Monday, December 31, 2012

all the best kakak :*

hey assalamualaikum eberibodehh

kak dek - 1:11:58 am

" mitak tolong boleh ? baca yassin sesama jom ? now . tak tenang aa . tadi mimpi arwah tok , akif . lepas ada macik katil sebelah meninggal . cuakk . takut . kalau tak tidur lagi , jom baca yassin sesama . kalau dah nak tidur , takpe la "


kakak , harap yassin & mathurat semalam membantu . harini kan ? jangan nervous , doa banyak banyak . zikir jangan tinggal . lapangkan fikiran daripada segala perkara yg menyesakkan . fikirkan yg indah indah .  jangan pernah lupa Allah walau sesaat . doa kami buat kak dek takpernah kering . ingat kami selalu ada untuk kakak :')


nanti bila kakak dah sembuh , kita jadi macam dulu balik eh ? sayang buat kak dek tak pernah kurang . sayang kakak selamanya , insyaAllah sampai syurga .



ALL THE BEST . MAY ALLAH BLESS YOU . 


adik mek
much love <3


tertengok gambar ni .

Allah . macam tak sangka gila betapa 'kurusnya' aku sekarang ??!

siriyes gambar ni memang memuhasabahkan diri guwa . argh . kemain sehat pipi wa kan ?

masa ni dah cani , besar besar nanti agaknye cane eh ?



ala , bila dah start belajar nanti , kurus la . ikat perut la katekan ? 


KUT ?

adik mek
anorexia 

Sunday, December 30, 2012

rutin penganggur

hey assalamualaikum eberibodehh


duh letih gila kut . baru je lepas sapu sampah kat luar rumah . dekat depan rumah aku ada pokok rambutan kan so daun nye tetiap hari luruh . dahla banyakk . bahagian yg kena sapu nye tak la luas sangat . setakat nak buat court badminton moleh aa . 

abang pulak tak bangun bangun . mak suruh join sekali sebab banyak weh daun daun tu . kalau banyak jadi susah aa nak kaut segaligus . aku tunggu jugak dia turun last last tak turun pun . grr nak je aku naik pastu ketuk ketuk kepala dia dgn batang penyapu tu .

tadi dia turun , pastu main aucak aucak pulak . bila dia tanya , aku jawab jerit jerit sampai jiran depan rumah bangun tidur mencacak . geram weh geramm !!



mengharap ? tak perlu kut . org tak sudi .

adik mek
kasar .

sepupu pelik dah kaweng . jumpa oyen .

hey assalamualaikum eberibodehh


semalam gi kawen . jangan terkejut . iye memang aku la yang tak kawen . abg lan a.k.a sepupu yang aku tak pernah tegur . hm . tak rapat kut . dia pun tak tahu kewujudan aku ni as cousin dia . sikit aku tak kesah . tak hensem langsung . 

time akad nikah aku tak masuk pun dalam masjid . just duduk kat luar . kat pondok sensorang . terjumpa sekor kuceng ni . melepak sakan kat pondok tu . nama apa tah . yang penting bukan Betty kuceng si tyra tu . oh ya aku panggil kuceng pondok tu ' oyen ' . omey dak ? 

oyen ada kurap . act aku allergic sikik dengan kuceng . dulu tak pun . boleh je peluk peluk cium cium . sejak bila tah jadi allergic dengan bebulu dia . tambah kalau kena bahagian mata aku . pergh seharian la bersin sampai bengkak bengak hasilnya . 

kerja aku ambik gambar oyen aje . eh aku pun terselit sekali tau . hihi . sesi camwhore bersama oyen lah kiranya . 

ain , le' sepupu kerja kat kedai kasut you . hmm macam teringing jugak nak pi . masyuk weh boleh shoping baju tudung kasut jeans . hmmmmmmmmmmmmmmmm . kenapa hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm panjang sangat tah .



untuk tatapan sahabatku yg merinduiku setelah sekian lama tak berjumpa , kau tatap lah gambar ni puas puas . aku cakap aku obes kau tak caya . haa kau nengok ah nengok pipi bertelur tu ! stress wa cani . tak caya aku asal . hah tengok ler tengokkkkkkkkkkkkk !!!!!!!!!!!!


adik mek
oyen si kuraps .

Thursday, December 27, 2012

ketakutan --"


" berat adik berapa ? "
" aaaaa asal ? nampak gemuk eh ? "
" tak . ok aje . cuma nampak adik berisi sikit je "

__________________________________________________________


" abg mudinn . berat org dah naik tau ? "
" tu la . dahla kite tu perempuan . lagi la senang naiknya "
" aaaa . joging nak ? "


__________________________________________________________


memang aku sendiri perasan pun makin gemuk . baru berapa minggu je bercuti kat rumah dah naik der . hii .


adik mek
obes ~

ini bukan pasal christmas

hey assalamualaikum eberibodehh


TOLONG ANGGAP HARI INI 251212


well , harini hari lahir kak long .


aku ingat nak wish pukul 12 semalam tapi tah cane terbabas . khusyuk sangat online sampai pukul 1 baru
aku wish . tahu kak long dah tidur tapi takpe la . at least tetengah dia mamai bagun pagi esok , dia baca la text aku tu . kiranya aku ni first person la yang wish ya . tapi tak tahu la kut abg masri ( le' husband ) dah wish awal awal . huuu .

sayang sebab tahun ni kak long tak balik . kebiasaanya dia balik , cuti krismas kan . act tahun ni tak dapat balik sebab si suaminya tak dapat cuti . cait kau ni mmg me-spoil-kan betul la bang . grr .

kalau kak long , boleh celebrate sesama kan ? macam tahun lepas , 251211 , hari sebelumnya aku , abah , abg pi & abg naj keluar jap . abg naj & aku dah plan dari rumah lagi nak belikan kek untuk kak long then buat suprise esok harinya . kak long tak sampai lagi masa tu . dalam kereta , abg naj suruh aku bagitau abg pi . 

