Wednesday, August 31, 2011

syawal 2011 :))

hey assalamualaikum eberibodehh

letih siot . malas nak menaip . homework tak siap . sian aku .


aku . kak long . akif darwisy . 


 tahun ni beraya bertiga je lahh . tacink tahuk tak . *siblings


hmm . entah .

okay peeps . malas nak letak banyak banyak . aku tak handsome macam korang . kannn .

adik mek
first syawal

Tuesday, August 30, 2011

pheuw !

letih gila harini ! orang datang tak putus putus . rumah aku memang cengini . hari raya pertama or kedua memang tak boleh keluar rumah langsung .  and , betul tekaan aku . since abang mudin , abang pi tak balik tahun ni , aku yang uruskan semua . pinggan , cawan , gelas , air , ais and what else . mak , sorry pecahkan piring ! haha . okay sambung nanti . kerja menanti .


adik mek
letih + penat + kotor = bibik

Sunday, August 28, 2011

tutorial post title b/ground

syahirah yang request tuto ni .
so let's cekidaut !

1 . design > edit html
2 . tekan ctrl + F , search kod bawah ni

.post h3 {

kalau takde , search kod ni

h3.post-title {

kalau dua dua takde , cari kod

h4 }

3 . untuk sesiapa yang cari kod .post h3 { atau h4 } , copy and paste kod ni bawah .post h3 { or h4 } 

 border:0px dashed #cc99cc;

    text-align: center;

    margin:.5em 0 .5em;

    padding:0 0 4px;

    font-size:140%;

    font-weight:normal;

    line-height:1.2em;

    background:url(URL BACKGROUND);

    color:$titlecolor;

    }

4 . sesiapa yang mencari kod h3.post-title { , copy and paste kod ni di bawah h3.post-title {

 border: 3px solid #C0C0C0;
background: url(URL BACKGROUND
); 

clue : warna biru : url background yang korang suka 

contoh url background : 


http://i1198.photobucket.com/albums/aa450/halida4/smalllovebackground_pink.png



http://i1103.photobucket.com/albums/g474/sabellamohamad/background2_palegreen.png



http://i1198.photobucket.com/albums/aa450/halida4/background3_blue.png


say alhamdulillah kalau jadi,
tanya kat komen kalau tak jadi .


adik mek
ambik bagitau :)

raya . dulu dan sekarang .

bagi aku , raya tahun ni paling tak best . 

- abang mudin aku tak balik beraya *tahun ni tak balik langsung
- abang pi aku beraya belah penang
- kak long aku dalam pantang bersalin

dah tu tinggal aku sorang je . lu semua bikin gua panas der .

DULU

ahli keluarga 6 orang . mak ayah + 4 orang siblings yang super duper sporting . tiap tiap tahun raya mesti cukup 6 orang . 


mak abah pergi pasar . tinggal kami 4 orang mengelap dinding or bahasa rempit nya basowh ruwmarh . dari pagi hingga laa tengah hari . setiap sorang wajib ada 2 helai kain buruk . dari luar rumah , dalam rumah , bahagian dapur , tingkap , perhiasan dalam rumah , semua wajib dicuci . kalau tak siap la dengar mak aku nyanyi lagu joget inang .


time beraya rumah sedara , penuh elok elok je 4 orang kat seat belakang kereta . tu time muka muka jambu lagi . bila time ada gaya dah sorang sorang , agak sempit la . tapi tak kisah . bahagia apa . aku duduk celah kangkang abang mudin aku apee . haha . duduk pastu tangan dua dua pegang lutut dia . ce bayang ce bayang .


kak long - abang mudin - aku ^di tengah tengah^ - abang pi 

buat kuih ramai ramai . tolong mak . sorang tolong hias , sorang tolong buka cup , sorang tolong tengokkan oven , sorang buat apa entah . masa aku kecik dulu , aku suka gunting gunting kotak kokocrunch . eh apa jadah aku main pun tak tahu lahh .

malam raya ; abah bersih halaman rumah . mak sibuk kat dapur . kak long kemas dalam rumah , iron baju semua orang . abang pi vacumm , pastu basuh lantai . abang mudin buat apa eh . main mercun ngan aku ke ? muehehe .

