Friday, February 08, 2013

Senaman Harian Yang Ringkas

hey assalamualaikum eberibodeh

memandangkan aku sekarang ni full time penganggur di rumah , haruslah merajinkan diri buat senaman . err ditambah pula dengan kerisauan tentang berat badan yg semakin menaik , dahku kembali buat aktiviti yg telah lama ditinggalkan ni . dulu kemain rajin tetiap hujung minggu pegi jogging dengan abah & mak . time tu pun pegi sebab kena paksa . kalau ikutkan hati , malas gilos nak joging .

abah memang pentingkan bersenam bagai ni . tak cukup dengan joging , dilatihnya aku push up & sit up . kalau joging kat taman , terlentang la aku atas rumput taman tu duk sit up . kalau kat rumah tu mmg tetiap hari la push up & sit up .

sebab tu cikgu PJ salu puji aku fit . siap tawarkan aku masuk taekwondo lagi . mihmih 

tapi sekarang ni dah tak keluar joging . abah busy . aku joging kat depan rumah je . pagi , lepas subuh . time tu sunyi lagi . takde orang . aku malu kalau jiran depan rumah tu skodeng . thats why pagi pagi tu dah pup pap pup pap tapak kaki aku .

aku nak share senaman yg aku biasa buat je . simple steps . tapi berkesan .

ready gais ? okay lets get the ball rolling

STRETCHING
- ini memang wajib . buat regangan otot dahulu . kalau tak , memang mudah la nak dislocate kepe .

WARM UP
- berlari lari anak keliling rumah selama 5-10 minit . kalau lepas 5 minit , then nadi dah berdenyut lebih dari biasa , pun dah ok .

PUSH UP
- buat tekan tubi sebanyak 10x untuk setiap set . untuk permulaan , buat 2 set . setiap satu set diselangi dengan rehat 30 saat .

woman's version
down - tarik nafas . up - hembus nafas
ini style untuk perempuan . sebab montot gegirl ni berat . yang lelaki punya alah macam biasa tu la , kaki straight . 

JUMPING JACK
- nama yang fofular time sekolah , lompat bintang . lompat sebanyak 50x . tak kesah nak lompat sampai afreka sekalipun .


FULL SIT UP
- baring di lantai , bengkokkan lutut pastu bangun perlahan lahan . buat sebanyak 10x untuk setiap set .


HALF WAY SIT UP
- half way sit up lebih berkesan dalam burning sensation di otot perut berbanding FULL SIT UP . half way sit up tidak memerlukan kita baring di lantai , tetapi 'hampir hampir baring' . faham tak ? maknanya belakang badan korang tu tak cecah lantai . kaki juga jangan cecah lantai . biar punggung jadi sokongan . buat sebanyak 10x untuk setiap set .

20 SEC PLANKS
- berada dalam keadaan macam ni dengan kiraan 20 saat

relax . bernafas seperti biasa

20 TRICEP DIPS
- lakukannya sebanyak 20 kali . aku tak try lagi benda ni . tak jumpa lagi port yang sesuei .

down - tarik nafas . up - hembus nafas

WALL PUSH UP
- cari je dinding . dalam jamban pun cantekk . jangan wall fesbuk sudah la ye .10x untuk setiap set


TANGGA KU , TANGGA MU JUA 
- ok nama tu aku reka sendirik . bhahaha . cuma perlu berlari lari anak ketika menaiki tangga then turun balik . lakukan sebanyak 20x . kalau rumah takde tangga or rumah atas angin , pinjam je tangga jiran . sebab tu nama ' tangga ku , tangga mu jua ' . kahkah .

SQUAT
- first , berdiri lurus . pastu rendahkan punggung ke bawah dgn kadar angin chinese new year . bukan lutut ke bawah . BUKAN . lakukannya sebanyak 20x .

down - tarik nafas . up - hembus nafas
kalau otot peha belakang ( hamstring ) dirasakan meregang , that means korang dah berjaya buat senaman ni dgn beteii . tahniah .