" err "
" apa ? nak bagitau apa ? "
" err ntah abg mudin "
" bagitau je . abg pi ok je dengan adik adik abg pi "
" org ingat nak belikan kek untuk kak long . sepraiss "
" hak'oh ok jugak tu . cun ah "

241211

abg naj & abg mudin adalah org yg sama . hahaha k .


yang tak menahan , bila nak lintas jalan , abg pi & abg naj semangat pimpin tangan aku . time tu , aku duk tengah tengah then diorang berdua pegang sorang sebelah tangan aku . err adik awak ni dah 16 tahun kut masa tu -,-

abah masa tu dah melencong ke mana tah . dia kata kawan kawannya ramai kat situ . siap kata dia tu abang long kat kawasan tu sebab tu semua kenal dia . apakah .

pilih punya pilih , ambik la kek apa tah . tak ingat dah namanya . suruh tulis sikit ucapan kat atas tu . then blah .

time melintas jalan nak balik , abg 2 ekoq tu buat lawak apetah . aku dah ketawa sakan tepi jalan tu . org lain tgk pelik aje ah tak pedulik pun . yang penting , hari tu paling bahagia untuk 2011 .

kak long sampai rumah adala dekat dekat nak maghrib . semangat der sorokkan kek . sorok dalam peti aje tapi kak long tak godek peti agoknye sebab tu dia tak nampak . malam tu , aku , abg pi , abg naj lepak sesama dalam bilik pastu plan nak suprise-kan cane kat kak long . plan masa tu konon nak bagi blackout , letak kek kat luar pintu bilik kak long pastu ketuk . hahaha tapi tak buat pun sebab apetah .

pagi esok je la suprise nya . kak long tak sangka gila kut sebab selama ni mana ada bagi hadiah kepe . konon tu birthday paling spesel letuw . hehhh .

aku rasa kek tu aku aje yang habiskan . best woo .

tahun ni taleh dah la nak celebrate . cuma abg pi aje yg balik . huuu




AKEK PEYUTT :'|

adik mek
Eena Rahayu Mohamad

Tuesday, December 25, 2012

piala part II

hey assalamualaikum eberibodehh


dalam entry >SEMALAM< , aku ada sebut kan pasal class monitor , Ikhwan aku yg tadah telinga dgr teacher zaiya tu kan ?


naa dia gi sambung ceghita tu kat belog dia dah


HAHAHA


nak baca ? >SINI<



eh navy hensem kan ? nak nak bila dia pakai uniform navy dia tu . pehh macho ilew . solid to liquid haku . heh .


adik mek
all about PIALA

Monday, December 24, 2012

MISTERI : siapa patahkan piala itu ? ( masuk mastika siapp )

hey assalamualaikum eberibodehh


dalam entry haritu >SINI< aku ada bagitau nak sambung pasal piala patah kan ?

harhar

- sebelum kejadian -
gee | aku
aku is the pemegang piala

nak tahu ? boleh . dengan syarat kau jangan bash aku lepasni pasal hal ni dah . jangan nak balun aku kepe time ambik result espiem nanti . boleh ? hihi

230512

hari last for mid year exmination . haritu exam apetah . biasa kalau hari last tu macam arab . ye kut arab . arab exam satu paper je haritu . yg heavennya , exam start pukul 11 la lebih kurang . malam sebelumnya study pun macam nak tak nakk je . arab paper 1 . 

" alah kemon lah arab paper 1 je pung . kacang "

konon dalam pale hotak bebudak time tu . tapi aku tak . ngeh kononn . lagipun , exam dah nak habis dah . so aura merdeka tu kitorang dah rasa awal awal . tak tunggu esok dah rasa macam dah freedom habis .

haritu , lepas habis exam , terus gi surau nak zuhur . then aku dan khairun , naik la kan melepak atas kelas . duduk dekat sudut belakang . meja cikgu . wah kemain berlagak menyantai kat meja guru . takpe , seingat aku , aku tak duduk atas kerusi cekgu pun . tak berkat tahu meletakkan bontot di atas kerusi guru .

melepak bukan sesaje . masa tu dah merana 1/4 mati fikirkan esok , khamis , jumaat , sabtu ada kem kat sekolah . biasalah form 5 kem merata rata . tapi stay kat hostel aje dengan bebudak hostel . aku dan khairun ni dah macam eh kenapaa la ada kem lelepas exam ni . buat la sebelum kepe . aduh ganggu ke-freedom-an guwa betul . udah ler exam tu dah macam nak kerenteng ramvut uols . 

oh ya , aku dan khairun budak luar .

kalau time exam , mesti keadaan tak terurus . pakai jilbab pun macam sarung guni beras . muka masam macam tambah sos cili thai . stress to the max lah konon .

kali ni , pihak pengurusan sekolah ke asrama tah , sibuk suruh bebudak ni cari geng and baru boleh dapatkan bilik . selama ni leklok je main redah je masuk . so yang jadi masalahnya sekarang , aku dan khairun taktau nak stay kat mana . bebudak hostel dah cop bilik bilik untuk kawan kawan dia . aku dah macam duhh nak tidur kat mana ni ?

dalam kepala aku ada 2 tempat je masa tu

BALKONI & SURAU 

heh sempoi tak wa ? *korek hidung*

kitorang kan melepak kat meja guru kan . time tu aku tenga main main dengan piala yg ada kat atas meja tu . ekceli piala tu dapat sebab kelas kitorang , 5 Al-Bukhari menang kelas tercantekkk uols . tepuk sikit la kawangg . apakah . haha .

kau bayang k . aku dahla tengah geram membara bara masa tu memikirkan nasib esok hari ni , aku ketuk piala tu kat kompang yg ada kat atas meja tu jugak . aku ketuk dengan kadar yg sederhana oke . serius momentum tak kuat . serius .

titibe , kepala piala tu patah . mak oii separuh heart attack aku . dengan baki piala yg masih di tangan , mulut aku terbukak sebesar bulatan kompang tu sambil jerit " aaaaaaaaaaaaaaa khairunnnn !! "

khairun pulak yg dijeritnya . dahal aku yg buat

time tu , dalam kelas , makhluk lain yg ada ; saiful , fadhlan , shafiah

aku pun bergegas weh carik gam kemende . punya lah blank aku time tu sampaikan aku terfikir nak staple aje . staple piala kauuu . mana pernah dibuat org . bapak class aku . ambik double tape pun tak jadi . serta merta jadi bodoh . haha .