SEKARANG

tahun ni ; mak abah +  kak long + abang masri + aku
obviously tak cukup . obviously rasa kehilangan . obviously tak best .

tadi abang pi balik . esok dah nak berangkat ke penang . so aku lap dinding dengan dia tadi . cakap cakap pasal kenangan dulu dulu . ehem sedih mungkin .

tahun ni tak beraya kat rumah orang kot . takkan nak tinggal kak long yang sedang berkain batik bertungku lepastu tertidur . hmm sabar je lah . kalau beraya pun aku sorang je yang kat seat belakang tu . pusing kiri takde orang , pusing kanan pun takde . aku rela duduk celah kangkang abang aku . seriously .

kuih raya langsung tak buat . mak sibuk dengan kak long . ai kak long ni spoil la . lenkali plan biar betul okeng ? kacang2 , kerepek , popia . tu je kot yang ada kat rumah . sumpah tak awesome .

malam raya . mean , malam esok . sape la nak kemas rumah . sape la nak basuh lantai . sape la nak iron baju . entah entah aku . mati .

kesudahannya , raya tahun ni tak best . tak awesome , tak ceria . 

kalau aku boleh putar masa , aku nak zaman kakak ngan abang aku tak kawen . semua single . adil kan ?

adik mek
aku rindu waktu itu :|

menjelang raya . hoho

kupas bawang satu besen besar punya .
berair mata .

haha . lap dinding lepasni . chow !

nanti aku datang


adik mek
teringin nak buat freebies

Friday, August 26, 2011

freebies cursor

hey assalamualaikum eberibodehh

saya guna saya .

hari ini kenapa saya buat freebies . kenapa saya rajin . kenapa . kenapa saya tanya awak . awak bukan saya . dah dah pergi cabut bulu ketiak la kau .

nak tak ni . cursor misai ni . comel apee . kalau taknak kahwinkan saya dengan nicky lah .

MOUSTACHE CURSOR


http://i1103.photobucket.com/albums/g474/sabellamohamad/mustache.png


http://i1103.photobucket.com/albums/g474/sabellamohamad/pinkmustache.png


http://i1103.photobucket.com/albums/g474/sabellamohamad/mustache2.png


tahu tak cara nak pasang ? tak tahu pergi SINI okay

say Alhamdulillah kalau jadi,
tanya kat komen kalau tak jadi


adik mek
kalau ambil jangan lupa komen
klik untuk petumbuhan

haha . u make me fly in the illusion


adik mek
tehee

Thursday, August 25, 2011

sampai hati awak kan . awak kan dah janji . sobs

hey assalamualaikum eberibodehh 

abang mudin . tahun lepas abang mudin balik . dua tahun lepas pun abang mudin balik . tahun ni tak balik .
itu je ceritanya . kbai 




...

tipu . aku sambung balik . 
ingat lagi tahun lepas . esok tu nak raya . malam tu kita pasang pelita kat luar rumah . pastu kita nampak anak mak su belakang rumah main bunga api lip lap lip lap meletup kat langit . kau paham tak jah .

masa tu kita takde mercun . sebab orang yang habiskan sebelum abang mudin balik lagi . jadi kita main pelita ngan lilin je la .

kita jerit seronok tengok bunga api cantik sangat . 

'wahh comel !'
'haih bestnya kalau kita ada bunga api cengitu . mercun pun takpe'
'menyesal la orang tak suruh abah beli mercun banyak banyak . haritu dah nampak bunga api cengini kat bazar . tapi tak beli.'
'eh jom orang pegi beli'
'hah  beli kat mana ?'
'kat bukit payong . ada tak lagi orang jual eh ?'
'entah . takpe la . tahun depan abang mudin balik tak ?'
'balik kot'
'hah . orang nak beli lah tahun depan . boleh main sama sama.'

see . abang mudin cakap nak balik  . main mercun bunga api sama sama . tapi


kdah la . apa barang tacink tacink bagai macam pondan .


adikmek
bunga api tu cantik !

takyah ar

hey assalamualaikum eberibodehh

ini hari gua betul betul fedup . gua beritahu lu . gua merajuk pekat pekat dengan lu . lu tahu gua dah lama rancang itu hal kan . gua ingat gua boleh pergi . tapi lu . lu buat hancus  .

gua mahu tanya . kenapa gua yang jadi mangsa . gua tahu gua akan tinggal kakak gua sorang sorang . tapi dia dah besar derr . gua betul betul frust tertonggeng .

sikit hari lagi nak raya . memang lu buat gua hangin . 

dah 3 kali . dah 3 kali gua bagitahu lu . tapi lek lek je lu bikin spoil . 

kali ni gua tak kira . bimbo tak bimbo siapa kacau gua kasi pecah . lu tak caya lu try .


adik mek
cikaro levis

tutorial scroll bar

hey assalamualaikum eberibodehh

first of all, sorry to kak azrina sebab lambat giles buat tuto ni . kakak dah request lama dah kan .
sorry eh .

ce tengok scroll bar aku . warna dia lain kan ? tak la bentuk segi empat kelabu yang common sangat tu .

nak buat ? jom start ! focus okeng .

