Monday, November 25, 2013

River Cruise

hey assalamualaikum eberibodeh

guwa kat UM dah ni. dah seminggu lebih dahhhh ._.

sadis gak ah time nak naik bas malam tu. tapi bila fikirkan balik, kalau aku tak go on je, bila nya aku nak habis PASUM kan. haa so kita follow the flow aje la. nak tak nak, redah je. april 2014 dah grad pasum dah. weeee.

satu hal yang buatkan aku semangat balik nak go through second sem ni, adalah kawan kawan aku kat sini. Shira & Fatin especially. kalau takde dorang, tak tahu la betapa krik krik krik nye hidup aku kat sini. bila duduk dengan dorang, mesti gelak kaw kaw punya. sehari memang tak sah kalau tak gelak. at least, masalah sebesar stadium bukit jalil pun boleh lupa.

:)

2 minggu pertama semester ni, relax sikit lah. sebab kitorang cuma ada lectures aje. haa lepas 2 minggu ni siap sedia la nak kurus balik. relax pun takde la relax sangat. lecture still sampai petang. cuma ada la masa free sikit sikit untuk keluar exercise ke, jogging ke. hamboi beriadah sangat khonn.

plan pagi tadi nak keluar exercise. tapi titiba aku sakit perut pulak. so Shira & Fatin je la yang pergi. pastu dorang suruh aku turun kafe,  brunch ( bekpes + lunch ) sekali. pastuuu kitorang melencong ke tasik kolej ni jap. saje je tawaf satu pusingan. lagipun, dah lama tak jejak tasik.




" asyik tudung piiinkkk aje " - abg

alah der. kata taiko hati pink? hihi.

bajet river cruise sangat. pui. idea sape lagi kalau bukan aku. wahaahah.

__________________________________


haaaaa semalam titew pegi Masjid Jamek ( jalan tar ) dengan kakak & abg titew. sonot angat. hahahh tampo kang!

abg firdaus aku dah pindah sini. so dekat je la. kalau dulu, aku keluar dengan family kakak aku je. tapi sekarang keluar ramai ramaiiii :D

diorang datang ambik aku kat UM, pastu naik lrt kat stesen kerinchi ramai ramai. haha macam lawak pun ada gak. anak anak sedara aku, Hariz & Akif la ni punya pasal. nak naik Thomas katanya --"

aku tak beli banyak barang pun. rembat tudung & jubah je sehelai. pastu beli barang kraft. banyak survey barang untuk Malam Emas ( dinner UM ) nanti je. hehe. 

Malam Emas tu lambat lagi. nanti kite story k! hehe.

titiba je dah petang. alah tak sempat nak beli barang barang lain. takpe, kak long cakap next week nak keluar lagi. aku nak gi Popular or Kinokuniya senanya. nak beli stationery. tapi kalau pegi KLCC pun ok gak. boleh pegi Kinokuniya pastu buat buat tersalah masuk converse sekali. ehem. 

wahahahahah

adik mek
all the best, diri sendirik.
hehe

Saturday, November 09, 2013

Happy 3rd Anniversary, sayang!

hey assalamualaikum eberibodeh

ehem hem. nebes pulak aii ber-sayang sayang ni. hiks.

9 NOV 2013


happy 3rd anniversary with ohjiwataiko. dah 3 tahun dah ye kau tadah telinga dengar aku ceghita macam macam. ni kalau homosapien ni dah boleh berlari lari dah -,-

birthday kau ni sehari sebelum birthday aku. hiks.

dah masuk 3 tahun ni, banyak yang berubah. design, cara penulisan, macam macam la. kalau dulu nak blink blink aje kan. lebih lebih lagi time memula start blogging dulu. cursor pun stok yang keluar glitter glitter. adoi.

yang tu takpe lagi, yang paling tak menahan bila letak widget 'welcome to my blog'  bersepah sepah kat muka blog. bukan satu, bukan dua tapi tiga nyah nyah sekalian oi. selagi ada penjuru selagi tu aku tepek.

tambah pulak dengan lagu yang takde butang pause. bela hamster pulak tu. ehh ikan pun ada jugakk. adeh sungguh buruk perangai ye anak anak. mohon jangan ikut jejak langkah guwa zaman jahiliyah dolu dolu.

tapi aku tak tulis bahasa wempitzx tau. haa benda ni je yang aku bangga dengan diri aku kahkah.

bila baca balik entry entry zaman tok kaduk dulu adoi nak terburai pancreas den. sangatlah berhingus. bila makin lama tu, semakin la ada improvement dari segi kematangan. just like seasons, people changes katanya.

awal awal dulu aku tak kenal ramai blogger sangat pun. tyra, kak dek pastu ada la seketul dua lagi. bila aku aktif time lepas spm haritu, haaa baru la aku kenal ahkak ahkak, adik adik, abg2 blogger sekalian alam.

nah aku tujukan lagu sempena anniversary ni kahkah


takde motif pun. cuma aku suka dengar lagu ni haha. satu je aku musykil, vokalis dia tu tak gheti duduk diam diam ke? haih

thanks ya for those memories & moments. lets tighten the bond of our ukhuwwah and may Allah bless these relationships foeber.

