Monday, December 31, 2012

all the best kakak :*

hey assalamualaikum eberibodehh

kak dek - 1:11:58 am

" mitak tolong boleh ? baca yassin sesama jom ? now . tak tenang aa . tadi mimpi arwah tok , akif . lepas ada macik katil sebelah meninggal . cuakk . takut . kalau tak tidur lagi , jom baca yassin sesama . kalau dah nak tidur , takpe la "


kakak , harap yassin & mathurat semalam membantu . harini kan ? jangan nervous , doa banyak banyak . zikir jangan tinggal . lapangkan fikiran daripada segala perkara yg menyesakkan . fikirkan yg indah indah .  jangan pernah lupa Allah walau sesaat . doa kami buat kak dek takpernah kering . ingat kami selalu ada untuk kakak :')


nanti bila kakak dah sembuh , kita jadi macam dulu balik eh ? sayang buat kak dek tak pernah kurang . sayang kakak selamanya , insyaAllah sampai syurga .



ALL THE BEST . MAY ALLAH BLESS YOU . 


adik mek
much love <3


tertengok gambar ni .

Allah . macam tak sangka gila betapa 'kurusnya' aku sekarang ??!

siriyes gambar ni memang memuhasabahkan diri guwa . argh . kemain sehat pipi wa kan ?

masa ni dah cani , besar besar nanti agaknye cane eh ?



ala , bila dah start belajar nanti , kurus la . ikat perut la katekan ? 


KUT ?

adik mek
anorexia 

Sunday, December 30, 2012

rutin penganggur

hey assalamualaikum eberibodehh


duh letih gila kut . baru je lepas sapu sampah kat luar rumah . dekat depan rumah aku ada pokok rambutan kan so daun nye tetiap hari luruh . dahla banyakk . bahagian yg kena sapu nye tak la luas sangat . setakat nak buat court badminton moleh aa . 

abang pulak tak bangun bangun . mak suruh join sekali sebab banyak weh daun daun tu . kalau banyak jadi susah aa nak kaut segaligus . aku tunggu jugak dia turun last last tak turun pun . grr nak je aku naik pastu ketuk ketuk kepala dia dgn batang penyapu tu .

tadi dia turun , pastu main aucak aucak pulak . bila dia tanya , aku jawab jerit jerit sampai jiran depan rumah bangun tidur mencacak . geram weh geramm !!



mengharap ? tak perlu kut . org tak sudi .

adik mek
kasar .

sepupu pelik dah kaweng . jumpa oyen .

hey assalamualaikum eberibodehh


semalam gi kawen . jangan terkejut . iye memang aku la yang tak kawen . abg lan a.k.a sepupu yang aku tak pernah tegur . hm . tak rapat kut . dia pun tak tahu kewujudan aku ni as cousin dia . sikit aku tak kesah . tak hensem langsung . 

time akad nikah aku tak masuk pun dalam masjid . just duduk kat luar . kat pondok sensorang . terjumpa sekor kuceng ni . melepak sakan kat pondok tu . nama apa tah . yang penting bukan Betty kuceng si tyra tu . oh ya aku panggil kuceng pondok tu ' oyen ' . omey dak ? 

oyen ada kurap . act aku allergic sikik dengan kuceng . dulu tak pun . boleh je peluk peluk cium cium . sejak bila tah jadi allergic dengan bebulu dia . tambah kalau kena bahagian mata aku . pergh seharian la bersin sampai bengkak bengak hasilnya . 

kerja aku ambik gambar oyen aje . eh aku pun terselit sekali tau . hihi . sesi camwhore bersama oyen lah kiranya . 

ain , le' sepupu kerja kat kedai kasut you . hmm macam teringing jugak nak pi . masyuk weh boleh shoping baju tudung kasut jeans . hmmmmmmmmmmmmmmmm . kenapa hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm panjang sangat tah .



untuk tatapan sahabatku yg merinduiku setelah sekian lama tak berjumpa , kau tatap lah gambar ni puas puas . aku cakap aku obes kau tak caya . haa kau nengok ah nengok pipi bertelur tu ! stress wa cani . tak caya aku asal . hah tengok ler tengokkkkkkkkkkkkk !!!!!!!!!!!!


adik mek
oyen si kuraps .

