Monday, November 25, 2013

River Cruise

hey assalamualaikum eberibodeh

guwa kat UM dah ni. dah seminggu lebih dahhhh ._.

sadis gak ah time nak naik bas malam tu. tapi bila fikirkan balik, kalau aku tak go on je, bila nya aku nak habis PASUM kan. haa so kita follow the flow aje la. nak tak nak, redah je. april 2014 dah grad pasum dah. weeee.

satu hal yang buatkan aku semangat balik nak go through second sem ni, adalah kawan kawan aku kat sini. Shira & Fatin especially. kalau takde dorang, tak tahu la betapa krik krik krik nye hidup aku kat sini. bila duduk dengan dorang, mesti gelak kaw kaw punya. sehari memang tak sah kalau tak gelak. at least, masalah sebesar stadium bukit jalil pun boleh lupa.

:)

2 minggu pertama semester ni, relax sikit lah. sebab kitorang cuma ada lectures aje. haa lepas 2 minggu ni siap sedia la nak kurus balik. relax pun takde la relax sangat. lecture still sampai petang. cuma ada la masa free sikit sikit untuk keluar exercise ke, jogging ke. hamboi beriadah sangat khonn.

plan pagi tadi nak keluar exercise. tapi titiba aku sakit perut pulak. so Shira & Fatin je la yang pergi. pastu dorang suruh aku turun kafe,  brunch ( bekpes + lunch ) sekali. pastuuu kitorang melencong ke tasik kolej ni jap. saje je tawaf satu pusingan. lagipun, dah lama tak jejak tasik.




" asyik tudung piiinkkk aje " - abg

alah der. kata taiko hati pink? hihi.

bajet river cruise sangat. pui. idea sape lagi kalau bukan aku. wahaahah.

__________________________________


haaaaa semalam titew pegi Masjid Jamek ( jalan tar ) dengan kakak & abg titew. sonot angat. hahahh tampo kang!

abg firdaus aku dah pindah sini. so dekat je la. kalau dulu, aku keluar dengan family kakak aku je. tapi sekarang keluar ramai ramaiiii :D

diorang datang ambik aku kat UM, pastu naik lrt kat stesen kerinchi ramai ramai. haha macam lawak pun ada gak. anak anak sedara aku, Hariz & Akif la ni punya pasal. nak naik Thomas katanya --"

aku tak beli banyak barang pun. rembat tudung & jubah je sehelai. pastu beli barang kraft. banyak survey barang untuk Malam Emas ( dinner UM ) nanti je. hehe. 

Malam Emas tu lambat lagi. nanti kite story k! hehe.

titiba je dah petang. alah tak sempat nak beli barang barang lain. takpe, kak long cakap next week nak keluar lagi. aku nak gi Popular or Kinokuniya senanya. nak beli stationery. tapi kalau pegi KLCC pun ok gak. boleh pegi Kinokuniya pastu buat buat tersalah masuk converse sekali. ehem. 

wahahahahah

adik mek
all the best, diri sendirik.
hehe

Saturday, November 09, 2013

Happy 3rd Anniversary, sayang!

hey assalamualaikum eberibodeh

ehem hem. nebes pulak aii ber-sayang sayang ni. hiks.

9 NOV 2013


happy 3rd anniversary with ohjiwataiko. dah 3 tahun dah ye kau tadah telinga dengar aku ceghita macam macam. ni kalau homosapien ni dah boleh berlari lari dah -,-

birthday kau ni sehari sebelum birthday aku. hiks.

dah masuk 3 tahun ni, banyak yang berubah. design, cara penulisan, macam macam la. kalau dulu nak blink blink aje kan. lebih lebih lagi time memula start blogging dulu. cursor pun stok yang keluar glitter glitter. adoi.

yang tu takpe lagi, yang paling tak menahan bila letak widget 'welcome to my blog'  bersepah sepah kat muka blog. bukan satu, bukan dua tapi tiga nyah nyah sekalian oi. selagi ada penjuru selagi tu aku tepek.

tambah pulak dengan lagu yang takde butang pause. bela hamster pulak tu. ehh ikan pun ada jugakk. adeh sungguh buruk perangai ye anak anak. mohon jangan ikut jejak langkah guwa zaman jahiliyah dolu dolu.

tapi aku tak tulis bahasa wempitzx tau. haa benda ni je yang aku bangga dengan diri aku kahkah.

bila baca balik entry entry zaman tok kaduk dulu adoi nak terburai pancreas den. sangatlah berhingus. bila makin lama tu, semakin la ada improvement dari segi kematangan. just like seasons, people changes katanya.

awal awal dulu aku tak kenal ramai blogger sangat pun. tyra, kak dek pastu ada la seketul dua lagi. bila aku aktif time lepas spm haritu, haaa baru la aku kenal ahkak ahkak, adik adik, abg2 blogger sekalian alam.

nah aku tujukan lagu sempena anniversary ni kahkah


takde motif pun. cuma aku suka dengar lagu ni haha. satu je aku musykil, vokalis dia tu tak gheti duduk diam diam ke? haih

thanks ya for those memories & moments. lets tighten the bond of our ukhuwwah and may Allah bless these relationships foeber.