:)

eh jap. tak habis cakap lagi ni hihi. harini dah genap 2 minggu aku stay kat rumah. tinggal lagi seminggu then aku dah kena blah balik UM. tak tahu lah apa perasaan sekarang ni. sedih ke meghoyan ke happy kepe. entohler.

yela, nak buat apa stay kat sini lama lama. kau pun bukannya ada lagi dekat restoran tu.

sampai hati kan. pergi tak bagitau :/ cis

aku ingatkan kau kerja lagi kat situ. aku jejak je bumi terengganu pagi sabtu tu, malam tu terus aku ajak abah pegi makan kat sana tau? guwa carik lu, tapi tak jumpa T__T

lu dah masuk belajar ke? entohler. guwa pun tak tahu satu hape maklumat pasal lu. nama pun guwa tak tahu. lu asal dari mana, dah kerja ke, tgh study ke? eh guwa tanya sape ni -..- kita ni kan, setakat guwa tengok lu, pastu lu tengok guwa ah malu pulak guwa titibe hiks.

guwa dengan lu ni, boleh jumpa lagi ke in future? hm.

guwa tahu lu orang baik baik. sejuk hati guwa bila festaim tengok lu. dari cara lu pandang guwa pun guwa tahu :)

belajar agama banyak banyak lagi tau? pastu lu cari guwa eh?

inshaAllah ameen


adik mek
Allah,
ease our way :)

Thursday, November 07, 2013

Le' Doctors

Hey Assalamualaikum eberibodeh

hm nak dekat 2 minggu dah aku duk melangut kat rumah ni. Sabtu ni genap la 2 minggu. Kalau ikutkan hati aku, Sabtu ni aku dah nak fly balik UM. 

'Fly' sangat khonn.

Jumaat lepas ye ye je aku nak beli tiket. Tensi katanya duk rumah. Tapi sebenarnya aku balik 16/11 ni. Mak abah aku tak kasi balik awal. Kalau aman bahagia takpe la jugak. Kalau ada abang aku tu takpee la jugak. Ni dahla ada geng geng laki yang renovate rumah aku tu. Habis privacy titew. Nak berkudis pala hotak aku doplohpatjam pakai tudung.

Takpe la. Setitik peluh bagi wanita yang menutup aurat kan Allah janjikan pahala. Gitu :')

Aku balik cuti ni semata mata nak jumpa abang aku je. Sebab sekarang ni dia kerja dekat Pahang dan asik sebok aje memanjang. Lagipun dia bertunang time bulan doblas nanti aku dah tak balik dah. Sampai je rumah pagi sabtu dalam pukul 5 pagi camtu ah, aku masuk bilik, tengok tengok dah ada makhluk terbongkang dalam bilik. Abang aku ah sape lagi. Pastu jumaat lepas dia balik lagi. Balik dengan kawan dia, Hidir. err Abg Hidir. Abg sangat kan. ptui.

Ekceli ada kenduri kawan dia. Zul & Qurratuaini. Both of em kawan dorang time belajar kat Indonesia dolu dolu. Hidir stay kat rumah. Tapiii bukan Hidir sorang je. Haa Sabtu malam tu lagi 2 orang kawan dorang sampai. Fizan ( Seremban ), Faiz ( Melaka ). Semua stay kat rumah aku. So kiranya ada perhimpunan doctors la dekat rumah den. Ala ala gathering gitu nyah.


Aku banyak duduk dalam bilik je. Tapi still kena pakai tudung. Sebab anytime je mak aku boleh panggil. Tapi dorang tu lawak ah. Aku yang duduk dalam bilik pun boleh berdekah dekah bila dorang duk ajuk si syasya-macam-shomell tu err -..-

Selasa memasing dah gerak balik. Abang aku & Hidir pun dah balik ke Pahang. Titibe rasa macam sedih bila dorang nak balik. Emo tak pasal. 

Lenkali datang la lagi abang abang doctors sekalian ya :)

Baru je aku nak merasa free sikit , datang si pe-renovate-ss rumah puleks. ai aii nyampah lak aii.

Semalam macik & sepupu aku datang rumah. Sepupu aku tu lelaki. Eh jap sepupu ke dua pupu eh? Sebab mak aku & mak dia sepupu so aku & dia dua pupu lah kan?

Pelis lah people. Aku memang A- bab bab salasilah keluarga ni -..-

Hensem? Em takdela hensem sangat. Tapi hensem gak. Sedap mata memandang la kiranya haha. Aku ingatkan yang datang sekali tu isteri dia. Ghupe ghupenye mak aku cakap tu gelpren dia. Ooooo i seeeee. HAHA

Err sebelum balik semalam dia ada tegur aku. Terkezut gak titew.

Iyela
ingatkan org tak perasan kite wujud
macam bebuat tak nampak jee kan

Lagi satu,
nasib tak tertelan sudu. aku tengah makan tepung pelita masa tu. Ehm.

Dia tegur apa? Ah mana boleh bagitau :P

shh. haha

adik mek
-Dr Naj
-Dr Hidir
-Dr Fizan
-Dr Faiz
Tcares ;)

Friday, October 25, 2013

Datang balik

Helllll-oooooooooo people on earth.

Hehe. miss me ?

Cer skroll bawah bawah, tengok date post terakhir.

21 JUNE 2013.

Tak gitu? muehehe. sibuk sangat katanya. kekangan masa tahap dewa. aku rinduuuuuuuuu sangat nak blogging sampaikan aku beli diari sebijik. hah conteng semua dalam tu. maklum le, nak blogging tak sempat. bila conteng dalam diari tu, feel dia macam baru sembuh dari constipation tahap empat.

kata blogger tegar. haruslah ayat metafora hiperbola dragon ball segala bagai nyah.

tegar lah sangat. belog berkulat baru nak hapdet. tsk.

soooooo apa yang buatkan aku ada masa titibe nak jenguk blog harini neh? hehe aku baru je habis final der. lega nya Ya Rabbi. rasa macam nak terjun tasik varsiti UM ni. tengah hari tadi habis exam. ni aku tengah berbaju kurung lagi ni. mandi pun idok. haha. enjoy dulu katanya.

kat UM ni, aku stay Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah. mostly budak pasum la penghuninya. tapi ada je seniors. foreigners pun berlambak. muka muka spesies Omar tu banyak aa. tapi yang hemsems macam Omar tu aku tak jumpa lagi. 

err hai
eh titibe sangat kan. hihihi.