Thursday, December 27, 2012

ketakutan --"


" berat adik berapa ? "
" aaaaa asal ? nampak gemuk eh ? "
" tak . ok aje . cuma nampak adik berisi sikit je "

__________________________________________________________


" abg mudinn . berat org dah naik tau ? "
" tu la . dahla kite tu perempuan . lagi la senang naiknya "
" aaaa . joging nak ? "


__________________________________________________________


memang aku sendiri perasan pun makin gemuk . baru berapa minggu je bercuti kat rumah dah naik der . hii .


adik mek
obes ~

ini bukan pasal christmas

hey assalamualaikum eberibodehh


TOLONG ANGGAP HARI INI 251212


well , harini hari lahir kak long .


aku ingat nak wish pukul 12 semalam tapi tah cane terbabas . khusyuk sangat online sampai pukul 1 baru
aku wish . tahu kak long dah tidur tapi takpe la . at least tetengah dia mamai bagun pagi esok , dia baca la text aku tu . kiranya aku ni first person la yang wish ya . tapi tak tahu la kut abg masri ( le' husband ) dah wish awal awal . huuu .

sayang sebab tahun ni kak long tak balik . kebiasaanya dia balik , cuti krismas kan . act tahun ni tak dapat balik sebab si suaminya tak dapat cuti . cait kau ni mmg me-spoil-kan betul la bang . grr .

kalau kak long , boleh celebrate sesama kan ? macam tahun lepas , 251211 , hari sebelumnya aku , abah , abg pi & abg naj keluar jap . abg naj & aku dah plan dari rumah lagi nak belikan kek untuk kak long then buat suprise esok harinya . kak long tak sampai lagi masa tu . dalam kereta , abg naj suruh aku bagitau abg pi . 

" err "
" apa ? nak bagitau apa ? "
" err ntah abg mudin "
" bagitau je . abg pi ok je dengan adik adik abg pi "
" org ingat nak belikan kek untuk kak long . sepraiss "
" hak'oh ok jugak tu . cun ah "

241211

abg naj & abg mudin adalah org yg sama . hahaha k .


yang tak menahan , bila nak lintas jalan , abg pi & abg naj semangat pimpin tangan aku . time tu , aku duk tengah tengah then diorang berdua pegang sorang sebelah tangan aku . err adik awak ni dah 16 tahun kut masa tu -,-

abah masa tu dah melencong ke mana tah . dia kata kawan kawannya ramai kat situ . siap kata dia tu abang long kat kawasan tu sebab tu semua kenal dia . apakah .

pilih punya pilih , ambik la kek apa tah . tak ingat dah namanya . suruh tulis sikit ucapan kat atas tu . then blah .

time melintas jalan nak balik , abg 2 ekoq tu buat lawak apetah . aku dah ketawa sakan tepi jalan tu . org lain tgk pelik aje ah tak pedulik pun . yang penting , hari tu paling bahagia untuk 2011 .

kak long sampai rumah adala dekat dekat nak maghrib . semangat der sorokkan kek . sorok dalam peti aje tapi kak long tak godek peti agoknye sebab tu dia tak nampak . malam tu , aku , abg pi , abg naj lepak sesama dalam bilik pastu plan nak suprise-kan cane kat kak long . plan masa tu konon nak bagi blackout , letak kek kat luar pintu bilik kak long pastu ketuk . hahaha tapi tak buat pun sebab apetah .

pagi esok je la suprise nya . kak long tak sangka gila kut sebab selama ni mana ada bagi hadiah kepe . konon tu birthday paling spesel letuw . hehhh .

aku rasa kek tu aku aje yang habiskan . best woo .

tahun ni taleh dah la nak celebrate . cuma abg pi aje yg balik . huuu




AKEK PEYUTT :'|

adik mek
Eena Rahayu Mohamad

Tuesday, December 25, 2012

piala part II

hey assalamualaikum eberibodehh


dalam entry >SEMALAM< , aku ada sebut kan pasal class monitor , Ikhwan aku yg tadah telinga dgr teacher zaiya tu kan ?