COOL DOWN 
- ini yg last . buat betul betul warm up & cool down . kalau tak nanti ada la yg terkehel sana , dislocate sini .

simple kan ? buat pagi & petang . tak lama pun .

moh kite lawan cheqkaq yang semakin mengurus itu ! harhar . nak tahu kenapa cheqkaq kurus ? pi la korek belog dia sana *hai kak !* . hihi .


adik mek
obsesophobia

Wednesday, February 06, 2013

Tarikh Keputusan SPM 2012 Diumumkan

hey assalamualaikum eberibodeh

Tarikh keputusan SPM 2012 diumumkan : 20 MAC 2013
Masa : Bermula 10 pagi

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2012 SECARA SMS :

Taip SPM <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888

contoh : SPM 951111880000 TB010A566 dan hantar ke 15888

sumber : Berita Semasa

________________________________________________________

melantun lantun jantung aku . mak oi . mintak nyawa oi oi oi .

tu la kan . berbulan bulan berbahagia kat rumah . tak sedar diri tengah tunggu result . Ya Allah nervousnya :/

nak mintak tolong boleh ? jom sama sama tadah tangan , dan dengan penuh ikhlas , tawadhuk , rendah diri , dan mengharap , kita baca sama sama doa ni .

DOA 1
Bismillahirrahmanirrahim
O Allah The Most Gracious and The Most Merciful . Please lead me to the right path whenever i'm lost . show me the light whenever i'm blind . O Allah , as Your servant , I ask You modestly to give Nur Sabila Mohamad all A's in her SPM examination result . To You we return . Ameen .
_____________________________________________________________

DOA 2
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah yang Maha Pemurah . Aku mohon padaMu , turunkanlah berat badan Nur Sabila Mohamad sebanyak 10 kilogram . Elakkanlah diri kami dari sifat riak dan perbuatan zina . Kami inginkan kesihatan yang baik untuk beribadah . Ameen .

eh . hihi

 terima kaseh sangat sangat tau . memang tak terbalas jasa korang :'D

buat semua calon SPM 2012 , gudluck . jangan berhenti untuk berdoa . in shaa Allah , Allah akan beri keputusan yang terbaik untuk kita semua . Yakin 101% dengan Allah .

--------------------------------------------

latest update ( 11 MAC 2013 ) : result SPM 2012 bakal diumumkan pada 21 MAC 2013

sumber : SINI

adik mek
the tangan is gigil 
Allahu

Tuesday, February 05, 2013

Spin A Yarn : Primary School

hey assalamualaikum eberibodeh

setelah sekian lama tak merempit , pagi tadi aku telah merempit dengan jayanya . mak suruh beli sarapan kat depan sekolah rendah aku dulu . 

bayu pagi yg dingin , suasana mendamaikan , pepergh taiko pun boleh feeling tau . tengah syok layan perasaan , titibe ada segerombolan budak sekolah yg kecik cinonet tengah berlari lari anak gitu . cikgu dia siap depa-kan tangan bila nampak aku . bajet protective letew ? 

tarik hand brake terus aku bila nampak diorang . aiseh . semput tau tak ? bhahaha tipu je . takde makna nya taiko semput nyemput . 

aku pun belok ke kanan , sadai situ jap . bagi laluan kat budak budak tu . sempat lagi layan perasaan . teringat time sekolah rendah dulu . mesti aku lagi omey dari bebudak tu kan ? ihik . kalau tak , takkan oghang beghebut nak jadikan adik angkat . and senior darjah 6 try nak ngorat time aku darjah 4 . apakah .

aku eksaited tau nak masuk darjah 1 . dua tiga hari sebelum sekolah , dah practice nak pakai stokin .

" abah , yg mana satu stokin belah kiri , stokin belah kanan ? " - aku

first day aku tak nangis pun . cuma aku pelik kenapa time rehat , mak aku ada lagi . aik , mak tunggu ke ? pastu aku nak nangis sebab tak jumpa kelas yg mana satu . nasib baik tak sempat nangis . see ? nampak tak ciri ciri taiko aku tu .

darjah 1 - darjah 3 , aku freehair . sangatlah vogue . rambut berkilat tetiap hari uols . hari hari mak sikatkan rambut + tuang minyak . sampaikan cikgu jadikan aku contoh kat classmates sebab baju kemas , rambut rapi , blablabla . ekekeke .

darjah 2 - darjah 3 , cikgu lantik jadi librarian . cikgu kata sebab tulisan aku kemas . sesuai jd librarian . aku pakai tudung pun sebab jadi librarian . dulu aku boyish sikit . kawan dengan budak laki ramai . rilek je pegi jenjalan pakai shorts . cap wajib pakai . sampaikan kawan abah ingat aku ni laki . terkejut biawak dia bila aku bagitau nama aku . heh .

darjah 4 - darjah 6 , cikgu suruh jadi pengawas disiplin . time tu full aku pakai tudung kat sekolah . tapi kat luar masih lagi tak istiqamah . imej ber-cap aku time jogging masih tak boleh ditinggalkan .

darjah 6 , aku diapit oleh Fitri ( perempuan ) & Safiuddin ( lelaki ) . belakang aku , Haziq , Izham , Asyraf . semuanya kawan gila gila . Fitri tu bestie aku . 