dalam kolej ni ada tasik. aku dengan kawan kawan aku salu jugak la pegi sana. biasanya kitorang pegi petang jumaat. sebab esoknya weekend, so, release tension lah kononnya. makan eskrem sesama bajet2 suwit nyah. Shira, Atin, Aliya. tapi sekarang ni Aliya dah jarang dah dengan kitorang. so, aku-shira-fatin aje la.

dulu dulu time aku stress aku salu aa pegi sana. makan sorang sorang sambil termenung. dah serupa orang gila pun ada. dengan serabainya. haha. tapi masalah tu aku tak perlu la kut rasanya story kat sini. open sangat. lagipun, benda tu dah lama setel.

aliya-guwa-fatin

itu nak jatuh tasik kepe? kahkah

:)

dah lama ni. time bulan bape tah. tapi, nak buat cano baru je ada kesempatan nak tepek dalam belog. mihmih.

guwa(pink) -shira

" khusyuk nampak menulis. tulis pasal aku ke? " - Hanis

ehhhh sebok aje hanis ni kan. 

HAHA

Farrah Hanis. rummet baru aku. haha sebok aje dia tu. nanti next time aku cite pasal kau ye. kasi up sampai kombang lobang hidong pun boleh.

baidewei, malam ni aku balik. takde benda lain yang lagi heaven selain daripada balik rumah. maigodd dah berapa dinasti aku duduk kat UM ni. sesungguhnya dahku rindu udara Terengganu.

membongkang dalam bas la aku malam ni ye. kroh krohhh.


adik mek
summer-break :)

Friday, June 21, 2013

Comeback gituww

hey Assalamualaikum eberibodeh 

hihi.

hihi.

em nak cakap ape ye.

lama bebenau tak menaip ni. rasa macam janggal pun ada ._.

em dah sebulan dah aku menumpang di Universiti Malaya ni. jadi warga Pasum. kalau nak cerita dari first day, sampai la harini, sumpah kalah kitab maharaja Guangzhou. so, takyah cerita la.

aku bukannya takde masa nak on laptop. kadang kadang aku bukak jugak bloggerdotkom pastu tengok tengok adeeee jeeeeee komen korang. vah vah vah terharu iolz sampai rasa macam nak nangis dalam mangkuk jamban :')

hidup kat pasum ni boleh tahan hectic la. memang terkejar kejar. asyik lari je sampai koyak kain aku. serius cakap. nak melangkah ke dewan kuliah & kelas tu kau kena panjat tanggas ( plural for 'tangga' ). jalan pulak boleh tahan berbatu la. so, kalau ingin lindungi kaki anda dari keter-pleot-an tak tentu pasal, gunalah kasut converse macam aku k. wah gitu.

petang tadi aku last kuliah. for this week la. esok lusa, weekend. tu yang heaven semacam hapdet blog ni. hihiew. overall, hidup aku kat sini ok la. cuma ada la masalah sikit sikit yang aku rasa macam nak cerita kat sini tapi..... entah lah.

besar mana pun masalah tu, kalau kau dah tercampak kat sini sorang sorang, pandai pandai lah kau nak hidup.

gulp.

ok lupakan hal di atas.

wei aku rindu mak abah laa. aku rindu family aku. genap sebulan aku duduk sini. genap sebulan aku tak cium tangan mak abah. 

haa tengok. kan dah berkaca mata ni.

....

lainkali la aku sambung.

haha :'3


adik mek
wei budak satu kuliah, muka lu familiar
:)

Tuesday, May 21, 2013

Selamat tinggal kerinduan :)

hey Assalamualaikum eberibodeh

Rindu.

Gila tak rindu blog. Tapi nak buat cemana, keadaan tak mengizinkan. Aku tengah sibuk ni. Sibuk tahap tera giga. Sibuk buat preparations nak tempuh dunia baru.

Dunia baru di University Malaya :)

Nanti aku sambung apdet lah. Nak sambung packing barang ni.

Klik untuk tumbesaran yg sehat

adik mek
PASUM-ian to be.

Saturday, May 04, 2013

Merisik - Bunga , dah berpunya atau belum ?

hey Assalamualaikum eberibodeh


Semalam ( Jumaat ) , keluarga aku pergi 'merisik' . Tahu kan merisik tu apa . Adat orang Melayu lah sebelum bertunang tu .

Merisik untuk siapa lagi kalau bukan abang aku . Si Najmuddin tu .

Kitorang pergi dua buah kereta je . Buatpe ramai ramai macam rombongan cik kiah . Merisik je kut . Aku naik Vios Abang Pi . Sekali dengan Kak Fishah ( kakak ipar ) & Hariz ( anak sedara ) .

Otw . Kak Fishah duk perli aku . Katanya, aku melaram mengalahkan bakal pengantin perempuan . Eheh . Aku rasa biasa je kut . Berkurung coklat gelap & bawal kuning teghang . Cuma baju aku je la . Penuh dengan sulaman . Sekali tengok pun aku rasa macam baju nak bertunang . Err .

Kak Fishah tanya aku ;

" adik rasa , bila adik kahwin "
" org rasa org kahwin lewat kut . abah pun cakap org mungkin kahwin lewat . tsk "
" hah ye ke ? "
" entoh ler . abah cakap org mungkin kahwin umur 30 . sebab busy dengan study "
" eh . Kak Fishah rasa adik kahwin awal "

Abg Pi menyampuk ;

" entah entah belum habis belajar dah langsung "

Masing masing gelak . Gila .

Titibe bahas soal masa depan aku pahal ? Haha . Bukan aku yang nak di-risik . 

Sampai sana . Blah blah blah bincang bila nak bertunang . Bila nak langsung . Cakap cakap orang tua . Biasalah . Aku tak ikut campur .

Abang mungkin bertunang hujung tahun ini . Kahwin mungkin bulan 3 tahun depan . Cepatnyaaaa . Sampai hati kan nak tinggal orang membujang sorang sorang . Huiiiiiii sumpah aku tak sanggup lagi nak hadap soalan bila-nak-kahwin-?