naa dia gi sambung ceghita tu kat belog dia dah


HAHAHA


nak baca ? >SINI<



eh navy hensem kan ? nak nak bila dia pakai uniform navy dia tu . pehh macho ilew . solid to liquid haku . heh .


adik mek
all about PIALA

Monday, December 24, 2012

MISTERI : siapa patahkan piala itu ? ( masuk mastika siapp )

hey assalamualaikum eberibodehh


dalam entry haritu >SINI< aku ada bagitau nak sambung pasal piala patah kan ?

harhar

- sebelum kejadian -
gee | aku
aku is the pemegang piala

nak tahu ? boleh . dengan syarat kau jangan bash aku lepasni pasal hal ni dah . jangan nak balun aku kepe time ambik result espiem nanti . boleh ? hihi

230512

hari last for mid year exmination . haritu exam apetah . biasa kalau hari last tu macam arab . ye kut arab . arab exam satu paper je haritu . yg heavennya , exam start pukul 11 la lebih kurang . malam sebelumnya study pun macam nak tak nakk je . arab paper 1 . 

" alah kemon lah arab paper 1 je pung . kacang "

konon dalam pale hotak bebudak time tu . tapi aku tak . ngeh kononn . lagipun , exam dah nak habis dah . so aura merdeka tu kitorang dah rasa awal awal . tak tunggu esok dah rasa macam dah freedom habis .

haritu , lepas habis exam , terus gi surau nak zuhur . then aku dan khairun , naik la kan melepak atas kelas . duduk dekat sudut belakang . meja cikgu . wah kemain berlagak menyantai kat meja guru . takpe , seingat aku , aku tak duduk atas kerusi cekgu pun . tak berkat tahu meletakkan bontot di atas kerusi guru .

melepak bukan sesaje . masa tu dah merana 1/4 mati fikirkan esok , khamis , jumaat , sabtu ada kem kat sekolah . biasalah form 5 kem merata rata . tapi stay kat hostel aje dengan bebudak hostel . aku dan khairun ni dah macam eh kenapaa la ada kem lelepas exam ni . buat la sebelum kepe . aduh ganggu ke-freedom-an guwa betul . udah ler exam tu dah macam nak kerenteng ramvut uols . 

oh ya , aku dan khairun budak luar .

kalau time exam , mesti keadaan tak terurus . pakai jilbab pun macam sarung guni beras . muka masam macam tambah sos cili thai . stress to the max lah konon .

kali ni , pihak pengurusan sekolah ke asrama tah , sibuk suruh bebudak ni cari geng and baru boleh dapatkan bilik . selama ni leklok je main redah je masuk . so yang jadi masalahnya sekarang , aku dan khairun taktau nak stay kat mana . bebudak hostel dah cop bilik bilik untuk kawan kawan dia . aku dah macam duhh nak tidur kat mana ni ?

dalam kepala aku ada 2 tempat je masa tu

BALKONI & SURAU 

heh sempoi tak wa ? *korek hidung*

kitorang kan melepak kat meja guru kan . time tu aku tenga main main dengan piala yg ada kat atas meja tu . ekceli piala tu dapat sebab kelas kitorang , 5 Al-Bukhari menang kelas tercantekkk uols . tepuk sikit la kawangg . apakah . haha .

kau bayang k . aku dahla tengah geram membara bara masa tu memikirkan nasib esok hari ni , aku ketuk piala tu kat kompang yg ada kat atas meja tu jugak . aku ketuk dengan kadar yg sederhana oke . serius momentum tak kuat . serius .

titibe , kepala piala tu patah . mak oii separuh heart attack aku . dengan baki piala yg masih di tangan , mulut aku terbukak sebesar bulatan kompang tu sambil jerit " aaaaaaaaaaaaaaa khairunnnn !! "

khairun pulak yg dijeritnya . dahal aku yg buat

time tu , dalam kelas , makhluk lain yg ada ; saiful , fadhlan , shafiah

aku pun bergegas weh carik gam kemende . punya lah blank aku time tu sampaikan aku terfikir nak staple aje . staple piala kauuu . mana pernah dibuat org . bapak class aku . ambik double tape pun tak jadi . serta merta jadi bodoh . haha .