:)

eh jap. tak habis cakap lagi ni hihi. harini dah genap 2 minggu aku stay kat rumah. tinggal lagi seminggu then aku dah kena blah balik UM. tak tahu lah apa perasaan sekarang ni. sedih ke meghoyan ke happy kepe. entohler.

yela, nak buat apa stay kat sini lama lama. kau pun bukannya ada lagi dekat restoran tu.

sampai hati kan. pergi tak bagitau :/ cis

aku ingatkan kau kerja lagi kat situ. aku jejak je bumi terengganu pagi sabtu tu, malam tu terus aku ajak abah pegi makan kat sana tau? guwa carik lu, tapi tak jumpa T__T

lu dah masuk belajar ke? entohler. guwa pun tak tahu satu hape maklumat pasal lu. nama pun guwa tak tahu. lu asal dari mana, dah kerja ke, tgh study ke? eh guwa tanya sape ni -..- kita ni kan, setakat guwa tengok lu, pastu lu tengok guwa ah malu pulak guwa titibe hiks.

guwa dengan lu ni, boleh jumpa lagi ke in future? hm.

guwa tahu lu orang baik baik. sejuk hati guwa bila festaim tengok lu. dari cara lu pandang guwa pun guwa tahu :)

belajar agama banyak banyak lagi tau? pastu lu cari guwa eh?

inshaAllah ameen


adik mek
Allah,
ease our way :)

Thursday, November 07, 2013

Le' Doctors

Hey Assalamualaikum eberibodeh

hm nak dekat 2 minggu dah aku duk melangut kat rumah ni. Sabtu ni genap la 2 minggu. Kalau ikutkan hati aku, Sabtu ni aku dah nak fly balik UM. 

'Fly' sangat khonn.

Jumaat lepas ye ye je aku nak beli tiket. Tensi katanya duk rumah. Tapi sebenarnya aku balik 16/11 ni. Mak abah aku tak kasi balik awal. Kalau aman bahagia takpe la jugak. Kalau ada abang aku tu takpee la jugak. Ni dahla ada geng geng laki yang renovate rumah aku tu. Habis privacy titew. Nak berkudis pala hotak aku doplohpatjam pakai tudung.

Takpe la. Setitik peluh bagi wanita yang menutup aurat kan Allah janjikan pahala. Gitu :')

Aku balik cuti ni semata mata nak jumpa abang aku je. Sebab sekarang ni dia kerja dekat Pahang dan asik sebok aje memanjang. Lagipun dia bertunang time bulan doblas nanti aku dah tak balik dah. Sampai je rumah pagi sabtu dalam pukul 5 pagi camtu ah, aku masuk bilik, tengok tengok dah ada makhluk terbongkang dalam bilik. Abang aku ah sape lagi. Pastu jumaat lepas dia balik lagi. Balik dengan kawan dia, Hidir. err Abg Hidir. Abg sangat kan. ptui.

Ekceli ada kenduri kawan dia. Zul & Qurratuaini. Both of em kawan dorang time belajar kat Indonesia dolu dolu. Hidir stay kat rumah. Tapiii bukan Hidir sorang je. Haa Sabtu malam tu lagi 2 orang kawan dorang sampai. Fizan ( Seremban ), Faiz ( Melaka ). Semua stay kat rumah aku. So kiranya ada perhimpunan doctors la dekat rumah den. Ala ala gathering gitu nyah.


Aku banyak duduk dalam bilik je. Tapi still kena pakai tudung. Sebab anytime je mak aku boleh panggil. Tapi dorang tu lawak ah. Aku yang duduk dalam bilik pun boleh berdekah dekah bila dorang duk ajuk si syasya-macam-shomell tu err -..-

Selasa memasing dah gerak balik. Abang aku & Hidir pun dah balik ke Pahang. Titibe rasa macam sedih bila dorang nak balik. Emo tak pasal. 

Lenkali datang la lagi abang abang doctors sekalian ya :)

Baru je aku nak merasa free sikit , datang si pe-renovate-ss rumah puleks. ai aii nyampah lak aii.

Semalam macik & sepupu aku datang rumah. Sepupu aku tu lelaki. Eh jap sepupu ke dua pupu eh? Sebab mak aku & mak dia sepupu so aku & dia dua pupu lah kan?

Pelis lah people. Aku memang A- bab bab salasilah keluarga ni -..-

Hensem? Em takdela hensem sangat. Tapi hensem gak. Sedap mata memandang la kiranya haha. Aku ingatkan yang datang sekali tu isteri dia. Ghupe ghupenye mak aku cakap tu gelpren dia. Ooooo i seeeee. HAHA

Err sebelum balik semalam dia ada tegur aku. Terkezut gak titew.

Iyela
ingatkan org tak perasan kite wujud
macam bebuat tak nampak jee kan

Lagi satu,
nasib tak tertelan sudu. aku tengah makan tepung pelita masa tu. Ehm.

Dia tegur apa? Ah mana boleh bagitau :P

shh. haha

adik mek
-Dr Naj
-Dr Hidir
-Dr Fizan
-Dr Faiz
Tcares ;)