Aku muda lagi kut . 18 pun belum cecah .

Sekarang memang . Boleh la cakap 'aku muda lagi kut . 18 pun belum cecah' . Tapi bila dah umur dua puluh lebih nanti ? 

Serius aku taknak men-dewasa . Serius .

Aku taknak kahwin lewat . Pun serius :)


adik mek
jodoh , CUDIPT :P

Thursday, May 02, 2013

Bunga Merah Punya

hey Assalamualaikum eberibodeh


Ini entry kosong je act . Suka cerita Bunga Merah Punya ? Hari khamis , 8.30 malam . Aku suka gila :D

Dulu aku kurang suka Zul Huzaimy . Tapi disebabkan Bunga Merah Punya ( BMP ) , aku macam err aku err macam err kagum gila dengan dia . He's director of BMP btw . hehe . Lagu lagu dalam cerita tu semua dia buat . And dia yang nyanyi . Cuma ada la jugak yang Izzue Islam punya version .

Tapi serius , aku suka Zul Huzaimy sebab dia puitis :)

Kalau tengok BMP pun , kau dah boleh tahu Zul Huzaimy tu , jenis yang macam mana . Sangat sangat pandai main dengan bahasa .

Kalau kau menghayati betul betul lah everything in the story .

Dan kalau kau pun cinta puisi :)

Sekarang ini aku sedang karok lagu lagu BMP . Ohya , aku tak pernah skip tau cerita ni ? Sampaikan kerja basuh pinggan pun aku tunda lepas habis BMP . Hehe fanatik tak ?

Lepas BMP aku tak terus online . Sebab takut nanti makin tertunda pula kerja aku . Ni ha baru lepas bersihkan sinki la ni .

Haritu , aku lupa episod BMP yang ke berapa . Tapi , ada penampilan khas Zul Huzaimy . Dia ber-piano . Serius , aku kagum . And , melting for sure .

Kau boleh bayang tak macam mana perasaan orang yang eeee minat minat sangat sangat sangat kat sesuatu tu ? Eeeeeeeeee tak boleh nak cakap lah :'D Ternganga tengok dia ber-piano . Rasa macam nak kesat hingus kat tudung orang sebelah pun ada . 

Aku tweet & mention Zul Huzaimy " Ternganga sambil tersengih tengok abg @ZulHuzaimy berpiano tadi ! "

Ehem , 'abang' sangat kan .

He'd retweeted . Dan aku rasa macam nak pengsan .

Serius cakap .



Ada lagi nak masukkan vids . Tapi tenet problem ke hape tah . Herh . Hadap je la dua di atas .


adik mek
poetry .

Friday, April 26, 2013

Bersyukur atau Merungut-tak-habis-habis ?

hey Assalamualaikum eberibodeh


Lama kan tak update . Maaf . Banyak benda yang berlaku . Banyaaaaakkkk sangat nak tulis dalam ni . Tapiiiii , ya'll know , kekangan masa dan ........................................................... malas .

Blog ni dah berubah . Ada perasan ?

Simple & matured . Same like its owner . ihik .

18 April lepas ( Khamis ) , aku dijemput untuk ke Majlis Penyampaian Anugerah Khas Kecemerlangan Pelajar Yang Mendapat Semua A Dalam Peperiksaan SPM / STPM 2012 . ( humangaih panjang gila . aku copy je dari surat jemputan tu ) . 

Majlis rasmi . Tak sah kalau takde ceramah blah blah blahh . Dari rumah lagi aku ada berharap sikit . " kalau dapat laptop seketui pun best ni . tak perlu lah beli lagi bila melangkah ke alam Uni nanti " . Tup tup , pelajar yang dapat straight A+ saja yang dihadiahkan laptop . Yang lain , dapat RM500 . Temaceh .

Aku ini , pelajar biasa biasa yang mampu dapat straight As je .

Hancur hatiku . Ye lah , aku ni orang kebanyakan . Kalau boleh taknak susahkan abah . Memang abah dah ber-ura nak belikan aku laptop . Tapi , kalau dapat free , bukan kah itu lebih baik ? mihmih .

Bila abah balik rumah , aku cakap , " Abahhhh . Tak dapat pun laptop . Yang straight A+ je dapat . Orang ingat semuaaaaa pelajar dia nak bagi . huh "

Abah balas , " Takpe lah . Ada la tu rezeki lain kalii "

Aku diam . Betul juga kata abah . Rezeki tu kan Allah dah tetapkan . Aku merungut tak puas hati tu , maknanya aku tak redha dengan ketetapan Allah la ya ? Astaghfirullah .

Esoknya ( Jumaat ) , abah cakap , " Abah bagi peluang . Bila dah dapat tawaran pergi memana nanti , pilih je nak laptop jenis apa " .

Kaget . Rasa macam nak lompat bintang doploh kali .

Sekarang , bagitahu aku . Apa lagi yang boleh aku cakap selain daripada 'Alhamdulillah' ?

Bersyukur atau Merungut-tak-habis-habis ? Bersyukur :)


adik mek
blissful .

Tuesday, April 09, 2013

Guru Muda yang sempoi

hey assalamualaikum eberibodeh

em lama tak aku tak apdet ? em tak la lama sangat kan . em aku ni bukannya penting pun . em so tak perlu lah apdet sangat . em aku sedar aku ni sape . em k .

hahaha pebende tah .

nak kata sibuk . em sibuk jugak aa . ceh buat buat sibuk je dahal . kihkih .

ohya . ni nak cerita ni . minggu lepas , teacher rohana ( teacher di sekolah aku - smkadg ) ada call aku . pelik jugak la asal tetiba call ni . rupa rupanya haaaa ada kutu di sebalik bulu kaki haaaa . haa dah tau dah . dah tau dahhh .