lepastu , ada kejaiban yg jadi . cencencengg . fadhlan datang kat aku , hulur gam dia . gam tu aku pernah nampak dia guna buat lidi lidi apetah . aku masa tu macam ya Allah dah datang bidadari kepe ni . eh tak bidadara . rasa macam nak peluk fadhlan time tu pun ada tahu .

malangnya , gam tu untuk kayu . piala ni bukan kayu weh .

cuak

shafiah pulak datang kat aku , bagitau yg piala tu piala pusingan . means bulan depan nak guna lagi . kalau nasib baik , kelas aku yg menang lagi , dapat la balik piala patah tu . kalau tak , jatuh ke tangan kelas lain . naya weh naya .

secuak cuak aku , tadak pun rasa nak nangis . hm pelik

sumorang dah nak balik . aku pun nak balik jugak ! fadhlan kata dia nak betulkan . fuhh kau memang terbaekk der . mujur tak bagi flying kiss je time tu . hewhew .

balik rumah , aku plan nak beli yg baru . ceghita kat abah , abah boleh gelak pulekk . duhh . abah kata beli je la yg baru kalau tak dapat baiki . sempoi kan abah ? hehek . malam tu kemain pergi cari gam gajah telinga besar . act , bukan nama dia GAM GAJAH TELINGA BESAR . just sebab background dia ada gambar gajar bertelinga besar . tu je . k .

aku kalau ingat , taknak dah gi sekolah esok . tapi memikirkan ada kem , kuatkan la semangat ni nak mengadap piala patah tu . mungkin juga menadah telinga untuk dibash oleh rakan rakan seperjuangan serta cekgu . hmmmm :(

pagi esok , sampai je terus aku lekatkan . lekat weh ! aku gembira tak hengat . siap warning lagi jangan ada sesapa menggatal nak sentuh . sentuh pun tak boleh derr . hahaha .

lepastu , boleh pulak ada minah gegedik gi main . and patahkan balik ! kau bayang , gam tu tak sebati lagi pun dah ada tangan gatal . dasar mangkuk ayun . beghapi tak hengat ah aku masa tu . ambik gam gajah tu , aku letak atas meja dia suh betulkan sendiri then blah .

tapi kesian kat ketua kelasku , Ikhwan . sebab terpaksa tadahkan telinga dgr teacher zaiya bebel . waaaaaa aku mitak sory infinity . maaf sesangat tau .

lepastu semuaa nak bash aku pasal tu . sindir sindir la . kalau cekgu tanya , ada je la nak dajalkan aku . jahakk gile . siap gelar aku ni 'pematah piala' la . hahahaha .

bukan aku yg salah pun , piala tu murah sangat . haa salah tak ngaku . ngehh .

tu semua memori . mana mungkin aku lupa .


adik mek
heeeee .

le' MJ . eheh .


me - miss Jules 
301210

" Salam, my dear girl Sabella, I LOVE LOVE LOVE Nicky Byrne too! Hahaha, congratulations on your excellent PMR result my lovely girl!

We got a little world of our own
I'll tell you things that no one else knows
I let you in where no-one else goes
What am I doing without you !
haha . love you , Miss Julia Shireen Azmi "
" wsalam . yeah im in love with Nicky . ahah . btw how did you know i love Nicky Byrne ? "
" Well I saw his name in the LIKES section of your profile. It isn't that hard figuring out a teenager - they are predictable ! hohoho ! But only rarely people like Nicky, because he isn't one of the main singers in Westlife . so , when you lookin like dat dat dat ! haha "

_____________________________________________________________________

031211



" salam . Jane , what are you up to ? thinking of your boyfriend ? "
" wsalam . haha . you are thinking of your boyfriend . thats why you ask me . haha "
" hahaha . ok dear , enjoy your holidays . I have to mark 400 scripts of Muet papers . i am thinking of my boyfriend . have a good day Sabella . wsalam "
" okay . you too . enjoy your holidays with the 'awesome' 400 scripts of Muet papers ! haha . yess you are thinking of your boyfriend ! may Allah bless "

