Thursday, January 27, 2011

somebody to love : episode1

'kringgggggg....!!!!'

     "cikgu,,time's up..!dah rehat..!"  Amin bersuara mencetus kesunyian.
     "dey tambi,,pe kes..??! tak sabar-sabar..kau tak nampak ke yang cikgu tengah mengajar lagi tu..??"
     "hey,,kau tu ketua kelas..aku nih ketua exco kebajikan kelas kita nih.aku mesti la jaga kebajikan anak-anak buah aku.kau tak tau,,yang diorang semua ni dah lapar kebulur." jawab Amin selamba.siap ada unsur-unsur bongkak lagi u..!
     "huh! dah start nak gaduh le tu! dah...dah..jangan nak jadi macam anjing dengan kucing lak!"    Syada cuba melerai kekecohan yang mungkin terjadi.biasanya,,Ayub yang tolong mengamankan kelas kalau ada kekecohan sikit.maklum le,,ketua kelas katakan.tapi,,dah sekarang ni ketua sendiri yang nak gaduh..pe kes..?? terpaksa la penolong nye yang masuk campur.
     "okey,,sampai di sini saja untuk hari ni.pastikan esok awak hantar kerja rumah yang saya bagi semalam.saya nak check.awak semua boleh rehat sekarang."
     "semua bangun...terima kasih cikgu..!"  lantang suara Ayub diikuti oleh pelajar-pelajar 4 Al-Bukhari.


     sebaik saja Cikgu Muni melangkah keluar,,masing-masing meluru bagaikan tidak sabar lagi untuk rehat.kebisingan dan keriuhan pelajar jelas kedengaran di sana sini.kalau betul-betul diamati,,hmmmm....macam langau hurung bangkai.

     situasi sebegini memang dah biasa sangat dah.tak ada apa-apa lagi yang hendak diherankan...dah lali pun kata orang..!

dalam kesibukan itu,,kelihatan Syada melambai-lambaikan tangannya ke arah Farah.Farah yang sememangnya sudah faham,,tunggu sebentar di koridor.

     "jom Farah,,ikut aku pergi bilik buku teks.ada lagi la budak kelas kita yang tak dapat buku.."
     "orait,,lagipun,,kita tak dapat lagi kan buku bahasa arab yang baru tuh.apa kata kita ajak si Razif dan Asyraf..boleh tolong bawakkan buku-buku tu nanti."
     "beres..."   sambil matanya melilau mencari kelibat Razif dan Asyraf.
     "Asyraf! Razif...sini kejap...!"   Syada melaung sebaik sahaja ternampak kelibat mereka berdua.


     sejurus,,selepas itu kelihatan mereka berempat meninggalkan blok tingkatan 4.  Razif dan Asyraf rancak bercerita tetapi Syada hanya mendiamkan diri.hanya sesekali dia menyampuk.dalam fikiran dia sekarang,,hanya terbayangkan seseorang..

               ***

     mereka berempat dah sampai... cuma muka bos aje yang belum nampak.sape lagi,,Cikgu Arman la..  tapi diorang tak tunggu lama,,sejurus kemudian kelibat cikgu kelihatan.

     "cikgu,,kami datang nak ambik buku teks yang tak cukup." Asyraf memulakan bicara
     "boleh..! awak semua ni dari kelas mana..??"
     "kelas 4 Bukhari cikgu.pastu,,boleh tak kalau kita nak ambil buku teks bahasa arab yang baru tu..?  tanya Syada sambil tersengih-sengih
     "ermmm,,boleh..tapi cikgu tak pasti la berapa buah lagi yang tinggal dengan cikgu sekarang.awak kira dulu."

     sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik buku teks (BBT),,Syada memberi senarai buku teks yang perlu dicari kepada Razif dan Asyraf.senang saja mereka menerima arahan Syada.

     "Farah,,tolong aku kira buku bahasa arab nih.kau kira yang bahagian sana,,aku kira yang sebelah sini."   pinta Syada
     "okeyy..!"


     sedang asyik membilang,,mata Syada tertumpu ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang melangkah masuk.setelah diamati,,rupa-rupanya si Akasyah juga ada di situ..!

     apabila pandangan mereka bertemu,,Kasyah terus terduduk..  aikk,,ape kes..??mujur ada sofa kat situ,,kalau tak,mau biru bontot u..!


    dalam hati Syada masa tu,,harap sangat-sangat yang Kasyah akan tegur dia walaupun sikit cinonet..!  tapi,,tak tegur pun.nak pandang muka Syada pun tak nak.anyway,,Syada tak kesah.. mungkin kawan dia yang sorang ni malu kot!

     Syada berlalu sendirian ke almari buku,,meninggalkan Farah yang tekun gila mengira..

                                                                            bersambung...

No comments:

Post a Comment