dellyn collin | [ until 11.21 p.m 11/11/11 ]

double credit to farah and amin sebab ucap 2 kali melalui 2 kaedah . haha .

adik mek 
16 y/o muda lagi kan ?  


Monday, November 07, 2011

hey assalamualaikum eberibodehh

jangan berjanji kalau tak boleh ditepati .
jangan menyakiti kalau tak ingin disakiti .

entah . hati kita . siapa yang tahu selain daripadaNya ?

aku faham :))
dan sentiasa faham .

Friday, November 04, 2011

hey assalamualaikum eberibodehh

once hati saya dah declare awak sebagai kawan , sampai mati kita kawan . :)
 warning : ini pengakuan esklusif
for all the things i've done and said , for all the hurt that i've caused you , i hope you will forgive me cause that wasn't what i meant to do .

1 . awak marah ?
2 . saya mintak maaf
3 . sorry sebab suka main main 
4 . saya tak se-skema yang disangka 
5 . sudah-sudahlah tu merajuk
6 . awak macam budak la 
7 . haha !


adik mek
memory with SESTERians

Wednesday, October 26, 2011

memori lane . haha

hey assalamualaikum eberibodehh

final 2010 . after pmr .
"kalau tanak belikan orang tu , bagi gitar .'

"mudin , adik cakap kalau tanak belikan dia tu , belikan dia gitar ."
"hah ? takyah la gitar . haih . "

abang mudin , orang tunggu gitar abang mudin tau . 
next year kite jumpa okay .

o-la indonesia !


adik mek
hm . speechless

Saturday, September 24, 2011

jaga mulut . jaga perasaan . please ?

hey assalamualaikum eberibodehh

pelik dengan perangai remaja sekarang . why suka mencarut ? ada apa dengan mencarut . best tahap kalah tutti fruitti ke ? tak faham aku .

definisi mencarut versi Sabella_Jane

mencarut > melafazkan kata kata yang mempunyai maksud yang buruk . secara tidak langsung dapat merobekkan hati orang yang dicarut .

kau kalau nak mencarut , dengan orang lain . bukan dengan aku . kalau kau nak fuckin fuckin bagai , dengan orang lain . bukan dengan aku . faham .

kita dianugerahkan mulut untuk lafazkan pekara elok elok . we live as students . so fikirlah impak paling besar mesti pelajaran kita . acano nak berkat ? 

"eh apa rahsia awak bijak sangat eh ? awak belajar cemana . saya tak macam awak . huhuu."

or lebih brutal

"kau makan babi apa yang genius sangat ni . aku ni belajar macam mana pun macam ni jugak . huh."

ayat tu dah common sangat dah . naik muak dah mendengarnya . bak kata orang ganu , "nyenyeh dalam hati je lahh." mulut duk mencarut bodoh babi segala bagai lepastu tanya nak berjaya macam mana . layak ke kau ? operate dulu la mulut kau tu .

in my family , perkataan bodoh dah dikira berat . kalau over sikit lagi memang makan penampo la hari tu . ber'aku kau dengan adik beradik  diHARAMkan sama sekali . kalau panggil kakak or abang dengan nama pun tidak dibenarkan . truly , bangga dibesarkan dalam keluarga ini . 

seriously saya sangat sangat sangat tersentap apabila menjadi mangsa carut . 

tupai ? kenapa kaitkan dengan aku . aku sakit hati sampai aku remove kau ngeng . then kau call tanya kenapa aku remove . hati aku macam tisu . lepas tu aku add balik . and now i'm realise how nerdy i am . 

aku just nasihat je . tapi aku kena balik kan ? itu yang aku dapat . its okay kawan , aku hanya menjadi kawan di saat kau perlukan kawan . aku kan kawan kau .

aku benci rasa ni . kenapa sedih perlu wujud ? kenapa hati perlu terasa ? kenapa hati aku macam tisu .. 

chatbox semalam . panjang ayat kau hentam aku kan ? haha . aku just senyap .. then i said

"dah la . stop ."


adik mek
kita masih kawan ke ? :|