________________________________________________________________

140412

" salam . sampai hati kan ada Drama Club Member tahun lepas tak datang langsung tengok kitorang berlatih "
wsalam . miss jangan cakap camtu ! me here feel sentap oh . haha . but i always try to get the latest news about drama team ! lately i'm little bit busy with extra class & others that make my life soo miserable . even my hair gonna be kerenteng because of this stuff . and i don't have any secoet time like before to spend with my westlife ! but i really really miss my super awesome drama team . i miss you , miss dila , all our family drama , how we would stay back after school for practice . all the memories would stuck in my mind until my last breath . sy nokk sangat sangat tgk team drama practice . insyaAllah this week i'll skodeng uolz . maybe i'll ask nur ( lisa poor ) to join me because i noticed that she also stay back . for extra class maybe . btw , where will be the practice ? at hall or library ? "

____________________________________________________________________________

280512

" hai miss "
" the world is 'assalamualaikum' my lovely "
" oh assalamualaikum "
お元気ですか。. waalaikumussalam "
" translate please miss . haha "
" ogenki desuka ? means how are you ? "
" genkides arigatogozaimas "
" heheまた会いましょう . jumpa lagi . assalamualaikum desu ne "
" sayonara . wsalam wbt "


__________________________________________________________________


naa thats my MJ - Miss Julia 

sporting , uptodate , suka travel , err macam macam lah . oh ya , yg penting dia kalau mengajar kepe memang semangatt habes . fuh .

but dia just mengajar form 6 . shes my teacher drama .dia best sesangat huuuu .

hahaha paling tak lupa , boleh pulak dia panggil aku NICKITA . dia NICHOLIA . sebab sama sama minat nicky byrne katanya . ehehe . me miss you teacher . sangat :*


adik mek
moments .

Saturday, December 15, 2012

Hotsentap


" Ha , ada org berkenan dengan anak kau si Din tu "
" hah ? sapa ? "
" anak aku . boleh pulak dia tanya aku Din tu dah ada yg punya ke belum . aku jawab dah nak kawen dah punn "


angkatan macik dah gelak sakan 


aku yg tengah melantak bubur kacang macam nak tersembur tang tu jugakk 


seingat aku , anak macik tu tengok abg time raya haritu jeh . takan terus sangkut kut ? 


Aliaa Amirah - Najmuddin


see ? kemain gebang gebang tunjuk sijil kursus kaweng 


haritu ; mak - aku

" mak , abg mudin dah nikah ! "
" hah ?! "
" ehe . tak le .kursus kaweng "
" Allahh . tak nyempat . laku ke sijil dia kalau ambik kat Indonesia tu ? "


err . kesian kakak tu . jangan patah hati sudah 


adik mek
Najmuddin Mohamad

mandi awal - awet muda


" dah kenapa tak mandi lagi ni ? "
" buat pe mandi ? ngeh "
" org pegi la mandi awal awal . awet muda tahu ? tengok abg mudin , kak long tu . malas mandi . tua aje ghupe dalam gambar "


aku dah gelak sampai tertonggeng


tertarik bibir yg menggelupas ni pedih kut . duhh -,-


adik mek
err wangi dah ?

Friday, December 14, 2012

Nur Sabila Mohamad - ex SMKADG

hey assalamualaikum eberibodehh


dah seminggu aku bercuti as Lepasan SPM 2012 . huehue .

SMKADG - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling 

tapi baru sekarang kut ada kelapangan nak hapdet pasal ni . nak jugak ceghita pasal ni . itte pung ade belog jugak . hihi .

act , kelapangan selama seminggu ni dihabiskan ngadap laptop aje sambil menangis . mana taknya , hari hari layan hindustan . tapi setakat ni baru je 5 movie aku habiskan .