030413 - 12:02 pm
aku - teacher rohana

" assalamualaikum . sabila , ni teacher rohana ni "
" haa ye "
"teacher nak mintak tolong ni "
" haa tolong ape teacher ? "
" teacher nak suruh sabila jadi Guru Muda "
*gulp " err "
" boleh tak ? "
" aaa Guru Muda ? err bila teacher ? "
" next week . isnin petang "
" err tapi sabila takde transport "
" ok nanti teacher inform balik k . tapi boleh datang ni ? "
" in shaa Allah "

adoi . terkezut iols . kite ni mana la pandai sangat kan . tak layak pun nak ber-guru muda ni . adoi .


tapi , suka jugak la kalau bab mengajar ni . hehe

mak suka sangat la . teringin sangat ler nak tengok aku jadi cikgu . siap suruh aku apply IPG . aku apply je . dah mak suruh sangat kan . tapi aku memang nak sambung dalam bidang perubatan . maaf ye mak . tsk .

takpe la mak . kira sekarang ni orang jadi guru muda kejap ni , hajat mak dah tercapai la ni . aci tak cenggitu ? mihmih .

alkisahnya , aku dah pun pegi mengajar juniors F5 aku semalam . lawak pun ada jugak . lawak sebab bila aku bagi salam masuk kelas & kelas bersurai , diorang semua berdiri , ucap selamat . macam aku ni cikgu bebetul kan . hehe terharuu iols :')

dan aku tak sangka , kedatangan aku ke sekolah disambut dengan tangisan kegembiraan oleh adik2 juniors . sangat tak sangka :'D

ok statement di atas , aku tipu . kihkih

takdela menangis . cuma dorang eksaited je . tak sangka ahkak sabila ni ada kut . tanya macam macam . amboi dah la time mengajar tak sediakan mineral . kering tekak chekgu tau !

" bila kak sabila nak datang lagi ? " - juniors

hee nanti nanti la . kalau akak rajin :P

" rock aa kak sabila " - nadiah

ye lah . ahkak sabila hengkorang ni heret slipe jamban je pegi mengajar . pakai gelang berselirat tali macam macam warna pulak tu . tambah dengan beg yang disilang dari dalam tudung .

eh kalau nak tahu , ahkak hengkorang ni dah tak rock sangat dah macam dulu tau ? dah ber-ke-perempuanan dah tau ? :P



adik mek
enjoy . thanks juniors :)

Wednesday, April 03, 2013

Wordless Wednesday #1 : Be Strong

hey assalamualaikum eberibodeh


handmade . selfmade . brainmade .

aku buat ini , zaman jiwa kacau dahulu kala . hujung tahun lepas .

untuk diri aku , dan juga untuk dua orang kakak aku ; penghidap cancer

bukan kakak kandung . manusia alam maya yang aku anggap sebagai kakak .

untuk kakak nombor 1 ; selamat berbahagia . moga derita itu takkan hadir . dan bahagia itu kekal berpanjangan .

untuk kakak nombor 2 ; take care . ubat jangan tinggal . orang tahu , tak mudah untuk hidup sebagai penderita dua cancer dalam satu masa . semoga kita bertemu satu hari nanti . di mana orang sebagai doctor dan kakak sebagai pasien . mungkin kita tak berjodoh untuk ber-ipar :)


adik mek
dearself , stay strong .

Saturday, March 30, 2013

Anonymous , sila tampil ke hadapan

hey assalamualaikum eberibodeh

line tenet sekarang ni nganjeng aa . sebab tu aku dah jarang online . time sibuk nak isi borang ape semua ni lah nak buat hal kan . eeeee tension beteii .

bajet seriyes je kan tajuk . tak lah . cuma tertanya tanya aje . hihik

sebelum maghrib tadi aku ada bukak blog kejap . tengok ada komen ni . dari 'anonymous' katenye :


dia komen dekat >SINI<

OHEMJII . semput tak hengat aku . cane kawan abang aku boleh tersesat datang sini ni ? malu ah kawan abang baca -,- . rasa nak rendam muka dalam mangkuk tandas pun ada ni . waaaaaaaa .

aku betul betul tertanya tanya ni . sape ek 'anonymous' tu ? atau , sebenarnya abang aku sendiri ? waaaa lagi lah rasa nak terjun bunuh diri dari pokok taugeh . waaaaaa .

melampau tau anon ni . saje je nak buat aku insekiyo . kahkah . err kalau anon tu baca entry ni , boleh tak bagitau sape ? 

abang abang & kakak aku memang tak tahu dengan kewujudan blog aku ni . aku kekok la nak share . bagi aku , blog ni private kut . eeee geli lah nak bagi diorang baca . haha .

kalau betul lah kawan sekelas abang aku , sape dia ek ? aku bukannya kenal sangat dengan kawan kawan abang ni . just kenal kenal gitu aje . time raya pun aku tengok sekilas gitu je .

nak kata 'anonymous' tu kerja sekali dengan abang kat mentakab , memang tak la kan . sebab abang sorang je dari DG ( bekas sekolah menengah aku & abg ) .

aku pun tak tahu la 'anonymous' ni berstatus kakak or abang . err anon mana ada jantina . hee :P

cane la boleh tersesat datang sini ek . retis sangat ke aku ni ? hot sangat ke ? kahkah . maaf la ek . adik si najmuddin ni memang kekadang gedik sikett .

ke kawan abang yg nama Faiz tu ? baru ni ada terserempak dengan dia kat pasar malam . mak abah sembang dengan Faiz tu . atau pun , anon tu nama dia Redho ? ada la jugak si Redho tu datang rumah jumpa abang . ishk dah nak kerenteng ramvut iols duk fikir pasal ni . pftt .

untuk si anon , jangan bagitau abang pasal blog ni eh ? pelissssss T__T . raya hujung tahun nanti datang la rumah . orang bagi kuih ghaye satu balang . dengan syarat rahsiakan blog ni . ok cun ? 