1. warning : untuk pengguna google chrome je

2. dashboard > design > edit html > tick expand widget

3. tekan ctrl + f serentak , cari kod ni

]]></b:skin>

4.  copy and paste kod bawah ni, kat atas kod  ]]></b:skin>  tadi

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #848586;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #b0c6e4;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

5. merah : untuk background scroll
boleh cari kat SINI 

6. biru : nak kekalkan boleh, nak tukar pon boleh .
kalau nak tukar, tukar dengan kod bawah ni

background-image:url(URL IMAGE / BACKGROUND);

7. hijau : boleh google je lah ! harhar *malas

8. say alhamdulillah kalau jadi,
tanya kat komen kalau tak jadi

nak copy ? tekan ctrl + c !


adik mek
walla !


Saturday, August 20, 2011

kawan

hey assalamualaikum eberibodehh

bulan ramadhan . bulan yang mulia . tapi why kat pesbuk penuh dengan status caci maki bagai . hmm . istighfar .

kawan . hubungan dengan kawan ni kena jaga . even tak rapat mana pun , kesan nya besar dalam hidup kita .

kat pesbuk ada orang create group untuk sorang girl ni . konon sebab diorang tak suka dia . 
aku pun dimasukkan .  tapi aku , aku takde hal pun ngan dia . tak gaduh pun . jadi , aku kena ikut jugak la geng geng tu tak suka dia ? menyampah dengan dia ? padahal dia tak usik aku pun . 

diri kita ni , tak boleh dibiarkan dimanipulasikan sewenang wenang nya dengan keadaan . takkan la 'eh semua orang pulaukan dia lah . cop cop aku join' . eh orang macam tu pergi telan sepende moleh ?

kadang kadang quote 'aku ikut hal aku, kau hal kau la' pun penting jugak .

hey ingatlah semua . jangan buat orang macam tu sangat la . tak mustahil satu hari nanti jadi balik kat kau . 
kau percaya kat hukum karma ? aku percaya dan memang kena percaya . 

tuhan kalau nak balas, bagi cash pun boleh .

ni bulan puasa . bulan ni orang kejar pahala bukan kejar dosa . lepas raya nanti exam . 
jangan buat macam tu . tunggang langgang exam kau . seriously , based on my experience .

yang terbaik , try to chill . jangan ikutkan sangat napsu tu . 

aku bukan cakap aku ni sempurna . or aku ni takde menyampuk langsung dalam hal ni . mungkin ada.
astaghfirullah . 


adik mek
aku manusia biasa

Friday, August 19, 2011




AKIF DARWISH !





Wednesday, August 17, 2011

cemas ! cemas jom !

hey assalamualaikum eberibodehh

hoi hoi ohoiii cek mek molek . ewah joget mak minah joget . eh dah kenapa . tadi kemain cemas titiba nak berjoget . kau ni aisyah limeposen ke . entah siapa mak minah pun saya tak tahu .

semalam lepas berbuka kak long sakit perut . bukan sakit perut macam abah haritu . bukan . sakit nak beranak . sakit nak melahirkan . itu sama okeng .

abang masri a.k.a abang ipar telefon abah . dia kata kak long dah masuk labour room . kemain eksaited terus buat status kat fb . padahal dia tak kenal yang mana satu labour room . wad menunggu dikatakan labour room . apadahal .

masa tu jalan dah buka 6 cm . pastu pukul 1.30 pagi baru la kak long masuk labour room . mak ngan abah nak naik flight dari terengganu ke subang ini pagi . kak long yang beriya suruh .

lepas sahur tadi terus mandi bergetar getar kepala lutut semualah . ahahaha manada . bilik air tu tak sejuk pun airnya . hahahahaa tak lawak dah kenapa aku gelak . ahahaha

sampai kat airport . pergi kat kaunter dia kata RM 300+ seorang . semalam tengok dalam tenet RM100+. biasalah kan . kita nak on the spot kan . mahal la . so, mak pergi dengan abah means RM700 bakal melayang .

fikir punya fikir . abah decide naik bas . lagipun kak long bukannya deliver dah . chill okeng . mak ngan abah dah naik bas dah . aku , abang pi, kak fishah balik rumah .

