Tuesday, December 27, 2011

shh

hey assalamualaikum eberibodehh

abang aku dah takde . dah terbang gi indonesia dah pagi semalam . sedih ah . nasib baik gheti cover . hiew hiew :'3

nanti bulan 4 tahun depan kita jumpa keh ? tunggu kedatangan orang , mak abah , abang pi , kak fishah , hariz , kak long , abang masri , akif . tunggu kitorang kat airport indonesia :))

6 hari tak cukup la . tak sempat nak cerita semuaaa kat abang mudin . malam masa abang mudin baru sampai tu pun kita tidur pukul 2.45 a.m kan ? haha .

rasa macam nak putar masa . nak balik time masa hari selasa masa pergi ambik abang mudin kat airport hari tuh . wuwuuu .

tak kesah ar abang mudin nak sepahkan bilik tiap tiap hari pun . tak kesah ar abang mudin nak letak se-pen-de merata rata . orang sanggup kemas janji abang mudin ada .

abang masri ngan kak fishah kata aku gemok . tapi abang mudin takk . bila aku tanya " eh orang gemok ke ? waa ." dia cakap " tak ah . gemuk apa macam tu ??" . abang pi laagi sempoi  . siap kata " adik kalau gemuk sikit lagi baru lawa ." haha katok kang !

tapi aku rasa abang mudin tahu aku makin gemuk . tapi nak jaga hati aku kut . dushh dushh tarik pipi sendiri . waddehek ah abang masri ngan kak fishah . spesis ipar-iparan memang gitu kann ?

abang mudin beli sweater tapi macam singkat sikit . ingat adik awok ni kecik lagi ke ? hahah .
maklum laa setahun lebih dah tak jumpa :')

masa kat t-cafe baru ni semua orang tengok semacam . sendel sendel gurau gurau pegang tangan sikit . ingat kitorang kapel ke hah ? bimbo .

abang mudin bagitau nanti dia nak bawak balik gitar letrik je . yang kapok dia taknak bawak balik . hm aku suruh dia bawak balik jugak , bagi aku . harhar . tapi abang mudin tak bagi aku main lagi . nanti lepas spm baru boleh . dia cakap nanti lagha . tak ingat apa dah kalau start main . hari hari mesti duk belek gitar tu . sebab dia pun macam tu . hoho . psst i know you love me ^^

 amek & abang mudin

 amek a.k.a acu & abang pi & hariz aqashah

esok abang pi dah nak balik kuantan . erghh mencik ah !


adik mek
saya bertuah :))

Tuesday, December 20, 2011

padan muka .

hey assalamualaikum eberibodehh

psst , ada orang tu kan , mulut dia takde insurans lah .

aku ni sensitif . so , remove fb terus ah kan ?

boi boii .

mulut celupar . jangan kerana mulut , badan binasa . awak tu muda lagi . tak belajar cara hormat orang eh ? kalau setakat pandai , tapi tatasusila fail , tak guna ah .


adik mek
awak ingat orang suka ke ?

aku-yuna-perasan-haha-.

hey assalamualaikum eberibodehh .

siapa lah kau nak dibandingkan dengan yuna . eceh ayat sim-peti . 

warung nasi lemak
"kak , nasi lemak ada tak lagi ?"
"ada . nak berapa ?"
"em , 2 ah ."
"awak ni anak orang rumah kat depan tu ke ?"
"eh ? haha tak la ."
"nah ."
"berapa ?"
"rm4 ." *aku bagi duit
"hamboi , lawanya . macam yuna ."
"err hee ." *blah terus !

hospital
otw gi tandas , ada sekumpulan dak laki .
"eh yuna weh ! yuna ! ."
"whoaa lawa ."

gila kau bang main tunjuk tunjuk cantu ! grr .

kedai inner
"kak , nak yang ni ."
"okay ."
"yang warna hitam takde ke ?"
"takde dik , dah habis stock . lawaa adik pakai . hee ."
"err pakai gitu gitu je . hee ." *blur taktau nak respon pebende .

sekolah
tengah cakap cakap , tetibe dia kata .
"eh muka kau macam yuna !"
"hoh ??" *tutup muka !

aku tak tau kot celah mana lah yang nampak aku macam yuna . haha ! nak kata style tudung , tak jugak sebab tu yang kawan aku tegur kat sekolah tu . takkan yuna pakai jibab besar weh ?

haha . whatever la nyah .

adikmek
yuna ?