lepastu , ada kejaiban yg jadi . cencencengg . fadhlan datang kat aku , hulur gam dia . gam tu aku pernah nampak dia guna buat lidi lidi apetah . aku masa tu macam ya Allah dah datang bidadari kepe ni . eh tak bidadara . rasa macam nak peluk fadhlan time tu pun ada tahu .

malangnya , gam tu untuk kayu . piala ni bukan kayu weh .

cuak

shafiah pulak datang kat aku , bagitau yg piala tu piala pusingan . means bulan depan nak guna lagi . kalau nasib baik , kelas aku yg menang lagi , dapat la balik piala patah tu . kalau tak , jatuh ke tangan kelas lain . naya weh naya .

secuak cuak aku , tadak pun rasa nak nangis . hm pelik

sumorang dah nak balik . aku pun nak balik jugak ! fadhlan kata dia nak betulkan . fuhh kau memang terbaekk der . mujur tak bagi flying kiss je time tu . hewhew .

balik rumah , aku plan nak beli yg baru . ceghita kat abah , abah boleh gelak pulekk . duhh . abah kata beli je la yg baru kalau tak dapat baiki . sempoi kan abah ? hehek . malam tu kemain pergi cari gam gajah telinga besar . act , bukan nama dia GAM GAJAH TELINGA BESAR . just sebab background dia ada gambar gajar bertelinga besar . tu je . k .

aku kalau ingat , taknak dah gi sekolah esok . tapi memikirkan ada kem , kuatkan la semangat ni nak mengadap piala patah tu . mungkin juga menadah telinga untuk dibash oleh rakan rakan seperjuangan serta cekgu . hmmmm :(

pagi esok , sampai je terus aku lekatkan . lekat weh ! aku gembira tak hengat . siap warning lagi jangan ada sesapa menggatal nak sentuh . sentuh pun tak boleh derr . hahaha .

lepastu , boleh pulak ada minah gegedik gi main . and patahkan balik ! kau bayang , gam tu tak sebati lagi pun dah ada tangan gatal . dasar mangkuk ayun . beghapi tak hengat ah aku masa tu . ambik gam gajah tu , aku letak atas meja dia suh betulkan sendiri then blah .

tapi kesian kat ketua kelasku , Ikhwan . sebab terpaksa tadahkan telinga dgr teacher zaiya bebel . waaaaaa aku mitak sory infinity . maaf sesangat tau .

lepastu semuaa nak bash aku pasal tu . sindir sindir la . kalau cekgu tanya , ada je la nak dajalkan aku . jahakk gile . siap gelar aku ni 'pematah piala' la . hahahaha .

bukan aku yg salah pun , piala tu murah sangat . haa salah tak ngaku . ngehh .

tu semua memori . mana mungkin aku lupa .


adik mek
heeeee .

le' MJ . eheh .


me - miss Jules 
301210

" Salam, my dear girl Sabella, I LOVE LOVE LOVE Nicky Byrne too! Hahaha, congratulations on your excellent PMR result my lovely girl!

We got a little world of our own
I'll tell you things that no one else knows
I let you in where no-one else goes
What am I doing without you !
haha . love you , Miss Julia Shireen Azmi "
" wsalam . yeah im in love with Nicky . ahah . btw how did you know i love Nicky Byrne ? "
" Well I saw his name in the LIKES section of your profile. It isn't that hard figuring out a teenager - they are predictable ! hohoho ! But only rarely people like Nicky, because he isn't one of the main singers in Westlife . so , when you lookin like dat dat dat ! haha "

_____________________________________________________________________

031211



" salam . Jane , what are you up to ? thinking of your boyfriend ? "
" wsalam . haha . you are thinking of your boyfriend . thats why you ask me . haha "
" hahaha . ok dear , enjoy your holidays . I have to mark 400 scripts of Muet papers . i am thinking of my boyfriend . have a good day Sabella . wsalam "
" okay . you too . enjoy your holidays with the 'awesome' 400 scripts of Muet papers ! haha . yess you are thinking of your boyfriend ! may Allah bless "

________________________________________________________________

140412

" salam . sampai hati kan ada Drama Club Member tahun lepas tak datang langsung tengok kitorang berlatih "
wsalam . miss jangan cakap camtu ! me here feel sentap oh . haha . but i always try to get the latest news about drama team ! lately i'm little bit busy with extra class & others that make my life soo miserable . even my hair gonna be kerenteng because of this stuff . and i don't have any secoet time like before to spend with my westlife ! but i really really miss my super awesome drama team . i miss you , miss dila , all our family drama , how we would stay back after school for practice . all the memories would stuck in my mind until my last breath . sy nokk sangat sangat tgk team drama practice . insyaAllah this week i'll skodeng uolz . maybe i'll ask nur ( lisa poor ) to join me because i noticed that she also stay back . for extra class maybe . btw , where will be the practice ? at hall or library ? "

____________________________________________________________________________

280512

" hai miss "
" the world is 'assalamualaikum' my lovely "
" oh assalamualaikum "
お元気ですか。. waalaikumussalam "
" translate please miss . haha "
" ogenki desuka ? means how are you ? "
" genkides arigatogozaimas "
" heheまた会いましょう . jumpa lagi . assalamualaikum desu ne "
" sayonara . wsalam wbt "


__________________________________________________________________


naa thats my MJ - Miss Julia 

sporting , uptodate , suka travel , err macam macam lah . oh ya , yg penting dia kalau mengajar kepe memang semangatt habes . fuh .

but dia just mengajar form 6 . shes my teacher drama .dia best sesangat huuuu .

hahaha paling tak lupa , boleh pulak dia panggil aku NICKITA . dia NICHOLIA . sebab sama sama minat nicky byrne katanya . ehehe . me miss you teacher . sangat :*


adik mek
moments .

Saturday, December 15, 2012

Hotsentap


" Ha , ada org berkenan dengan anak kau si Din tu "
" hah ? sapa ? "
" anak aku . boleh pulak dia tanya aku Din tu dah ada yg punya ke belum . aku jawab dah nak kawen dah punn "


angkatan macik dah gelak sakan 


aku yg tengah melantak bubur kacang macam nak tersembur tang tu jugakk 


seingat aku , anak macik tu tengok abg time raya haritu jeh . takan terus sangkut kut ? 


