Friday, October 25, 2013

Datang balik

Helllll-oooooooooo people on earth.

Hehe. miss me ?

Cer skroll bawah bawah, tengok date post terakhir.

21 JUNE 2013.

Tak gitu? muehehe. sibuk sangat katanya. kekangan masa tahap dewa. aku rinduuuuuuuuu sangat nak blogging sampaikan aku beli diari sebijik. hah conteng semua dalam tu. maklum le, nak blogging tak sempat. bila conteng dalam diari tu, feel dia macam baru sembuh dari constipation tahap empat.

kata blogger tegar. haruslah ayat metafora hiperbola dragon ball segala bagai nyah.

tegar lah sangat. belog berkulat baru nak hapdet. tsk.

soooooo apa yang buatkan aku ada masa titibe nak jenguk blog harini neh? hehe aku baru je habis final der. lega nya Ya Rabbi. rasa macam nak terjun tasik varsiti UM ni. tengah hari tadi habis exam. ni aku tengah berbaju kurung lagi ni. mandi pun idok. haha. enjoy dulu katanya.

kat UM ni, aku stay Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah. mostly budak pasum la penghuninya. tapi ada je seniors. foreigners pun berlambak. muka muka spesies Omar tu banyak aa. tapi yang hemsems macam Omar tu aku tak jumpa lagi. 

err hai
eh titibe sangat kan. hihihi.

dalam kolej ni ada tasik. aku dengan kawan kawan aku salu jugak la pegi sana. biasanya kitorang pegi petang jumaat. sebab esoknya weekend, so, release tension lah kononnya. makan eskrem sesama bajet2 suwit nyah. Shira, Atin, Aliya. tapi sekarang ni Aliya dah jarang dah dengan kitorang. so, aku-shira-fatin aje la.

dulu dulu time aku stress aku salu aa pegi sana. makan sorang sorang sambil termenung. dah serupa orang gila pun ada. dengan serabainya. haha. tapi masalah tu aku tak perlu la kut rasanya story kat sini. open sangat. lagipun, benda tu dah lama setel.

aliya-guwa-fatin

itu nak jatuh tasik kepe? kahkah

:)

dah lama ni. time bulan bape tah. tapi, nak buat cano baru je ada kesempatan nak tepek dalam belog. mihmih.

guwa(pink) -shira

" khusyuk nampak menulis. tulis pasal aku ke? " - Hanis

ehhhh sebok aje hanis ni kan. 

HAHA

Farrah Hanis. rummet baru aku. haha sebok aje dia tu. nanti next time aku cite pasal kau ye. kasi up sampai kombang lobang hidong pun boleh.

baidewei, malam ni aku balik. takde benda lain yang lagi heaven selain daripada balik rumah. maigodd dah berapa dinasti aku duduk kat UM ni. sesungguhnya dahku rindu udara Terengganu.

membongkang dalam bas la aku malam ni ye. kroh krohhh.


adik mek
summer-break :)