bhahahaha

sebab apa time raya ? sebab kebiasaannya , kawan abang ramai yg datang beraya kat rumah . err tahun ni , kalau kawan abang datang beraya , aku nyorok bawah katil aa . hakhak .

rententan dari peristiwa ni , beriya aku geledah balik majalah sekolah DG time abang Form5 . siap tilik muka muka budak kelas 5 Amanah batch 2004 . haaa siap ah anon tu . datang rumah nanti guwa sparring lu :P


adik mek
anon - ex classmate abang

Friday, March 22, 2013

The SPM Result & High School Leaver

hey assalamualaikum eberibodeh

disini aku ingin meng-isytiharkan bahawa aku sangat DOWN hari ini . SANGAAATTTT  !!!!

dah . tinggalkan dahulu perkara di atas . 

alhamdulillah . result SPM 2012 dah diumumkan pada khamis lepas . aku gi sekolah dengan mak , abah . alhamdulillah . sekeping slip dah ada dalam simpanan aku . alhamdulillah untuk 11A yang dicatat di slip tersebut . 

ohya , aku ini dari sekolah menengah beragama . sebab tu total subject 11 .

alhamdulillah . alhamdulillah . alhamdulillah . syukur tak terhingga .

aku is menuruni escalator :P

azizah | aku | nadhirah | saiful | ayub
sori la ek . yg tudung hitam tu terkangkang luas pulok -,-
aku dapat sejambak bunga & satu file clear holder yang berisi dengan slip , sesijil bagai . temaseh untuk pihak sekolah .

cukuplah rasa gembira yang tak seberapa itu untuk sehari sahaja . kerana esoknya , aku dah melangkah ke alam baru .

Ikhwan ( the gambargrapher ) | Ayub | Saiful

Din | Buyut | Azim

CheKu | Pian | Amin | Imran

Muaz | Ayub | Buyut | Saiful | Ikhwan
Fadhlan ( kemeja kotak kuning ) . aku nampak dia ni makin kecik . jeles betul guwa .

hari ini , jumaat . petang tadi aku & abah gi Karnival Jom Masuk U . saje lah nak tengok tengok . nak dapatkan pencerahan . booth first yang aku terjah , opkos la booth uni impian aku . 

Booth U___
aku | pegawai U___ ( kut )
" ok adik minat bidang apa ? "
" perubatan "
" untuk asasi perubatan , syarat kelayakan di U___ adalah semua A+ "
* gulp *

ok . di sini ke-DOWN-an aku bermula . dalam slip aku , bukan semuanya dilabel sebagai A+ ; cemerlang tertinggi . bukan semua . bukan semua !!

awal awal , mood aku dah spoil . serius aku tak dapat terima kenyataan yang diorang nak semua A+ . apa dosa aku woi :/ . haa ni dah start emo ni .

tapi , nasib baik la booth uni lain meng-up kan balik mood dahku . takpe lah , uni lain banyak lagi .

bermula saat itu , aku rasa macam ada yang kurang . its not like aku tak bersyukur . tapi aku rasa macam .. entah aa weh . rasa down semacam je .

iyelah aku ni tak dapat nak score A+ semua . iyelah . hm . iyelah .

kau , jangan riak . tahulah result tu gempak berkepak kepak . tapi SPM ni , baru je permulaan . banyak lagi benda nak kena tempuh lepas ni . kalau rasa bangga sangat dengan result tu , mohon pegi frame kan slip tu cecepat . pastu gantung kat pintu rumah ok .

aku pun nak 11A+ . tapi dah rezeki yang tercatat , ini je . alhamdulillah . sekarang , rezeki aku begini . lain masa , siapa tahu ? 

ini semua pinjaman Allah swt semata . dengan izin-Nya . aku ni tak la pandai sangat macam hengkorang semua .

dah lah . terlalu down sampai tak reti nak describe . tak tahu nak tulis apa lagi . bai .


all pic credit to : Ikhwan

adik mek
thanks btw

Monday, March 18, 2013

Wanita Cantik vs Lelaki Kurang Kacak & Wanita Kurang Cantik vs Lelaki Kacak

hey assalamualaikumm eberibodeh

gila berjela tajuk baq hangg 

aku kalau pergi memana , aku suka buat dua hal ;

1. buat muka toya . tak pedulik org lain
2. skodeng orang sekeliling dgn amat amat teliti

hasil dari peng-amatan aku , aku perasan dua hal ;

1. mostly , wanita cantik berpasangan dengan lelaki kurang hensem
2. mostly , lelaki hensem berpasangan dengan wanita kurang cantik

bukan semua . tapi kebanyakan . ada je pasangan yg sama sama hawt bagai pinang dibelah paghang gitu . tapi tak ramai . 

contoh terdekat , aku melantik abang abang & kakak aku untuk dijadikan bahan eksperimen untuk 'Teori Vice Versa' & 'Teori Pinang Dibelah Paghang' aku kali ini

kejujuran 100% diperlukan saat membuat kajian ini . jangan risau , mereka di bawah tidak tahu menahu mengenai eksperimen ini . kihkih .

abg Masri ( ipar ) | kak long

 abg Masri hensem . tapi aku rasa , kak long pun boleh tahan cantik . 
Teori Pinang Dibelah Paghang -

abg Firdaus | kak Fishah ( ipar )
 abang Firdaus kurang hensem . kak Fishah cantik :)
Teori Vice Versa -

kak Aliaa ( awek ) | abg Najmuddin
kak Aliaa kurang cantik . aku lagi cun . abang Najmuddin hensem . sepupu pun ada yg menaruh hati . kawan kawan sekolah & senior aku pun ada yg meghoyan . choyy .
Teori Vice Versa -

so , nisbah Teori Vice Versa & Teori Pinang Dibelah Kapak ialah ;

2 : 1

papepun , jodoh itu rahsia Allah yang telah ditetapkan ketika kita di rahim ibu . ada rahsia di sebalik setiap kejadian :)

btw , beauty is in the eye of the beholder . cantik/kacak itu subjektif . elok di mata kita , belum tentu elok di mata org lain .