Monday, December 19, 2011

mati .

hey assalamualaikum eberibodehh

"...nanti kalau mak mati , tuala ambik kat bilik abang pi . kain batik pun kalau orang mintak , ambik kat bilik abang pi . mak dah susun leklok . bantal orang nak 4 biji . ambik kat bilik mak . tak guna lagi semua tu . sarung bantal pulak , tukar . jangan buat malu mak . belinya banyak , tapi guna yang buruk . sarung bantal ada kat bilik abang pi . ni mak beli selimut . selimut ni dorang nak , time nak kafankan . jangan jadi macam rumah ma masa dia meninggal . selimut koyak rabak lobang besar pulak tu . buat malu je . tuala pulak , mak simpan kat bilik kak long . tapi bilik abang pi pun ada . ingat la . tempat tempat mak simpan ni . telekung sembahyang mak simpan kat almari bilik mak . pilih yang warna putih la . tak nak yang warna warna ..."

rasa macam nak gigil tiap kali mak pesan benda ni . hm :(

mati itu pasti .

entah entah aku dulu , sebelum mak . siapa tahu kan ?


adik mek
astaghfirullahalazim .

Saturday, December 10, 2011

rantai burung hantu haram !

hey assalamualaikum eberibodehh

aku terjumpa benda ni kat blog sedara ni . terkejut gak baca nya kan sebab aku baru duk pasang niat nak cari rantai ni . comel kan ? tapi dalam comel comel nya tu , rupanya ada agenda tersendiri . hm apa nak jadi .

nak baca ? klik link bawah ni . terus ke entry beliau :))


so sape sape yang berniat nak beli , batalkan niat korang eh . macam aku . nasib tak beli . kalau tak melayang gak rm20-rm30 . huaha . lagi satu , kalau dah beli , mesti aku akan rasa eh betul ke idak entry mamat ni . sebab kita sayang dah kan . ingat , kita ni umat Islam . iman kena pelihara , agama kena jaga .


adik mek
thanks for the info 

Friday, December 09, 2011

3rd Giveaway By Yana

hey assalamualaikum eberibodehh

see . aku join contest bertubi tubi . haha . tak tahu angin apa yang masuk dalam badan ni .

ni giveaway by kak yana yang omei omei tu . ihiks ;)

first step
buat entry bertajuk '3rd Giveaway By Yana'

second step
letak banner and linkkan ke entry/blog kak yana

p/s : klik banner untuk join :)

third step
tag 3 orang rakan

saya tag : nawal | alya | fatin

fourth step
tinggalkan link kat entry SINI .

fifth step
bantu vote kak yana kat SINI
i'm done ! hee

hadiah dia : handbag | mary kay product | shawls | topup
nak nak nak !

adik mek
lalala

Candid Time Contest

hey assalamualaikum eberibodehh

titiba tergerak hati nak join contest ah . giveaway by adik muna kite yang omey omey ni . kali ni dah masuk kali yang ketiga dia buat contest . ohmaii hebat la adik . akak tak pernah mengcontest contest pun . hiew hiew :3

first step
wajib follow blog adik muna . 
okay akak dah follow ! :))

second step
buat entry pasal Candid Time Contest

third step
letak banner

p/s : boleh klik banner untuk join

fourth step
sertakan 1 gmbar candid

wahaha . muka sakai --"

fifth step
tag 2 makhluk and inform diorang pasal contest ni

kak bella tag : miss xyz | amy hadi
join tau ^^

sape sape nak join , klik SINI . hadiah dia best woo . nak tengok ? klik SINI dan SINI . okeh ?


adik mek
harap menang :))

Thursday, December 08, 2011

wanita cemburu dengan bidadari :))

hey assalamualaikum eberibodehh

aku google pasal ni tadi . memang menarik sangat artikel ni . memang agak panjang . tapi tak rugi tau kalau baca . best sangat . hati tenang je bila baca . so , aku share la kat sini kan . ramai lagi yang tak tahu kann . eh ke aku sorang je yang ketinggalan ? haha . btw , tak salah berkongsi ilmu  :))

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?


Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

bidadari ? ecehh . takdela . bidadari diri sendiri je kot . :')

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~


ni bidadari hana sabella ! muahaha XD

enjoy reading peeps ! 

adik mek
i loike this

Monday, December 05, 2011

fesbuk macam pondan

hey assalamualaikum eberibodehh


friend kat aku sekarang 402 . aku bangga ada 402 umat je dalam friendlist aku weh . tak main ar riban riban der . boleh mengakibatkan sexuallity harrasment okeh . eh ? iye ke . haha

baru ni gempar dengan kononnya ada hacker pastu sebar gambar porno lah bogel lah apa lah . orang lain semua duk sibuk buat status 

"lucah betul fb sekarang ni ."
"sial ah sebar gambar porno ."
"facebuwrk turk senoenoeh larh sewkawrang niew . eiw yuckss ."

gila herot mulut aku time buat ayat last tu . menghayati bak kata orang . eheh .