Aliaa Amirah - Najmuddin


see ? kemain gebang gebang tunjuk sijil kursus kaweng 


haritu ; mak - aku

" mak , abg mudin dah nikah ! "
" hah ?! "
" ehe . tak le .kursus kaweng "
" Allahh . tak nyempat . laku ke sijil dia kalau ambik kat Indonesia tu ? "


err . kesian kakak tu . jangan patah hati sudah 


adik mek
Najmuddin Mohamad

mandi awal - awet muda


" dah kenapa tak mandi lagi ni ? "
" buat pe mandi ? ngeh "
" org pegi la mandi awal awal . awet muda tahu ? tengok abg mudin , kak long tu . malas mandi . tua aje ghupe dalam gambar "


aku dah gelak sampai tertonggeng


tertarik bibir yg menggelupas ni pedih kut . duhh -,-


adik mek
err wangi dah ?

Friday, December 14, 2012

Nur Sabila Mohamad - ex SMKADG

hey assalamualaikum eberibodehh


dah seminggu aku bercuti as Lepasan SPM 2012 . huehue .

SMKADG - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling 

tapi baru sekarang kut ada kelapangan nak hapdet pasal ni . nak jugak ceghita pasal ni . itte pung ade belog jugak . hihi .

act , kelapangan selama seminggu ni dihabiskan ngadap laptop aje sambil menangis . mana taknya , hari hari layan hindustan . tapi setakat ni baru je 5 movie aku habiskan .

Kya Kehna , Kal Ho Na Ho , Veer Zaara , Kaho Naa Pyaar Hai , 3 Idiots

ngehh . tu kira movie cuti terancang aku letuu .

dari Bella Jane , dah jadi Bella Khan . kau bayang k kau bayang .

espiem ( SPM ) aku habis 051212 . hajat nak snap gamba la sekeping dua . last day lah katakan . semangat wa bawak kemere . tapi semua duk kalut angkut buku teks , yg ni gi sana , yg tu gi situ . so simpan ajelah kemere tu .

balik rumah macam err takkan tadak kut gamba last . wuwu . so semangat tak tanggalkan tudung , dan titibe datang la idea bajet gempak seh . harhar . celah mana gempak pun aku tak tahu la . dahal ambik slip , ambik marker meghoh pastu conteng sikit je . lepastu buat aksi meliuk lentok gitu haa jah pastu ok done .

abah dari atas duk jeling jeling amenda tah aku duk buat . ngeh . sori la abah . anakmu ini memang suka gedik sensorang !

tapi , aku tanak habis sekolah wey . well , dah 5 tahun hidup aku kat sana . sedih , gembira , sakit hati semua nya kat sana . kawan , musuh dalam selimut , kau yg tak habis habis dengki , ustazah yg sentiasa cari kesalahan aku , semua aku jumpa kat sana .

kau rasa kau hebak , kau try ah cari sape ustazah-yg-sentiasa-cari-kesalahan-aku tu

heh

well , tanak cite pasal tu . mood aku yg sedang seronak lagi bergumbira ni tak boleh di-spoilkan . hmm senyummmmmmmm *tarik mulut sampai telinga*

ingat tak dulu masa awal tahun kemain semangat aku nak tukar kelas ? siap buat pakatan axis dengan si Azim . tapi tak boleh . dah tak boleh tu kemain patah hati kauu . harhar .

truth , aku bersyukur sangat sangat tak ditukarkan . kalau tak , aku takkan dapat memori indah sebegini di 5 Al-Bukhari .

seriess aku pelik asal kelas aku riuh sangat tahun ni ?

tapi tu la yg happening . yg buat aku rasa best sangat . oh ya , bebudak laki pun se-poh-ting habis tau ! tak la macam tahun lepas . memasing macam mayat hidup . masuk kelas macam masuk kawasan kubur . pasif habis .

tahun , tiap tiap hari aku macam nak pecah pancreas duk gelak . even aku tak terlibat dalam ke-gelak-an tu , tapi tengok org lain dah buat aku gelak sakan . yang paling aku tak lupa , group riuh belah sana .

sapa lagi kalau bukan azim - farah - khairun - khadijah

kalau time Nizam merapu aduhh lagi la tak menahan .

seriess aku akan rindu moment tu !

well , tak semua org best dalam kelas tu . ada je yg bajet good good . ada je yg bajet tahuu semuaa tapi fakta tu rekaan dia je . ada je yg control ayu tak bertempat sampaikan org tengok pun naik rimas . ada je yg fikir diaa je betul , org lain salah . dia je pandai . org lain bodoh . yang tu aku menyampah . err menyampah dalam diam je . kah !

overall , semua aku baik . tapi ada yg rapat , ada yg tak rapat . manusia .

dari form1 hingga form5 , form 5 paling aku suka . meriah sangat sangat .


 mirah - farah - bella khan ;)

pagi -

hm tak tahu nak letak gamba yg mana satu . banyak sangat . main hentam aje .

pjg sangat dah ni . nekstaim kite sambung ye ? boleh ceghita part yg kite patahkan piala tu ! ngeh .



adik mek
moments .

Tuesday, December 11, 2012

kya kehna

hey assalamualaikum eberibodehh



ini kaseh sayang :')


adik mek
hindi's

Saturday, December 08, 2012

beloved :')


sumpah , aku takut kehilangan 
aku tak reti nak sayang org 
sekali aku sayang , sampai mati aku sayang

aku tanak syg lebih lebih
sebab tu aku mcm acuh tak acuh 
bukan aku tak syg 
bukan

bukan

well , benda lepas dah sgt menyakitkan


kak dek  ;

semua pasal kakak org tahu tau ? tapi org tadak kekuatan nak text , call kakak . nanti nangis . bile dah nangis nak cakap acane ? but now , taleh tahan dah . serius sedih bila teringat balik dulu dulu . 

sekarang . kakak sakit lagi kan ? buat treatment sana sini . sorry tak jd macam dekya , mcm yg lain . yg selalu ada dgn kakak . yg selalu bg kata pendorong . yg selalu jd bahu dan telinga kakak . maaf . org tak sanggup nak dengar . org tak kuat . hati ni rapuh . sangat .