100313 ; hospital
aku - kak Fishah
" perasan tak , kalau si perempuan cantik , mesti lelaki tu kurang sikit . dan sebaliknya . kan kak Fishah ? "
" mmg kebanyakannya macam tu . mata org ni lain lain "
" orang ni , tak cantik , tak lawa . mesti suami orang nanti hensem kan ? ihik "
" err . tak cantik lagi ke cani ? "

manusia . memang tak reti bersyukur . eheh

yang ini , teori mana eh ? :P


adik mek
destiny :)

Mini Segmen By AS

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
follow blog AS & like page : DONE
klik heartbeat : DONE
buat entry bertajuk 'Mini Segmen By AS' : DONE
tempek banner & backlink ke entry : DONE
letak link penyertaan di komen : DONE

TARIKH TAMAT : 21 MAC 2013

adik mek
---

Yaya Craft Giveaway

hey assalamualaikum eberibodeh

klink banner untuk join
follow blog yaya : DONE
like pages FB : DONE
klik wow & thankz you : DONE
letak banner & buat tajuk 'Yaya Craft Giveaway' : DONE
tag : DONE ( michelle )
tinggalkan link di entry : DONE

TARIKH TAMAT : 30 APRIL 2013

adik mek
---

Mrs.Erry 1st Giveaway

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
- follow blog mrs.erry : DONE ( #1460 )
- like page 'mrs erry bercerita' : DONE
- buat entry ttg contest , letak banner ( link-kan ke contest ) - DONE
- follow blog sponsors : DONE
- like fanpage sponsors : DONE

TARIKH TAMAT : 19 MAC 2013

adik mek
---

My First Giveaway by AR

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
- follow semua sponsor : DONE
- buat entry tentang GA , copy banner ( link kan ke entry GA ) : DONE
- tag 2 org blogger : DONE ( dina | kak aini )
- follow blog newbie : DONE

TARIKH TAMAT : 19 MAC

adik mek
---

Segmen Lucky March

hey assalamualaikum eberibodeh

klik banner untuk join
- copy banner , tempek dalam entry ( link kan ke entry segmen ) : DONE
- follow senarai blog : DONE
- like pages FB : DONE
- tinggalkan link di entry : DONE

TARIKH TAMAT : 18 MAC 2013 , 11:59 PM

adik mek
---

Friday, March 15, 2013

Sayalah Si Nangka Busuk

hey assalamualaikum eberibodeh

hihi . aku kembali . sorry sebab buat tertunggu lama . ceh sape yang tunggu tah .

aku nak kasi nama minggu ni , ' Minggu Cobaan ' boleh ? sebab macam macaaamm jadi kat aku . takpe lah , ada la pengajaran Allah nak bagi tu . lama sangat dah kut hidup sihat terkinja kinja . haa padan muke aku kan .

hari isnin , aku balik rumah dari SINI . malamnya , cg memandu ( cg mak ana ) , text aku . esok ada class memandu , katanya . fuh macam tahu tahu je aku dah balik kan .

hari selasa , semasa buat latihan motor kat litar , yu knoww what heppen tu mieee . i jatuh gedebuk yu know dari motor . sangat feeling nangka busuk time tu . beza nya , aku berkemeja kotak kotak tapi nangka busuk naked ok . dah ler ramai yang menunggu turn nak naik titi tu . eh aku pulak pegi buat drama swasta kat depan tu . tskk .

hai uolz
tayar depan motor jatuh ke kanan , tayar belakang jatuh ke kiri . aku tak perasan pun tayar belakang tu jatuh . cis !

nasib baik la helmet aku ada visor . kalau calar muka ni mmg merudum saham guwa .

mamat kat belakang sempat lagi tanya " sakit ke tak ? " . eh hawak ni . motor tu hempap kite kut . kite pelangkung karangg . hahaha . dah la tunggu cikgu hensem rambut pacak tu datang , tak muncul muncul . aku bangun , angkat motor honda yang beratnya mak aii macam nak tercirit pun ada !

ala time tu nak jaga title taiko punya pasal , berat macam mana pun kau redah aje . godek punya godek tayar tu , akhirnya pheww . mission completed *sapu tangan*

balik rumah , berdekah dekah aku gelak bila cerita kat mak 

selasa | petang
mak - aku
" mak . tadi orang jatuh motor . HAHA "
" hah ? dahtu ? eh dia ni . result dah la nak tau dah . bla bla bla ( to be continued ) "
" eh sikit je pun . jatuh dalam litar je . bukan nya rempit  . tak sakit pun "

mak kalau dibiar ber ceramah , mmg takkan habis . nasib aku pintas dulu . hehe .

esoknya , dah terasa sakit . tsk . aku ingatkan biasa je la . sehari dua nanti mungkin hilang . sempat lagi push up , dukung Hariz sana sini . makin sakit la pulak tangan tu .

harini , dah bengkak woo . panggil macik tukang urut datang rumah . last sekali aku berurut time umur 5 tahun . time tu patah kaki . aku panjat meja kat tadika , jatuh persis nangka busuk lagi , dan meja itu menghempap diriku . 

aku ingat kan cedera ringan je tangan ni . rupanya dislocate dari bahu hingga hujung jari . sakit la jugak macik tu urut . dah cuba nak maintain kan riak muka , tapi berkerut jugak dahi . cis hilang macho aku .

hasil berurut tadi , tangan aku panjang sebelah . series wehh . bagi balik kepanjangan original tangan aku woi :/

and now , masih sakit sakit lagi . nak angkat pinggan seketul pun sakit . nak gerakkan cursor pun lemah gemalai . sobs .

