Friday, February 04, 2011

somebody to love : episode4

     Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut wajahnya. hatinya terasa sedikit lapang dengan keadaan itu malah matanya juga senang menatap keindahan taman kecil yang begitu indah dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang berdiri teguh dan segar. nyata sekali ianya berada di bawah penjagaan yang cukup rapi dan cermat. tanpa dipinta,, ingatannya singgah pada Kasyah.

     "apa agaknya khabar kau Kasyah? dah lama aku tak dengar cerita pasal kau. kau pun dah macam lain dengan aku sekarang. aku ada buat salah ke..?? hmmm.." Syada menggigit bibirnya.

     telefon nokia c3 yang berada di dalam genggamannya berbunyi. rupa-rupanya mesej daripada Kasyah yang diterimanya.

     'salam. kau busy ke..??'
     'eh,, takde la. aku tengah lepak-lepak dekat luar rumah ni.' balas Syada.
     'ooo..eh Syada,, sorry ek hari tu aku tak tegur kau dekat bilik buku teks. aku bukannya apa,,aku malu dengan kawan-kawan kau. '
     'kau ni kan,, selalu fikir macam tu..! apa yang kau nak malukan,, aku tak kisah la kawan dengan siapa pun. dah..dah.. mulai saat ini aku tak nak dengar lagi kau cakap tentang hal ni. sekali lagi aku dengar kau cakap camni,, kau tunggu aje la flying kick aku. huh! ' marah Syada.
     'hehe.. sorry Syada. thanks eh. kau tengah buat apa tu? ' Kasyah menghembus nafas lega setelah membaca mesej Syada.
     'aku tengah ambik angin dekat luar rumah nih. bukannya macam kau,, kalau ada masa free aje,, mesej dengan awekssss.' sengaja dia menekankan perkataan aweks.
     'eh,, maaaaaaana ada! aku sekarang ni dah pecah rekod kau tau tak. dah 6 bulan aku single mingle.'
     'ya Allah,, 6 bulan kau kata pecah rekod Kasyah..?? aku ni kan tak pernah pun ambik tahu hal-hal camni. aku nak tanya kau,, apa yang best sangat couple nih? buat orang rosak ada la.' Syada seakan memberi nasihat dengan harapan kawannya ini akan berubah.
     'sampai hati kau Syada. aku couple ni just untuk jadikan tempat aku luahkan perasaan je. takkan kau tak tahu,, mesti kau pun pernah couple kan..'
     'eh sorry..aku tak pernah pun. aku bukannya macam kau. huh..!' Syada menjadi sedikit geram dengan tuduhan Kasyah.
     'ok..ok.. aku tahu,,setiap orang ada pandangan yang berbeza. walau macam mana pun,,aku akan tekankan pada pelajaran aku dulu ok..??'

     "Syada,, mari tolong mak kat dapur..!" laung Puan Fatirah.

     'ok la Kasyah,, aku nak pergi tolong mak aku kat dapur jap. kalau kau ingat kat aku,, kau mesej aku malam ni. kalau kau tak ingat...' sengaja Syada membiarkan ayat itu tergantung.
     'aku mesej kau..!' sepantas kilat Kasyah membalas.

                         ***

     seusai solat Maghrib,, Syada mengatur langkah perlahan-lahan menuruni tangga menuju ke bilik Abang Afif dan Kak Fisyah.
     "assalamualaikum.." Syada mengetuk pintu bilik.
     "masuk la adik,, pintu tak berkunci." jelas kedengaran suara Kak fisyah dari dalam bilik.
     "korang tengah buat apa..?" soal Syada setelah melabuhkan punggungnya di atas katil.
     "ni la tengah bincang nama budak dalam perut nih..hehe.."
     "hah,, Acu dia nak bagi nama apa..??" Abang Afif meminta pendapat Syada.
     "kalau orang,, orang bagi nama Akif Zamani.." lambat-lambat Syada menuturkan nama tersebut dengan memejamkan matanya. penuh penghayatan u..!

     Syada menyambut pantas air kotak yang dihulurkan oleh Abang Afif. lantas menghirupnya perlahan-lahan.

     "kalau Hariz Akasyah okay tak..??" soal Abang Afif sambil menoleh ke arah Syada.
     "uhuukk..uhuukk..!!" hampir sahaja tersembur air laici dari mulutnya apabila mendengar nama yang akhir itu. secara automatik ingatannya hinggap pada janji Kasyah petang tadi.
     "eh,, kenapa ni. adik okay tak?" Abang Afif menepuk-nepuk belakang Syada.
      Syada hanya menunjukkan isyarat okay memandangkan batuknya masih lagi bersisa.

     sejurus selepas itu telefon bimbit Syada berbunyi menandakan dia menerima mesej.bibirnya menguntum senyum apabila melihat nama Kasyah yang tertera di skrin telefonnya. ternyata Kasyah tidak melupakan dirinya. lantas Syada bersandar ke dinding membiarkan abang dan kakak iparnya meneruskan perbualan mereka.

     'oitt,, kau tengah buat apa tu..?? dah makan??'
     'tadi aku tengah bincang dengan abang dan kakak aku pasal nama bakal anak saudara aku. aku dah makan la.. aku makan sekali sehari aje kan.. kau pulak..?? dah makan?'
     'owwhh,, tahniah ek dapat anak saudara . =) aku tak makan lagi. patut la kau tu kurus cekeding je,, sekali sehari je makan rupanya..!'
     'aiii,,nak buat apa makan banyak-banyak. bukan macam kau. ahaha..!'
     'ermmmm...'
'apasal dengan kau ni Kasyah..??'

     5 minit telah berlalu tetapi Kasyah masih tidak membalas mesejnya. Syada mengambil keputusan untuk naik ke biliknya. di bilik,, dia merebahkan dirinya di atas katil sambil mendengar lagu-lagu Westlife. sesekali bibirnya terikut-ikut turut menyanyi. sememangnya lagu-lagu inilah yang akan menjadi penemannya setiap hari.

"opocot..!" Syada tersentak apabila telefon yang berada di atas perutnya bergetar.

'awak,, awak tengah buat apa tu..??' berulang-ulang kali Syada membaca mesej daripada Kasyah. aii,, kenapa ber-awak awak pulak nih..?? lain macam aje..


                                                                                  bersambung..........

No comments:

Post a Comment