org tanak nangis 

tapi skrg dah melekit kibod

kakak , please kuatkan semangat . tolong ? 

walaupun sy tiada di sisi awak , insyaAllah Allah titipkan doa dari sy untuk kakak .

ingat , sampai bila bila org sayang kakak . even kite tak penah jumpa , tapi rasa syg ni kuat sangat . sejak first comment " jum kenal ? " tahun 2011 haritu , syg ni dah tertumpah dekat awak ;)

walau sy tak tersenarai dalam 'list sayang sayang' awak *hahaha joke* , tapi tempat kakak ada dalam hati sy . dekya pun . 

kakak + dekya = le' kesayangan 

sy tak reti nak tunjuk sayang tu . well , tak semestinya kena tunjuk kan ? sayang tu kita rasa , kita serap .

sy tak rasa kakak akan baca ni . 

but its okay 


as long as my du'a always with you ,

insyaAllah sayang itu akan selamanya .


p/s ; gambar curi lame dahh ;p


adik mek
nur athirah

Friday, December 07, 2012


 tadi ; 8.30 pm

" naaaa "
" eh kau din "
" hehe "
 " datang ngan sape ? "
" mak , abah , adik "
*aku gi salam*
" adik kau neh ? "
" hak'ah "
" asal adik kau lawa ? kau tak pun "
" ngeee "
" aku lagi henseng kan ? "



chait .


oh btw suami kakak tu hensem gila . like a retiss yuu .

eheh 


adik mek
kakak ;)

angel hair la sangat .

hey assalamualaikum eberibodeh


" abg mudin , tgk ni "
" mende ? "
" angel hair - rambut bidadari "

HAHAHA


benda ni la yg buat aku gelak sampai tertonggeng td . GILA .


" sos apa ni ? KETTUM ? "
" ketchup la abah "


ni satu lagi .

nasib aku tak terkencing aje tadi .


adik mek
moment .

Thursday, December 06, 2012

nothing ;D


Ku pergi hanya sebentar sajaBukannya untuk menjauhimuMencuba untuk cari bagaimanaBaiknya untuk berdua
Setelah kuputuskan kembaliKu pulang mencarimu kekasihTetapi kau bukan dirimu lagiKau telah jauh berubahApakah kau sudah temukan yang baru ?
Tolong jangan kau katakanKau sudahJangan-jangan kau fikirkan egomu sajaAku masih di siniBiar kau tahu betapa sulitnyaKu selama ini cintai kamuAku masih denganmu

Cubalah kau ingat kembaliMasa-masa indah dengankuDan jujur apakah semua kini sudah terlambatAtaukah kau sudah temukan yang baru ?

adik mekya . nothing .

Tuesday, December 04, 2012

le' juniors


" akak ? "
*senyap*
" good luck . esok "
" trimas wish kak sabila . doakan akak "
" terbaikk kak ! "
" haha . eh dari mana dapat no ni ? "
" err . jumpe kat tandas . haha . gurau je . k la . tanak ganggu akak "
" hehe . okai . next time kite sambung oke ? bai . "
" take care kak . salam & selamat malam . "

___________________________________________


" best ler duk umah "
" best apanya . sekolah lagi best "
" eh die ni . haih "
" gi sekolah boleh jumpe akak selalu "
" HAHA "

____________________________________________


" buat ape je sekarang ? "
" rilek aje . bosan "
" duk rumah la best "
" tak best . dah la taleh jumpe akak "
" gilaa . haha "


____________________________________________


ini sopan ;3

tahun depan awak tak jumpe dah kak sabila awak ni .

 takde la org yg awak nak usik dari jauh lagi . eheh .

gonna miss yu , budak :')

belajar rerajin .


adik mek
- kakak senior .

Sunday, November 25, 2012

hey assalamualaikum eberibodeh


fer ; hawak , saiko . 

eheh 

err hawak gi mana senanya ? at least bagi ler kite tahu hawak sehat ke idok . idok ler kite riso semacam . ni hawak senyap aje manjang . hm . kita kan geng ?

dulu hawak kata , kalau kite ada masalah , kite boleh bagitau hawak . sekarang ni kite tgh ada masalah ni . tak tertanggung dah rasanya . tapi hawak tadak pun ? 

ke hawak yg bermasalah ni ? hawak tak bagitau kite pun ? geng apa macam ni ? 

parang nak ?

hm banyak nak cite kat hawak .

tapi hawak tah kemana . kite cite sini aje tau .

hariz balik lagi . grr seghabut kite ! tak habis habis nak mengacau kite aje . haha . tapi kan hawak , dia dah pandai panggil panggil kite dah . sekali dia laung " acu " mak aii kuat kemain . kite lak yg letih menyahut panggilan dia . 

err malas ah nak sambung .

HAHA .


adik mek
i love you .

Friday, November 23, 2012

anak tiri

hey assalamualaikum eberibodeh

hari itu

" bella gi mana tadi ? "
" naik kelas . buang masa duduk situ "
" oh tadi umi belanja minum "
" oh . ok "

kalau kau dah rasa macam tak diperlukan , perlu ke tunggu ?

kalau pendapat kau tak diambil kira dan diketepikan , perlu ke tunggu ?

kalau org dah sindir sindir suruh blah , perlu ke tunggu ?


capai beg , straight ke atas blok .

heh .

adik mek
egoiz

Sunday, September 16, 2012

hey assalamualaikum eberibodehh

tah pape lower six sch aku neh --"
gegeh . HAHA .
gelak sensorang aku . hakhak .
adik mek
euw .
hey assalamualaikum eberibodehh

teka aku ada kat mana sekarang ? HAHAHA .

tapi yg pasti , bukan di bumi terengganu :)

lari membawa hati yg luka . hakhak ayat macam nak terjun bangunan der . 

5 pagi tadi turun dengan sememeh kat taman . sendiri . tengok kejora . best ! earphone sangkut kat telinga . tapi lagu apa yg aku dengar pun taktau la .

err tak tahu nak tulis apa lagi . blank .

adik mek
feels good .

Saturday, September 08, 2012

hey assalamualaikum eberibodeh


asal korang taleh jadi macam abg2 aku eh ? sory kalau aku terlalu mengagung-agungkan both of 'em . tapi siriyes , aku terlalu respect dorang .