harap cepat cepat la baik tangan ni . hari selasa nanti nak rempit + drift balik . cecehh 


adik mek
buas

Saturday, March 09, 2013

CoolBlog Girl Wannabe

hey assalamualaikum eberibodeh

semalam pegi Karnival Buku dengan abah . bukan nak pegi sangat sebenarnya . sesaja nak cuci mata . plus nak gi skodeng orang >,<

kurung biru , bawal kelabu , slipe jepun anamichi . memang selekeh habis semalam . dah tua tua ni makin malas nak melilit lilit .

buku INI pun ada lagi yang tak habis baca . turun dari rumah dengan niat nak-beli-seketul-dua-aje buku . sampai sana macam nak meninggal tengok buku buku tu . kenapa banyak sangat Sophie Kinsella's ? T__T

abah macam biasalah , tengok buku buku agama . aku ni kalau buku buku formal memang kurang sikit lah . beli tapi tak terbaca pun . buku motivasi yang aku beli time form3 pun aku bace separuh aje . yang dapat hadiah time form 3 tu lagi la tak terbaca . tskk .

alhamdulillah . memang niat aku terlaksana . beli seketul dua aje buku . buku dari luar macam INI , seketul tu dalam RM 30 - RM 50 . pehh . mana nak cekau duit nak beli levis ke padini ke converse keeee nanti . kesian betul hidup menganggur ni .

act , kawan aku ada kerja kat sana . 3 orang - Ikhwan , Didi , Syafiq . titibe tersegan pulak dengan beliau-orang . sebab lama tak jumpa kut . kat sekolah tiap tiap hari hadap muka memasing . eh benci betul la rasa segan segan ni . mana confident level aku woi . kahkah .

dahtu ada pulak kedai jual cincin gelang rantai semua . aku suka rantai . tapi tak beli sebab tak elok la kalau pakai tudung tapi tayang kan rantai tu  . dahku melekat lama jugak kat situ . rembat jugak seketul dua . rasa loser betul bila tak dapat nak tahan nepsu bila tengok menatang tu . arghh .

kesian adik yg jual kat situ . bertalu talu aku tanya " kalau awak , awak beli yg mana ? " , " kalau awak , awak suka kaler hitam ke merah ? " . mwehehe

time balik tu singgah Giant jap . nampak kertas A4 kaler kuning bertulis 'pekerja diperlukan . perempuan sahaja'  ditampal kat gerai coolblog . sempat lagi aku verangan aku kerja kat situ . mesti comel kan ? kedai dia kan comel pink pink gitu . mesti la aku pun jangkit jugak comel tu .

COMELNESSSSSSS
teringin la pulak nak kerja kat coolblog . rasa macam main game Cake Mania aje . hehehe . nanti lah kalau cuti sem matrik kepe aku balik , aku keje la kat situ . jadi coolblog girl gitu . haa tengok verangan tak sudah .

macam yakin je kan dapat masuk matrik . pfft . result SPM lagi 11 hari nak keluar . amagad .


adik mek
coolblog girl wannabe 
:P

Wednesday, March 06, 2013

February End Awards

hey assalamualaikum eberibodeh

setelah kejadian INI , kejadian itu berulang kembali untuk bulan February . mihmih

the winner goes to .....
.
.
.
Shar90 ! tah hape hape tah dia komen banyak sangat tu . bhahaha .

Shar90 ( JUARA )

Acik

CheqKaq 

Kak Aniss 

Kak Hafizah

Kekda

 Michelle

Kak SheKechik

Kak Nia 

Kak Aini

 Kak Mar

and dahku sebagai taiko di sini , mengucapkan infinity temaseh kepada korang semua yg sudi menapak di belog picisan ini . tsk terharu wa cakak luu . tsk tsk .

ok dah jom terjah belog diorang ! :D


adik mek
big thanks . melaffyou 

Tuesday, March 05, 2013

Putih Putih Melati - ST12

hey assalamualaikum eberibodeh

" putih putih melati , merah merah delima . siapa yang baik hati pasti ku terima "

Pepep ( specky ) | Ridho ( new vocalist )

entah di mana spesialnya lagu ini . liriknya kelakar sikit . hehe . but i've raped the replay button .

i loiiikeeee

anggota asal band ST 12 ada 4 orang : Pepep ( drum ) , Pepeng ( gitarist ) , Imam ( gitarist ) , Charly ( vokalist )

Pepeng | Charly | Pepep
salah seorang ahli band ST 12 , Imam , meninggal dunia . sekarang , Charly & Pepeng dah keluar group . tapi band still ada . tak bubar pun . Ridho Tuah jadi vocalist baru .

Chord Putih Putih Melati - ST12
A#m
Siapa bilang aku seperti dia
F#

Siapa bilang aku cintai dia

G#

Sesungguhnya aku tk benar2 cinta

C#              F

Karna kau tk seputih melati

A#m
Kalau ada hitam pasti ada putih

F#

Jika hatimu kelam tak mungkin bersih

G#

Tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih

C#                     F
Karna kau tk seperti melati ohhh


Reff:
D#m      G#

Putih-putih melati

C#      A#m

Merah-merah delima

D#m            F

Siapa yg baik hati
           A#m   A
Pasti ku terima ahhh...

aku nak try chord tu jakgi . harap mak tak bising dengar aku ketuk gitar . mihmih

Ridho Tuah
you know what , looking at this guy reminding me of someone . err tehee . senior aku . macam muka Ridho Tuah .

030912 - 9:00 PM
" salam . best bawak motor EX ? "
" wsalam . sape ni ? "
 " pemain kompang "
" best aa naik EX . 'pemain kompang' ? panjang sgt namanya "
" nama ? dirahsiakan . hehe . clue ; budak lower six "
" err kite mana kenal budak lower six "
" dahtu . nak kenal ke tak ? "

err


adik mek
2012 - annoying
2013 - kenangan :)