Wednesday, February 02, 2011

somebody to love : episode3

     "ape dia..??" serentak Jannah dan Syada bertanya.
     "dia? siapa dia tu..??" Syamsoul yang tidak tahu hujung pangkal cerita mula merapu segheben.
klepap!
     "dey tambi! kalau tak tahu,,jangan nak menyampuk.. lembab betul!" Amin melepaskan penamparnya ke bahu Syamsoul,, kemudian menoleh ke arah Jannah dan Syada.
     "sebenarnya cengini,, apa kata kita kidnap tingkap bahagian lain pastu kita letak la kat tempat duduk korang tu..amacam..?? bombastic tak idea aku?" Amin mengangkat keningnya.

     Syada membulatkan matanya dan tersengih sendirian seakan memikirkan sesuatu.

     "betul... idea kau tu memang la kekar, tapi kita nak ambik tingkap yang bahagian mana..??"
     "laaa...kita ambik je la yang belakang tempat Vee tu." kata Amin sambil menjuihkan mulut nya.
     "kalau Vee marah?? camno?." soal Jannah sedikit bimbang.
     "alaahh,,tak marah nye.bukannya kita ambik yang sebelah dia,,kita ambik tingkap yang paling belakang.kalau ada apa-apa,,biar aku yang bertanggungjawab. jom ikut aku.."

     mereka berasa sedikit lega dengan jaminan Amin. huh,,entah boleh percaya ke tidak mamat nih!
di belakang,,mereka terus menjalankan operasi dengan secepat mungkin.

     "oii cik kak,,cik abang.. ape yang korang nak buat ni hah..??" Vee mula mencekak pinggang.
     "eh,,kura-kura dalam perahu cik enon,,pura-pura tak tahu konon...kau tak nampak lagi ke apa yang kitorang buat nih?" Amin berpantun. Syada tergelak kecil, geli hati mendengar pantun dua kerat si Amin.
     "huh,,sebal gue!" Vee merengus kasar.

     mereka bertiga tidak menghiraukan karenah Vee yang lebih dikenali sebagai Veedik, gabungan antara Vee-gedik.sebaliknya meneruskan proses menanggalkan cermin tingkap.

     setelah beberapa minit tidak mendapat respon daripada mereka bertiga,, Vee mula bersuara
     "hey,, korang jangan la ambik tingkap kat sini!"
     "apsal pulak? suka hati kitorang lah." Amin menjawab.
     "nanti basah dekat tempat aku pulak!" Vee tidak mahu mengalah.
     "mak oii,, Veedik,, tempat kau tu jauhnya 2 km dari tingkap yang aku nak ambik ni. lagipun,,kalau hujan tak kena tempias nye dekat tempat kau tu. kalau angin monsun utara selatan baru la terkena kau." Amin membidas sinis.
     "aku cakap jangan,,jangan la! korang ni tak berperikemanusiaan langsung!"
     "Syada,,Jannah korang jangan hiraukan si Veedik tu. macam la kau tak kenal dia. jom kita pasang tingkap-tingkap ni kat tempat korang." Amin berbisik perlahan setelah melihat muka Syada dan Jannah yang gusar.
     "bye..bye Veedik,, lenkali kitorang datang ambik lagi ehh.." sakat Amin sambil melambai-lambai bak miss universe.

     mereka berlalu meninggalkan Vee yang sempat lagi menghadiahkan jelingan maut plus mengancam kot!

                    ***

     malam mula melabuhkan tirainya. angin malam yang menampar tubuhnya yang cuma dibaluti t-shirt warna biru muda yang nipis tidak langsung dirasai oleh Kasyah. fikirannya tidak langsung berada di situ., sebaliknya jauh mengenangkan tentang peristiwa di bilik BBT pagi tadi. Kasyah duduk menopang dagu.

     aku mintak maaf Syada. bukannya aku tak nak tegur kau tadi..aku,, aku malu. malu dengan kawan-kawan kau. ye la,,kau dari kelas A,, aku pulak kelas corot. aku rasa sangat yang aku tak layak kawan dengan kau Syada. bukannye aku tak suka kawan dengan kau,, suka sangat-sangat..! lagipun,,baru ni aku ada dengar khabar angin yang mengatakan pelajar perempuan kelas A ni tak suka  dengan perangai kitorang yang dari kelas corot nih. meluat dengan kitorang. aku terasa la jugak sikit-sikit. aku mintak maaf sangat Syada..


     malam itu dibiarnya sepi..

                    ***

     "woi, cepatlah. loceng dah nak bunyi. kau makan nasi ke kira nasi?" Farah menepuk perlahan bahu Nani. tak faham betul dia dengan Nani. makan selalu lambat. entah apa yang dilamunkannya. Farah sekadar menjeling tajam ke arah Nani.
     "tengah masak nasi." kata Nani selamba seraya menyuapkan nasi goreng perlahan-lahan.
     "malas aku layan kau. jom...Syada."
     Syada bangun,, mengorak langkah ke kelas bersama Farah.

     "hommaigod!" Syada terjerit kecil.
     "kenapa..?? why..?? limaza..??" hambek kau,, 3 bahasa keluar u..!
     "tu..." Syada menjuihkan mulutnya.

     kelihatan Kasyah sedang duduk terbongkok di hadapan bilik Jawatankuasa Kekemasan Pelajar. tidak lama kemudian,, Cikgu Latif keluar. ditangannya terdapat sebilah gunting dan satu set peralatan menggunting rambut.

     "haa.. aku tahu.." Farah menyeringai kesukaan. di dalam kepalanya sekarang dapat mengagak apa yang akan dilakukan Cikgu Latif kepada Kasyah.
     "dah... jom kita guna lorong lain.." Syada menarik tangan Farah. tak sampai hati rasanya mahu melihat apa yang akan terjadi seterusnya.

     tiba-tiba,, terdengar suara sumbang pelajar kelas 4 At-Tirmizi,, Azim and the gang..

     "eh..eh.. Kasyah la..!" Azim menunding jari ke arah Kasyah.
     "ahahahah.." disambut oleh gelak geng KTJ (Kami Teruna Jambu) yang lain.
     "boo to Kasyah...!!" laung Azim.
     "booooooo....." bergema suara geng KTJ diikuti ketawa terkekeh-kekeh.

     Cikgu Latif menoleh ke arah geng KTJ..

     seakan mengerti akan pandangan Cikgu Latif,, Azim dan rakan-rakan cabut langkah seribu.

     "eh,,kau dah siapkan latihan fizik yang cikgu bagi..??" soal Farah setelah mereka melabuhkan punggung ke kerusi.
     Syada mengangguk.
     "nak menirulah tu.  kau ni,,kenapa malas sangat nak siapkan latihan fizik hah?  liat betul! "
     "aku tak suka belajar fizik,,mengantuk. kat rumah kalau aku nak cepat lelapkan mata,, buku itulah yang aku pegang. terlentok terus. kau lainlah,,memang minat sangat dengan subjek ni dan memang selalu siapkan latihan. kalau aku tiru pasti betul semua. tak baik kalau tak tolong kawan sendiri taw.." Farah tersengih nakal.
"yalah tu. kalau bab cari alasan,, kau memang nombor satu. tapi takpelah,, sebab aku pun selalu tiru latihan Bahasa Arab kau,, aku tak kisah." Syada menyengih.

                                                                              bersambung...

No comments:

Post a Comment