***

balik rumah mood tak tentu hala .

rasa nak marah tapi nangis .

rasa benci .
   
tapi aku tak tahu sebab apa .

aku perlukan sorang untuk aku share segala , lepas semua .

no one .

adik mek
Allah ringankanlah .

Thursday, August 23, 2012

openg hauss .

hey assalamualaikum eberibodehh

kenyang oh kenyang . Alhamdulillah .

mamat baju biru tadi henseng gila woh . 
rayban hitam , dslr , levis . maana aku tak melting .

jiran sekampung je . hihi . anak ustaz .

dahla macam chinese fuhh macho ileww .

tapi ...


adik mek
he's married .

Wednesday, August 22, 2012

abang !


second eid | rumah cik lah

" abg mudin lawa tak baju org ? "
" lawa . "
" org lawa tak ? hee ."
" mesti la lawa "

adik mek
iye ?

first raya baru nak hapdet ni wehh

hey assalamualaikum eberibodehh

act , aku ada konflik sikit dengan mak abah aku . sebab tu terhasilnya entry bawah ni :|

tapi sekarang dah ok . Alhamdulillah , Eidulfitri yang membawa seribu keberkatan .

pagi 1 syawal tu , siap siap . family aku tadak tema . sumorang sukati je nak pakai warna apa . sempoi kan ? hahaha . aku tak tahu baju aku warna apa sebab corak dia macam karpet kat tadika --" . hijab aku rembat pink je . pink terang uols . silau ai .

aku tak pergi pun masjid . salunya cantu la tiap tiap tahun . aku duduk rumah , kemas sikit sikit apa yang patut . ehem ada tak di kalangan mak mertua yang baca blog aku ni ? ada tak ?!

oh tahun ni aku raya dengan mak , abah , abg mudin , abg pi , kak fishah , hariz kecik . kak long dan abg masri raya kedah tahun ni . tapi harini dorang balik sini jugak . tak sabarnyewww nak jumpa akif darwisy !

macam biasa , bila abah dan abg abg aku dah balik masjid , tralala sesi bermaafan ! macam lawak bila ingat ingat sebab turn mak abah aku salam , sume larik masuk bilik . pastu bila mak dah jerit suruh keluar , baru laa keluar . salam ikut turn la weh . yang tua the first la . aku ? paling last hehek .

fer the first time selama aku hidup 17 tahun ni , aku ungkapkan

" abah , mak , org mintak maaf banyak banyak ."

hm . selama ni aku malu . bodohnya aku . nak mintak maaf dengan parents pun malu . 

tapi tahun ni aku rasa lega sangat . rasa macam terlepas tanggungan yang amat berat . Alhamdulillah ya Allah sebab bagi aku kekuatan ucapkannya . kalau tak sampai harini aku rasa tak tenang .

menangis time sesi bermaafan tu wajib tau ! 

hahaha

lepastu tunggu je orang datang rumah . rumah aku memang cantu . first and second raya buat makan . memang orang tau dah . sebab tu rumah penuh . nasib baik ada kakitangan cukup . kalau tak kerja basuh pinggan , angkat gelas pinggan tu sapa nak buat ? orang datang bersesak-sesak kena cekap weh . kalau tak tak sempat la nak pusing gelas pinggan tu .

aku suruh azim and the geng datang taknok . tahun depan korang tak datang siap !

aku gi cari kat rumah . hahaha

petangnya , gi rumah mak long kat belakang rumah . watlek je jalan kaki reramai . syiokk .

 hariz bushukz

mencelah titiba




amboi kemain comel . HAHAHA .


" abah , tahun depan org dapat tak lagi duit raya ? "
" tak dah . kite kan dah belajar jauh nanti "

adik mek
raya ohsem .

Friday, August 17, 2012

hey assalamualaikum eberibodehh 

dah isi borang matrik . mintak mintak la dapat . phew .

kalau boleh aku nak jauh . nak lari jauh jauhh dari rumah . thats the best way . bukan dengan cara lari rumah tak tentu hala .

aku rasa , kalau aku dah sambung belajar nanti , aku tak balik rumah dah . 

kalau balik rumah sekadar nak tambahkan dosa sumorang , buatpe kan ?

raya aku balik la 

hm

tak sabarnya nak keluar dari rumah . kalau dapat gi oversea lagi bagus .

act tu memang cita cita aku . tapi aku fikirkan mak . mak macam tak bagi . tapi kali ni , aku nekad . kalau aku dapat , aku rembat terus . peluang sekali seumur hidup weh . bodoh kalau tolak .

aku ada Allah je sekarang . aku tadak sape sape dah :')

adik mek
bai .

Saturday, August 11, 2012

saya dah gosok gigi . rawrr :3

hey assalamualaikum eberibodehh

" nak tidur pukul berapa ? "
" err ntah ."
" kejutkan abg mudin pukul 3 "
" okeh "


lupe . abg dah janji dengan abah tadi :)

adik mek
searching fer Lailatul Qadr'

Wednesday, August 08, 2012

hey assalamualaikum eberibodehh

tuesday | 1500 p.m
kak fishah , abg pi , abg mudin , guwa

" eh apa ni yang wangi sangat ?"
" org ingatkan minyak rambut . cologne adik ghupenye haih ."
" HAHAHA "

adik mek
merrily .