Kya Kehna , Kal Ho Na Ho , Veer Zaara , Kaho Naa Pyaar Hai , 3 Idiots

ngehh . tu kira movie cuti terancang aku letuu .

dari Bella Jane , dah jadi Bella Khan . kau bayang k kau bayang .

espiem ( SPM ) aku habis 051212 . hajat nak snap gamba la sekeping dua . last day lah katakan . semangat wa bawak kemere . tapi semua duk kalut angkut buku teks , yg ni gi sana , yg tu gi situ . so simpan ajelah kemere tu .

balik rumah macam err takkan tadak kut gamba last . wuwu . so semangat tak tanggalkan tudung , dan titibe datang la idea bajet gempak seh . harhar . celah mana gempak pun aku tak tahu la . dahal ambik slip , ambik marker meghoh pastu conteng sikit je . lepastu buat aksi meliuk lentok gitu haa jah pastu ok done .

abah dari atas duk jeling jeling amenda tah aku duk buat . ngeh . sori la abah . anakmu ini memang suka gedik sensorang !

tapi , aku tanak habis sekolah wey . well , dah 5 tahun hidup aku kat sana . sedih , gembira , sakit hati semua nya kat sana . kawan , musuh dalam selimut , kau yg tak habis habis dengki , ustazah yg sentiasa cari kesalahan aku , semua aku jumpa kat sana .

kau rasa kau hebak , kau try ah cari sape ustazah-yg-sentiasa-cari-kesalahan-aku tu

heh

well , tanak cite pasal tu . mood aku yg sedang seronak lagi bergumbira ni tak boleh di-spoilkan . hmm senyummmmmmmm *tarik mulut sampai telinga*

ingat tak dulu masa awal tahun kemain semangat aku nak tukar kelas ? siap buat pakatan axis dengan si Azim . tapi tak boleh . dah tak boleh tu kemain patah hati kauu . harhar .

truth , aku bersyukur sangat sangat tak ditukarkan . kalau tak , aku takkan dapat memori indah sebegini di 5 Al-Bukhari .

seriess aku pelik asal kelas aku riuh sangat tahun ni ?

tapi tu la yg happening . yg buat aku rasa best sangat . oh ya , bebudak laki pun se-poh-ting habis tau ! tak la macam tahun lepas . memasing macam mayat hidup . masuk kelas macam masuk kawasan kubur . pasif habis .

tahun , tiap tiap hari aku macam nak pecah pancreas duk gelak . even aku tak terlibat dalam ke-gelak-an tu , tapi tengok org lain dah buat aku gelak sakan . yang paling aku tak lupa , group riuh belah sana .

sapa lagi kalau bukan azim - farah - khairun - khadijah

kalau time Nizam merapu aduhh lagi la tak menahan .

seriess aku akan rindu moment tu !

well , tak semua org best dalam kelas tu . ada je yg bajet good good . ada je yg bajet tahuu semuaa tapi fakta tu rekaan dia je . ada je yg control ayu tak bertempat sampaikan org tengok pun naik rimas . ada je yg fikir diaa je betul , org lain salah . dia je pandai . org lain bodoh . yang tu aku menyampah . err menyampah dalam diam je . kah !

overall , semua aku baik . tapi ada yg rapat , ada yg tak rapat . manusia .

dari form1 hingga form5 , form 5 paling aku suka . meriah sangat sangat .


 mirah - farah - bella khan ;)

pagi -

hm tak tahu nak letak gamba yg mana satu . banyak sangat . main hentam aje .

pjg sangat dah ni . nekstaim kite sambung ye ? boleh ceghita part yg kite patahkan piala tu ! ngeh .



adik mek
moments .

Tuesday, December 11, 2012

kya kehna

hey assalamualaikum eberibodehh



ini kaseh sayang :')


adik mek
hindi's

Saturday, December 08, 2012

beloved :')


sumpah , aku takut kehilangan 
aku tak reti nak sayang org 
sekali aku sayang , sampai mati aku sayang

aku tanak syg lebih lebih
sebab tu aku mcm acuh tak acuh 
bukan aku tak syg 
bukan

bukan

well , benda lepas dah sgt menyakitkan


kak dek  ;

semua pasal kakak org tahu tau ? tapi org tadak kekuatan nak text , call kakak . nanti nangis . bile dah nangis nak cakap acane ? but now , taleh tahan dah . serius sedih bila teringat balik dulu dulu . 