time semua orang duk buat gempak tu . aku lekk je . sebab apa ? sebab sekeping pun aku tak nampak gambar tu . tang mana yang bogel nya ?

dan 2-3 hari ni bila aku tengok balik friend request yang ada , aku mula fikir ni la advantage nya aku tak approve orang kot .

dulu friend aku 500 lebih , pastu aku delete balik . yang pelik pelik tu semua aku delete . lepastu jadi 400 . then , banyak balik , then aku buang dan begitu la seterusnya sampai tinggal 300 lebih . currently 402 la sebab aku ada approve orang . familiar la tu .

then , heboh pasal pemberitahuan jangan approve request dari nama sekian sekian sebab nanti dia curi gambar pastu masukkan dalam website bohsia murahan . ada jugak yang kata dia edit jadi bogel la . aku rasa aku memang terselamat kot . insyaAllah . takkan classmate aku nak curi gambar aku pastu bogelkan ? yang tu tembak bagi mampus makan diaa . 

time orang duk sibuk kena hack fb lah apa lah . aku maintai sempoi derr . takde takde nya kena kat aku . bertuah kan aku ni ?

tu la padan muka tunjuk bontot sikit kat sape sape yang kena tu . sapa suruh friend banyak sangat . kannn . aku tengok orang yang friend riban riban ni penge'like' status nya pun ratus ratus . aku ? alah main puluh aje der . takat 20 lebih or 30 lebih gitu le .

tak heran ah . tak mati pun kalau orang tak like like ni .

ketahuilah wahai 402 orang yang bertenggek dalam friendlist ku , kamu adalah orang yang bertuah dan sila berbangga . sebab apa ? sebab aku tapis dulu tau nak approve korang semua . haaa .

facebook pondan . tiba .

adik mek
kasar

Saturday, December 03, 2011

oh my abang

hey assalamualaikum eberibodehh

semalam kakak aku call . dia cakap abang mudin aku nak balik . dengar je abang aku nak balik aku dah macam eksaited gilaa . lebih setahun dah aku tak jumpa dia okay .

dia study kat indonesia kan . so sekarang ni dia free . graduate bulan 4 tahun depan . aku rinduu sangat sangat kat dia . dah banyak kali mimpi pasal dia . haih teruk benau . aku pun tak tahu ah asal jadi cani . lama sangat tak jumpa kot .

mintak mintak jangan ada pape yang jadi .

i love you abang mudin .

adikmek
i'm waitin'

Thursday, December 01, 2011

ini memory . rainbow words of the year ! 2011 .

hey assalamualaikum eberibodehh

kau tahu , time aku busy dengan exam bagai , aku coret kat jurnal hitam aku :))

2011 . banyak sangat memory . bila diingat balik , macam sedih .
kenapa 'rainbow words' ? sebab ia buat aku sengih lebau lebau . buat aku ah-ngau ! haha

these are my rainbow words
- suara kau macam kartun .
- bila maddi jane nak buat lagu baru ni ?
- anak abah .
- ceh . aku baru nak test kau .
- aishiteru
- kau baik . aku tahu .
- kita geng biskut .
- nicky ! kata nak belanja chipsmore !
- awak comel gilaa .
- kau budak perempuan paling cute pernah aku jumpa .
- bella , tumpangkan orang . hee .
- kalau saya berdiri tepi awak , saya rasa macam awak jinjingkan kaki .
- nakal suara bella tadi .
- kak dek vs adikmek .
- hey comel !
- cute suara awak .
- comel kamu buat muka macam tu tadi .
- memang awek levis ah .
- assalamualaikum makcik .
- kasut mat rock .
- muka adikmek comel macam abah .
- kakak comel !

classmate aku baca benda alah ni dalam jurnal hitam aku . then dia tanya 

"eh apa ni bella ? kau ambik dari novel ke ?"

haha sian kau kawan . jadah ah aku nak kutip satu satu dari novel ? heh .
ini memori aku . fullstop :))

adikmek
meow :3

bila aku kata aku dah matured , kau kata aku koya kan . pahal bro . tak puas hati face to face ah . korek hidung .

hey assalamualaikum eberibodeh

dunno why . sekarang aku obses dengan shawl , pashmina , baju , blouse , shoes , sneakers . semua tu fashion kan ? euw macam geli ah .

girl nak dewasa memang acani eh ? ihiks .

"abah , ada baju tu comel sangat . abah belanja org ah . harganya rm** . eh ? hihii."
"okay . gi la ambik."
"betul ni ? wauoo."
"iye . abah bagi masa 5 minit gi ambik ."
"weeee ." ran like crazieer . haha

obviously , duit aku kering sekarang . mati gua .

adik mek
up-to-date . ecehh