Sunday, August 05, 2012

stalkers vs haters

hey assalamualaikum eberibodehh

entah . taktahu nak kata apa . kontroversi sangat ke entry aku sebelum ni ? aku rasa normal . baideweii , aku ni tuan tanah kedaung .

siang tadi kat sekolah . perlu ke bash aku centu ? entah aa . satu je kat fikiran aku tadi . korang semua kuno . sorry , tapi pemikiran korang macam budak darjah satu .

ingat time darjah satu dulu ? pantang rapat siket mula la haaa timah kapel ngan dolah . pastu gelar gelar sampai setahun . aku rasa entry aku tu bukan merenyam sangat . aku ni 17 tahun . ada hati ada perasaan .

ingat . aku buat blog bukan sebab nak publisiti ke retis kepe . aku nak tulis hal kehidupan seharian aku . kau nak baca aku tak kisah . tapi perlu ke menganjeng sampai ke sekolah ? perlu ke ? perlu ke ? aku tak paksa kau baca . kau yang follow updates aku . means kau ni stalker . 

blog aku ni blog sampah je . langsung tadak manfaat kat orang lain . diri aku je . aku buat blog ni , bukan kacau orang . jadi kau tak perlu susah susah .

i need readers , not spreaders 

kau yang selama ni tak pernah tahu menahu akan kewujudan blog aku ni , boleh tanya aku centu tadi . aku dah dapat hidu perangkap kau . aku bukan bodoh .

hormat sikit la privasi org lain 

serious sekolah tadi dari pagi memang best . syiok gila sampai aku tak berhenti ketawa berdekah dekah dari time chemiyo , addmath , biology , arabic . tapi bila kau tanya " sabila tulis apa kat blog semalam ?" , titiba mood aku mati . kau bunuh jiwa aku . nada kau memang menyindir . kau dah tahu , lepastu kau buat buat tanya .

" sukati aku la . blog aku " -me

aku jawab tu je . terkilan sebenarnya . 

aku tahu budak tu yang sebarkan . heh dasar mulut koyak . skati aa . langsung tak luak . 

bukan sampai tahap aku nak delete blog . banyak memori yang disemat kat sini . aku ambik keputusan untuk tukar link . sorry korang , dah tadak benda untuk kau umpat . InsyaAllah kau tak kan jumpa 'poppyimut' lagi ;)

adik mek
KUNO + DARAKS 

Saturday, August 04, 2012

me is ayu aww .

hey assalamualaikum eberibodehh

siriyes aku rasa bapak ayu tahap giga dah neh . pagi tadi pegi pasar dengan baju kurung . sampai sekarang pun baju kurung lagi . tidur tergolek tadi pun with baju kurung . mak apa ni ?

act saje je buat buat gempak . hahaha . takat pakai baju kurung pun nak kecoh pahall .

abang najmuddin balik harini . yeehaa *goyang inulx* .

susahnya jadi remaja ni . jadi budak berusia mencecah 17 tahun . haih jangan mengeluh . semua tu perlu dilalui . ni baru 17 , bukan 27 . 27 nanti nak fikir kaweng segala bagai pulak . HAHAHA . kenapa perlu di caps-lockkan ? kenapaaa ??

aku benci 17 tahun . tapi ada manisnya . siriyes , manis lebih banyak dari pahit . semua tu pasti aku rindu nanti . PASTI . ok ini perlu di caps-lockkan .

17 tahun ni la banyak aku kenal manusia . kenal awak , kau , dia , orang tu , orang ni , kau yang ada style , kau yg macam dude herlino , kau yg salu kena bahan , kau yg gelak mcm org tak sedar diri , kau yg comel .
eh ada ke yg comel kat kelas aku tu ? huweks .

17 tahun ni jugak hati aku banyak kali sakit . sampai koyak rabak . sampai macam tu tahu . kau la yang buat . heh dasar hingusan .

kalau  kau baca entry ni , kau mungkin tahu . tapi mustahil . sangat mustahil .

17 tahun ni aku mula rasa sesuatu . aku cuba untuk hindar jauh jauhh . sebab aku tahu ia memudaratkan . aku kan rock .

astarghfirullah . maaf ya Allah .

adik mek
HACKS

Thursday, August 02, 2012

siapa kau ?

hey assalamualaikum eberibodehh

tadi dapat tengok gambar kelas jap . cilok ngan ikhwan . hee .

tenung lelama ngan Fadzi . dia ambik jari aku , tunjuk kat muka budak tu .

"hoi asal pulak ?"
"mulut boleh tipu . hati ? heh ."

adik mek
nonsense !

Sunday, July 15, 2012

sayang kau bang .

conv fadhlan & me :)

" bella ."
" hm ?"
" aku nak tanya satu hal . ada orang suruh tanyakan ."
" pahal ?"
" cerpen yg kau buat tahun lepas , yg dalam majalah sekolah tu , kau buat sendiri eh ?"
" hak'ah aa ."
" oh ."
" sape yg tanyakan ?"
" hanif ."
" huh ? sape ?"
" hanif form6 ."
" ohh . asal tanya ?"
" dia kata best sangat . tak caya kau tulis . dia kata kau copy mana mana ."
" koya aa copy . sendiri a weh . cg hafilah yang suruh aku buat ."
" suruh buat cerpen cenggitu ?"
" tak aa . dia suruh je buatkan 1 cerpen ."
" oh ."

dear abang hanif kuh ! *huwekk*
       
        er thanks atas keprihatinan lu bang . guwa nak kasitau , copy paste bukan profession guwa . yes guwa arif yang lu famous dengan kepetahan lu mengatur bait kata . i mean , debat , syarahan segala bagai . tapi gua rasa , lu tak boleh jadikan kebolehan lu tu sebagai lesen untuk mempertikaikan kemampuan guwa . serious guwa kaget gila time fadhlan tanya . guwa tak sangka lu caring sangat pasal guwa . aww lu buat rock guwa runtuh aa bang . lagi satu , guwa tak layan aa takat takat glamor atas hasil org lain . itu glamor murah la bang . plus , guwa bukannya batak sangat . lu persoalkan centu macam guwa ni sememeh sangat a bang . Alhamdulillah setakat ni , bm guwa kekal A+ lagi . sentap guwa . k aa bang . guwa sayang lu . mmuah . eh tak boleh mmuah . lu lelaki ajnabi . bai .

cerpen tu , tulis pakai hati . tulah hasilnya :)

adik mek
fuh legaa .

kelas menambah . 140712


pondok depan bilik kaunseling

" tepi sikit . nak ambik bag ."
" ambikla ."
" .... "
" nak ambik semuaa pun tape ."
" .... "
" dengan kami kami pun boleh ambik ."
" ... "

blah .

aku bukan barang murah .

adik mek
annoy .

Saturday, June 30, 2012

ke rumah hariz bushukz

hey assalamualaikum eberibodehh

semalam jumpa Hariz Aqashah . jumpa mak dia , ayah dia . kak fishah & abg pi la ehe .

pahal gambar ni nampak gemuk weh ?????  . stail mak mak dah neh :O


adik mek
lalala

Friday, June 29, 2012

janji haritu , KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2012 . amboi siap caps lock .

hey assalamualaikum eberibodehh

seperti yang dijanjikan hari tu . 