sampai sampai rumah je , abang masri call abang pi . dia cakap dah satu jam kak long dok meneran dalam sana tapi baby tak keluar keluar . rambut secoet dah nampak . kak long takde tenaga . kak long tak makan pun . minum air je pagi tadi . doktor nak guna vacuum nak sedut baby . terus terbayang vacuum buruk ceruk dinding . and ai wos laik, tragiss ohh !

abang pi duk gelisah macam kena sawan lembu . jakgi kak long call . eh terkejut mak nokk . baru lepas bersalin dah call teruss . doktor tengah bagi oxygen kat baby .

nasib baik semuanya selamat . nama baby , aku yang bagi tau ! tak moleh kasi taw lagi . nanti ada yang curik naya aku .


adik mek
baby boy :')


Friday, August 12, 2011

abah kalau sakit makin tak hensem lah

hey assalamualaikum eberibodehh

abah sakit lah . tak berbuka pun tadi . secoet kurma ngan 2 teguk air milo pekat warna coklat saya rasa sangat kaw ok . pehh .

terawih pun tak pergi . pukul 9.30 intai abah dalam bilik . abah terjelepok atas sejadah sambil sebut aduh . kesian abah . tanya abah nak minyak ke . abah senyap . sakit sangat agaknya . 

keluar . pastu masuk balik . abah terbongkok dalam bilik air . abah muntah . muntah air .
berlari comel pergi kat mak . "mak , abah muntah !"

abah naik atas , mak letak minyak kat perut abah . abah sakit sangat sangat . aku yang perut masuk angin ni pun berguling guling kiri kanan sakit . inikan pula sakit abah . tak pasti sakit apa . hempedu mungkin . eh ada ke penyakit tu . ke orang kat rumah aku je panggil macamtu . ah lantak

setiap kali puasa abah mesti kena macamni . kesian abah . makin lama makin sakit . mak suruh aku bawak abah pergi rumah tok penghulu . kau ingat rumah tok penghulu untuk buat aduan je ke . takpun nak mintak autograph JKKK untuk surat sekolah . mengadu sakit pun boleh apeee

tak lah . beliau ni pandai la inhale hembus hembus pastu buat penawar sikit . aku bawak moto vroom vroom kau pergi sana . 

sampai kat sana rumah beliau gelap . eh melampau tidur awal sangat ni . ada lam dalam pukul 10.30 . alaa tak rockk la beliau nih.

beliau keluar . abah baring . dia urut abah . aku duduk bersila makan buah salak kat tepi tangga .

abah semakin ok . mungkin . hopefully . boleh tolong polish kasut aku .


adik mek
cepat sembuh abah :')

Thursday, August 11, 2011

ini entry puasa

hey assalamualaikum eberibodehh

kenyang . baru lepas bukak puasa burrp burrp itu sound effect ok. ini hari dah 11/8 means dah sebelas hari kita puasa pastu aku baru hari ini nak buat entry puasa . say cheesee . 

sebenarnya ini hari kerja melambak . sebenarnya borang sponsor perlu dibaiki dengan segera hasil kritikan tak membina pengetua kesayangan . hacsyum amboi bercin . gedik leteww . sebenarnya ada english essay 1500 words ke atas yang perlu disiapkan kalau tak siap puan surani tarik-muncong-bolehukurdenganpembariskayu . sebenarnya dah la aku malas nak tulis lagi .

tapi aku nekad nak menaip sebab

aku tahu akak penyurock hilang napsu nak mengajar tadika kalau aku tak blogging .

aku tahu budak ostel kata cengini ke mak abah diorang ." mak , bapak teman pegi cc jom nak nengok belog poppyimut kesayangan kiteww. " si bapak menjawab . " alolo kuci kuci cian gile weh anakku . jom maknya kita rempit kesana."

aku tahu adik xyz dah takde mood nak pegi berbuka ramai ramai kat surau sebab tak dapat baca entry latest aku . tskk .

sobs sedih sebab rasa dihargai . nangis jom.

perut aku tiap tiap hari masuk angin . pastu rasa nak kentut dalam kelas . tahan la beb . seksa mak nokk .
jatuh standard melepas kat merata rata weh . 

hari tu aku dah kena . berguling guling atas lantai sebab perut masuk angin punya pasal . aku ingat kan hal ni small matter je . padahal teruk jugak kalau dah jadi teruk . eh apahal cakap macam keleng .

ok dah setop merapu . nanti aku sambung


adik mek
air tebu best



Friday, August 05, 2011

hey assalamualaikum eberibodehh

takde jiwa nak blogging.
nanti nanti lah .
mood tengah sakai nih .

adik mek
entah