Safiuddin pernah tegur zip kain aku terbukak . pftt .

aku suka buli Haziq . cucuk kaki dia , tuang air sejuk kat atas kaki dia pastu macam macam aa . taiko kan ?

Alhamdulillah , aku boleh laa jugak buat mak abah bangga time sch rendah . darjah 1 - darjah 6 , mak abah akan hadir ke majlis penyampaian hadiah . nak tengok aku naik pentas untuk ambil hadiah dapat no 1 , no 1 terbaik keseluruhan , mata pelajaran terbaik , kehadiran penuh , upsr 5A blablabla .

Teacher Sabariah , Teacher Afdzan , i miss you .

____________________________________________________

aku dengar rumours . katanya result SPM 2013 akan diumumkan 19 MAC 2013 . 

betul atau tak , wallahualam .

051212 . last day SPM
buatpe conteng baju . aku conteng slip je .


err , aku gurau je pasal JEMI tu . kalau cukup 40 orang doakan , mampuih .

adik mek
the freedom is over 

Tuto ; Cara Buat Gambar Bergerak

hey assalamualaikum eberibodeh

dahku ingin menjawab pertanyaan Kak Mar tentang bagaimana nak buat susunan banner atau awards gerak gerak tuu ( rujuk sidebar aku )

1 . dashboard > layout > add a gadget > html java script

2 . copy & paste code di bawah

<center><marquee direction="down" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="140"     height="140">
<center><a href="LINK UNTUK DIBUKA" target="_blank"><img src="URL GAMBAR" alt="" width="140" height="140"/></a></center>
</marquee></center>
3 . save 
Tips
- arah pergerakan gambar ; up / down
- kelajuan pergerakan gambar ; boleh ditukar . semakin tinggi no , semakin laju
- link untuk dibuka ; link yg hendak dibuka apabila gambar di-klik
- url gambar ; url gambar / banner / award yg nak diletak


bertemu lagi kita di entry yg akan datang . 

gila retro ayat . bhahaha .


adik mek
tuto baq hang 

Monday, February 04, 2013

Keberangkatan Mereka

hey assalamualaikum eberibodeh

masuk bilik . kosong . sunyi . guess what ? abang dah pergi SINI .

semalam , lepas Isyak , hantar abang kat stesen bas . sampai sana , abang cari kawan dia , Jemi . then family aku hangkut bag semua pegi kat family Jemi . err adakah aku harus menggunakan " ABG JEMI " ? oh abaikan . mustahil ahbangg jemi membaca belog kuh .

agak agak mak Jemi berkenan tak ambil aku sebagai menantu ? sebab aku salam dengan macik tu dgn gaya yg lemah lembut gila . plus senyuman terlebih gula hah .

aku rasa macam nak tegur je Jemi . rasa macam nak ajak bergambar sesama . bhahaha penyakit INI aku dah datang .

Jemi - selekeh tapi macho

ahaks

ayah Jemi - abah
" ni ke yang tengah tunggu result tu ? "
" hak'ah "
" trial baru ni dapat berapa ? "
" 10 A . kan ? " *abah tanya mak*
" oh dah ok la tu . nanti mesti ikut jejak abg diaa "
" aha . tak bagi dah kut kalau nak pegi luar . dalam Malaysia pun ok kan "

blablalallaala

aku buat buat tak dengar . spoil beteii pacik tu . kenapaaa perlu tanya result trial ku yang sekangkang kera tu ? argh .

abang & Jemi dah naik bas . letih mengintai kat celah mana abang duduk . tapi tak nampak nampak . rupanya belah sana . aku pun pegi belah sana . tak nampak jugak abang . teringin nak selca ( camwhore ) tapi ramai org . malu . aku suruh abah jadi penghadang . then aku selca dengan jayanya kat belakang abah . wehuu .