140612-150612 ada kem kepimpinan pengawas kat Marang Waterfront Resort . tempat dia boleh tahan la . tapi bau busuk mak ai mungkin sebab dekat dengan pasar . mungkin . tak tahu la kut kut ada yang tak senonoh melepas merata . 

sebenarnya , time memula tahu pasal kem ni , satu je yang terfikir kat kepala hontaks ni . TAK NAK PERGI . tapi sebab takut cikgu marah , terpaksa la . pergi kem dengan muka tak semenggah . tahu macam mana ? lebih kurang macam kambing tersepit kentut ehe . 

bertolak ke sana tengah hari , selepas tunaikan kewajipan kat surau sekolah . alah resort tu dekat je . tapi dan dan je aku tidur dalam bas . sampai sampai je terus eh kita kat mana ni . apahal . 

sepakat stay satu bilik ; afira , gee , amirah , yaya , aku . aku bawak beg macam nak duduk seminggu . budak laki selamba dek je bawak beg galas je . aku ? alah aku bawak seterika . tu pun nak mention ke . dasar gila glamor . titiba .

masuk bilik , bukak tudung , landing atas katil . eh titiba la pulak dengar suara cikgu salleh kat luar bilik . jerit suruh keluar cepat . hahaha mana kitorang tahu kena keluar balik . nasib tak mengembara di alam maya lagi . kalau tak , bersimpuh la cikgu salleh duk menunggu rombongan kitorang .

hai cikgu salleh anak suhaimi yang henseng *lambai*

petang tu , abang-abang faci sampai . dorang dari Kelab Remaja Isma Malaysia ( KRIM )
- abang marwan
- abang nizam
- abang arif
- abang firdaus

ada riadah sikit . plus dengan aktiviti kat taman permainan kat sebelah resort tu haa .

selesai pukul 6.45 p.m . pukul 7 dah nak kena gerak gi masjid . kau bayangkan acane keadaan kitorang time tu ? dengan tak makan petang lagi . cara aku senang je , skip makan . mintak kunci kat afira , terus naik bilik , mandi .

sambil tunggu amirah siap , on tv3 jap . seindah sakura episod last oh ! sempat tengok 2 minit je kut . azim text suruh turun . k .

turun kat lobi , kitorang berempat je ada ( aku , afira , amirah , yaya ) . lahai bapak bapaknya pun tak turun lagi . mak mak selebihnya tu lagi la tak turun . tilik apa tah yang lama sangat . 

gerak ke masjid dalam group . sumpah feeling time terawih weh ! syiok !

malam tu ada la aktivitinya . kenali personaliti . oh aku 'perfect melancholy' . ehee . pastu kena pecahkan belon . sebagai simbolik pecahkan comfort zone kitorang . oh malam tu jugak abang bakri & kak nadia sampai . dorang suami isteri .

pagi esok konon romantika tengok sunrise kat muara . best woo . 

untuk Amazon Race , aku join group TERBAEKK . ramai junior form 4 . itu yang best :)) . oh yang paling aku tak lupa :
- disindir abg firdaus sebab tak ingat hadis . err .
- makan durian .
- panjat pagar dengan aksi ganas gila .
- nyanyi lagu anak nabi .
- kena sabotaj . grr .

lepas solat jumaat , ada program Selangkah ke Parlimen . debat la weh . serious , time ni yang paling gila awesome  , paling manis , paling memori . debat dia lain dari yang lain tau . ada 5 group :
- persatuan bekas mat rempit dan minah rempit .
- alumni pengawas disiplin SMKADG .
- persatuan ibu mengandung se-trinidad .
- barisan penganggur-penganggur professional .
- majlis ulama' ISMA .

tau kumpulan Terbaekk dapat apa ? Barisan Penganggur-Penganggur Professional . well , that us . hakhakhak ! 
last , majlis penutup .






bertolak pulang ke SMKADG .
that's all :))

p/s : sekeping pun tadak gambar aku ! cis .

adik mek
things end . but the memory last forever .

Friday, June 22, 2012

tembak kau sampai pitam .

hey assalamualaikum eberibodehh

nizam sangat sangat menganoyingkan tahu ! eeeeeeee geram nye aku rasa macam nak tampar kau dengan slipe jepung !

kau kan kalau dah start buat blur kau tu , sampai ke sudah la kan ? eeeeeee nasib aku sumbat benda tu dalam beg kau . kalau tak , ada kau nak baiki ? NON-ADO ! 

heh kau jangan sampai aku tarik tarik rambut kau sampai botak . kau nak try , kau buat la sekali lagi . 


adik mek
*asah parang*

Sunday, June 17, 2012

who cares tah *jeling*

hey assalamualaikum eberibodehh 

aku gedik ke ?

hahaha tak kisah la . orang nak kata apa pun . 

tapi macam tersentap jugak bila dengar . ehem titiba macam sedih rasa . hahahaha terbukti aku gedik *lempang diri sendiri*

pernah dengar pasal 'what goes around comes around' ? hidup kita ni macam roda kan ? kejap kat atas , kejap kat bawah . harini orang kata kat kita . tak mustahil esok hari orang tu dikata oleh orang lain pulak .

apahal cakap macam tamil . hihi :)

siapa yang makan lada , tanggunglah pedas naik ke muka .

peace . no offence :))

bai . may Allah bless . saya comel *titibaaaaaa*


adik mek
shesh ! lap sekarang .

takdok tajuk ah !

hey assalamualaikum eberibodehh

takdok is tiada . sekian .

jahak . jahak . jahak . jahak . jahak . jahak . jahak . jahak . jahak . jahak . jahak . jahak .

mu jahak jahak jahak .

menyesal aku percaya sangat dengan kau . well salah aku . 

again , salah aku .

apa apa yang terjadi , salah aku .

walau sikit , sakit jugak hati aku . bak kata sabella jane , VIBRATE HATI WOI ! 

kalau dah mulut macam loji tahiks , sampai bile bila pun macam tu ke ?


adik mek
beghapii !