sekarang . kakak sakit lagi kan ? buat treatment sana sini . sorry tak jd macam dekya , mcm yg lain . yg selalu ada dgn kakak . yg selalu bg kata pendorong . yg selalu jd bahu dan telinga kakak . maaf . org tak sanggup nak dengar . org tak kuat . hati ni rapuh . sangat .

org tanak nangis 

tapi skrg dah melekit kibod

kakak , please kuatkan semangat . tolong ? 

walaupun sy tiada di sisi awak , insyaAllah Allah titipkan doa dari sy untuk kakak .

ingat , sampai bila bila org sayang kakak . even kite tak penah jumpa , tapi rasa syg ni kuat sangat . sejak first comment " jum kenal ? " tahun 2011 haritu , syg ni dah tertumpah dekat awak ;)

walau sy tak tersenarai dalam 'list sayang sayang' awak *hahaha joke* , tapi tempat kakak ada dalam hati sy . dekya pun . 

kakak + dekya = le' kesayangan 

sy tak reti nak tunjuk sayang tu . well , tak semestinya kena tunjuk kan ? sayang tu kita rasa , kita serap .

sy tak rasa kakak akan baca ni . 

but its okay 


as long as my du'a always with you ,

insyaAllah sayang itu akan selamanya .


p/s ; gambar curi lame dahh ;p


adik mek
nur athirah

Friday, December 07, 2012


 tadi ; 8.30 pm

" naaaa "
" eh kau din "
" hehe "
 " datang ngan sape ? "
" mak , abah , adik "
*aku gi salam*
" adik kau neh ? "
" hak'ah "
" asal adik kau lawa ? kau tak pun "
" ngeee "
" aku lagi henseng kan ? "



chait .


oh btw suami kakak tu hensem gila . like a retiss yuu .

eheh 


adik mek
kakak ;)

angel hair la sangat .

hey assalamualaikum eberibodeh


" abg mudin , tgk ni "
" mende ? "
" angel hair - rambut bidadari "

HAHAHA


benda ni la yg buat aku gelak sampai tertonggeng td . GILA .


" sos apa ni ? KETTUM ? "
" ketchup la abah "


ni satu lagi .

nasib aku tak terkencing aje tadi .


adik mek
moment .

Thursday, December 06, 2012

nothing ;D


Ku pergi hanya sebentar sajaBukannya untuk menjauhimuMencuba untuk cari bagaimanaBaiknya untuk berdua
Setelah kuputuskan kembaliKu pulang mencarimu kekasihTetapi kau bukan dirimu lagiKau telah jauh berubahApakah kau sudah temukan yang baru ?
Tolong jangan kau katakanKau sudahJangan-jangan kau fikirkan egomu sajaAku masih di siniBiar kau tahu betapa sulitnyaKu selama ini cintai kamuAku masih denganmu

Cubalah kau ingat kembaliMasa-masa indah dengankuDan jujur apakah semua kini sudah terlambatAtaukah kau sudah temukan yang baru ?

adik mekya . nothing .

Tuesday, December 04, 2012

le' juniors


" akak ? "
*senyap*
" good luck . esok "
" trimas wish kak sabila . doakan akak "
" terbaikk kak ! "
" haha . eh dari mana dapat no ni ? "
" err . jumpe kat tandas . haha . gurau je . k la . tanak ganggu akak "
" hehe . okai . next time kite sambung oke ? bai . "
" take care kak . salam & selamat malam . "

___________________________________________


" best ler duk umah "
" best apanya . sekolah lagi best "
" eh die ni . haih "
" gi sekolah boleh jumpe akak selalu "
" HAHA "

____________________________________________


" buat ape je sekarang ? "
" rilek aje . bosan "
" duk rumah la best "
" tak best . dah la taleh jumpe akak "
" gilaa . haha "


____________________________________________


ini sopan ;3

tahun depan awak tak jumpe dah kak sabila awak ni .

 takde la org yg awak nak usik dari jauh lagi . eheh .

gonna miss yu , budak :')

belajar rerajin .


adik mek
- kakak senior .