tengah aku syokk ber-selca , bas dah gerak . aku cari mana abang 2 orang tu . rupanya dia duduk kat depan . aku nampak Jemi tunjuk tunjuk aku kat abang sambil gelak . abang lambai .Ya Allah diorang nampak ke aku tengah syokk selca tadi ? aku terus gelak berdekah tang tu jugak . err malu woi !

annoying gila -,-
kenapa gedik sgt ??! ni bukan aku !!
macam zaman mespes . nak cover punya pasal , habis tudung herot . jangan tengok lama lama . aku sendiri tak sanggup nak tengok T__T


menge-pau abah semalam . teringin nak makan eskrem . disebabkan harini aku puasa , maka haruslah disegerakan ke-teringin-an itu .

rindu zaman sekolah haritu . puasa sunat dengan kawan kawan . tu yang start puasa balik ni .

sampai rumah semalam , masuk bilik . sunyi . biasanya abang tidur atas katil , aku tidur bawah . tapi semalam aku tidur atas katil . terasa gila kut . ye la , sebelum ni , kalau nak tidur tu mesti sembang dulu sampai la tertidur . tsk .

iklan ; cane nak updatekan rss belog haaaa ?? aku dah try macam macam tapi tak jadi jugak . sebab aku tukar url blog haritu pastu terus jadi suwei cantu . arghh .

tadi abang call . dah sampai pukul berapa tah . diorang stay rumah kak long dulu sebelum gerak pi sana .

take care , abang 

err abang Jemi pun 


adik mek
doctors brainwashed 

Saturday, February 02, 2013

Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

hey assalamualaikum eberibodeh

setelah di tag oleh tieqa , cheqkaq & kak fizah , dahku akan menjoin segmen ini .

titibe rasa macam taiko hot pulak sebab ditag oleh 3 org blogger untuk segmen yg sama . kahkah .

klik banner untuk join

aku suka lagu ; Bawaku Pergi - Kaka Azraff & Zizan


harus diketahui , im totally in love with Malique's songs . sangat obses !

tahu sebab apa aku suka lagu Malique ? lirik dia unik . and Malique pun unik . and aku suka benda pelik pelik .

err sebab aku pun pelik . aha .

mangsa sepakan terbang taiko ; Michelle & Kak Hanida Moss ( adik Kate Moss & Deja Moss ) . ehh

CHECKLIST
1 . buat entry bertajuk " Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar " DONE
2 . copy banner segmen & paste dalam entry . DONE
3 . pilih satu lagu minat gila gila . DONE
4 . follow blog Leeyana Amzar [ #399 ] DONE
5 . follow sponsor , Neesa Ya'cob . DONE
6 . tag 2 blogger lain . pastikan diorang tahu . DONE

haritu | SPM
" bawa aku pergi . pacu laju laju kita lari dari realiti "
" maksud ? "
" aha . tu lagu la awak "
" lagu apa ? "
" bawaku pergi . maliqueee . hehe "

adik mek
Malique

Friday, February 01, 2013

January End Awards

hey assalamualaikum eberibodeh

harus diketahui , aku ini penganggur sepenuh masa . err sebab tu tadak kerja . err sebab tu rajin sangat buat award banyak banyak ni . hihik .

err err malu senanye nak bagi award ni . tapi sukati ah . problem ? kalau problem , turun Terengganu gegarkan hidup guwa depan depan .

aku ni Taiko tau ? hsnnff *mukataiko.jpg*

aku pilih 12 orang pen-komen yg paling banyak komen , berdedikasi , tepat , padat dan mutakhir . hah gituu . terima kasih sangat sangat tau sebab sudi komen . 

err maaf tau lepas kejadian >INI< , saya bajet retis lagi sekali . ahaks

Kak El - JUARA . eceh



Kak Aimi ( Miss A )









betul ke istilah 'pen-komen' tu ? -,-

jom sama sama terjah belog beliauorang ni ! semuanyaaa best-2 . serius wa cakap luu .

kalau nak merasa jadi ala ala bintang Anugerah Bintang Popular , tak perlu susah susah nak naik pentas ABPBH tu . komen je kat belog kite banyak banyak ok ? senang senang je dapat award .

kahkah . sempat lagi promo !

terima kasih infinity ye :D


adik mek
obses ; eiffel , roses , tulips , dandelion , retro , vintage .