Friday, January 28, 2011

somebody to love : episode2

     Syada merenung jauh ke luar tingkap.tiba-tiba,,dia teringat akan perkenalannya dengan Kasyah akhir tahun lepas.mereka berdua dah lama kenal,maklum la,,1 sekolah sejak form1 lagi. tapi,,kenal gitu-gitu aje la.. mereka mula jadi kawan apabila si Kasyah meng'add' Syada kat dalam fesbuk. pastu,,entah macam mana,,hubungan mereka jadi  rapat. mungkin boleh diibaratkan sebagai 'teman tapi mesra'. ecehh... mungkin sebab mereka berkongsi minat yang sama,,dan mungkin jugak ada chemistry antara mereka berdua..

     "hoi minah..! kau layan blues ea.."  sergah Farah dari belakang.
     "opocot mak kau!! terkezut aku..! maana ada.."
     "dah tu,,yang duk termenung je macam kena tinggal di laki.."  Farah menoleh Syada.
     "dah...dah.. amacam buku teks tu..?? dah siap kira?? cukup tak??"  Syada cuba untuk mengubah topik
     "tak cukup.. berjanggut aku tunggu kau kat luar tu. alih-alih kau sodap-sodap aje landing kat sini.."  Farah mendengus perlahan.
     "ya Allah.sorry sangat-sangat Farah... aku mintak maaf..maafkan aku eh.."
     "heii,,aku gurau je la.. kau ni serius sangat la.siap nak nangis lagi.ape laa.." Farah mengekek ketawa.sememangnya itu la Syada yang dia kenali sejak sekolah rendah lagi.amat takut sekiranya ada orang yang terasa hati dengannya.memang dia amat menitikberatkan hati dan perasaan orang lain.seingat dia,,sepanjang dia berkawan dengan Syada,,tidak pernah sekalipun hatinya terguris dek kelakuan Syada.malah,dia amat menyenangi sikap Syada yang mudah untuk menuturkan kata maaf.

     Razif dan Asyraf telah siap menunggu di luar  dengan buku-buku teks.setelah memaklumkan kepada cikgu tentang bilangan buku yang tidak cukup,,mereka berempat beredar ke kelas.Kasyah hanya mengerling sekilas.

               ***


     angin yang berhembus mencuri-curi masuk melalui tingkap bersebelahan dengan tempat duduk Syada dan Jannah.oppps! bukan curi-curi masuk,,menceroboh kot! ye laa,,dah kesemua cermin tingkap takde.. kalau time hujan,,terseksa uooollss...! habis basah buku.nak belajar pon dah tak boleh nak concentrate. ini tak boleh jadi,,mesti diselesaikan dengan secepat mungkin..bukan sahaja tingkap yang ada masalah,,bahkan kipas pun tak berfungsi! kipas berderet ada 3 bijik,,tapi,,sebijik pun tak berfungsi. hampeh betoi. takkan setahun nak tahan hidup macam ni?? den tak sanggup..

     "Jannah!" Syada mencuit lengan Jannah,,jiran sebelahnya.
     "ye,,amende..." Jannah buat muka toya.
     "ni,,pasal tingkap kita nih.takkan nak biarkan ternganga macam ni aje,,awak sanggup ke nak tadah aje muka awak tiap-tiap kali hujan??"
     "tak sanggup..! dah tu,,kita nak buat macam mana..kita kan dah buat aduan kat guru kelas..."
     "haaa....tu la masalah nye,, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat..!"  Syada melepaskan tumbukan geram ke atas meja. serentak dengan itu juga pandangan seisi kelas tertumpu ke arah nya.
     "hee... sorry.."
     "sambung citer tadi,, amacam kalau kita mintak tolong dengan Amin. dia tu kan ketua exco kebajikan" sejurus selepas itu Jannah dan Syada mengulum senyum.

     mereka berdua berjalan beriringan ke tempat duduk Amin. kelihatan Amin sedang rancak berbual dengan best friend nya,,Syamsoul. siap dengan gaya tangan lagi u..! hmmpp...

     "Amin,,kitorang ada hal nak bincang dengan kau." Syada menepuk meja Amin.
     "yess,,apa yang boleh saya bantu..??" Amin membetulkan tali leher. haktuiihh..berlagak betoi!
     "aku serius ni Amin. kau jangan memain.. ni antara hidup dan mati aku dengan Jannah nih."
     "ecehh,,jangan mare wahai penolong ku yang gojes.. ok,,back to da point..apa yang boleh aku tolong??"
     "kami nak mintak tolong kau settle kan masalah tingkap tu.." Jannah bersuara sambil menunding jari ke arah tingkap tersebut.
     "kalau cuaca elok,,takde masalah walaupun kitorang rasa macam duduk kat tepi pantai.. kitorang laaagi suke.masalahnya kalau hari hujan. habis basah buku kitorang. nak belajar pun takde mood."  luah Jannah lagi.

     Amin mengerut-ngerutkan dahinya sambil mencatat sesuatu di atas buku notanya.
     "oooooo.... itu masalahnye.... takpe-takpe..mr.muscle ada membantu. hohoho.."
     "tapi,,apa kita nak buat hah?" Amin mengajukan soalan,,mungkin pada dirinya sendiri..

     beberapa minit berlalu semuanya terdiam dan mula berfikir bagaimana cara yang paling efektif untuk menyelesaikan masalah ini. lalat bertenggek di hidung pun sudah tidak dihiraukan lagi. punya la concentrate nak cari idea.

     "hah....aku tau caranya!" Amin memecahkan kebuntuan sambil menggaru hidungnya yang tidak gatal.sejurus selepas itu dia tersengih. pasti ada sesuatu yang bermain di kepalanya..


                                                                  bersambung...

2 comments: