Saturday, February 12, 2011

somebody to love : episode5

     aku nak balas macam mana ni.. takkan nak balas dengan aku-kau,, nanti dia terasa pula. tapi,, kalau saya-awak,, aku rasa kekok laa..hmm..


     ' orang tengah dengar lagu pakwe orang. ahaha..!'  Syada mengambil jalan selamat,, iaitu membahasakan dirinya 'orang'. sebenarnya dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia tidak menggunakan saya-awak..
     'haa..?? sape..??'
     'sape lagi,, westlife laa.. lebih-lebih lagi Nicky yang kiut miut tuh.'
     'ehh,, bukan aku ke pakwe kau..??.' Kasyah kembali seperti biasa,, bercakap aku-kau. Syada berasa lega tetapi sedikit terkejut dengan pertanyaan Kasyah.
     'ahaha..! jangan nak perasan..! =P.'
     'laaa..aku baru je nak,, ermm..'
     'Kasyah,, kenapa ni..?? kau marah kat aku ke? sori eh..aku gurau je.' hati Syada digayut perasaan bersalah.

     15 minit berlalu namun Syada tidak menerima balas daripada Kasyah. lantas Syada mencapai novel antologinya,, Renyah yang baru diperolehi lalu membaca dalam posisi berbaring. Syada menoleh ke arah jam dindingnya yang sudah menunjukkan jam 12 tengah malam.. sesekali mulutnya menguap menandakan matanya sudah mengantuk, namun dia tetap berhasrat untuk menghabiskan pembacaanya.

                         ***

     'aduhh..!!' Syada menjerit kesakitan apabila dia tergolek jatuh dari atas katil. dia menggosok-gosok kepalanya yang sakit akibat terhentak ke lantai. dia bingkas bangun menutup lampu biliknya dan kembali merebahkan dirinya ke atas katil. Syada mencari-cari telefonnya yang jatuh di celah katil. ada missed call 2 kali daripada Kasyah! Syada membalas dengan membuat 1 missed call dan kembali memejamkan matanya.

     'kringg,,kringg..!' 

     dalam keadaan matanya yang tertutup rapat,, dia menekan punat hijau pada telefonnya.
'hello,, assalamualaikum..' mata Syada membulat apabila mendengar suara pemanggil tersebut. seperti terkena kejutan elektrik,, Syada bingkas bangun duduk bersila sambil melihat skrin telefonnya. Kasyah.! Kasyah yang menelefonnya. cepat-cepat Syada mematikan talian.   pukul 2.30 pagi..! hairan binti ajaib, buat apa Kasyah menelefonnya malam-malam buta macam ni? cop,,cop..Kasyah tak pernah telefon pun okay.. tak pernah berbual pun dengan dia.


      tuttt,,tutt.. telefonnya berbunyi.  Syada membaca mesej yang baru diterimanya.

     ' kenapa kau matikan telefon tadi..?? cakap laa,, bisu ke..??! '
     ' ermm,, sorry la Kasyah.. aku tengah mamai lagi nih. aku baru terjaga dari tidur..'
     ' ooo.. aku ada hal nak cakap dengan kau,, biar aku telefon.'

     Syada dah mula seram sejuk. maklum la,, selama ini dia tak pernah pun berbual dengan kawan-kawan lelakinya melalui telefon. hati Syada resah memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.
telefonnya berdering. Syada membiarkan beberapa saat berlalu sebelum dia mengangkat panggilan tersebut.

     " hello.." Syada memulakan bicara. sedaya upaya dia cuba untuk mengawal suaranya yang terketar-ketar.
     " assalamualaikum..kau bangun tidur ke tak lagi nih..?? "
     "bangun dah la ni,, yang duk cakap dengan kau. " Syada memeluk mr.teddy nya erat.
     " ermm,, kau..kau tengah buat apa..?

     Syada dapat mengesan nada suara Kasyah yang sedikit menggeletar.

     " aku tengah cakap dengan kau la rima..! " jawapan Syada disambut oleh ketawa Kasyah. sebenarnya dia pun tak tahu apa yang dimaksudkan oleh 'rima' tu. yang dia tahu, Kasyah yang suka menggunakan perkataan tersebut. dia main sebut aje..
     " eh, kau ada kat mana tu..? bising gila." tanya Syada.
     " ahaha..! aku tengah jamming la.. kau nak dengar tak aku main gitar? "
     " ikut kau la.."

     kedengaran Kasyah bercakap-cakap dengan kawannya. kejap suruh ambikkan gitar,, kejap suruh on kan suis.

     " okay Syada,, memandangkan aku nih pakwe kau..~" belum sempat Kasyah menghabiskan ayatnya,, Syada mencelah.
     " oitt,, sejak bile hah..?? " 
     " alaa.. aku tau.. kau aje yang tak nak mengaku kan. lagu favourite girl ini ditujukan khas buat..."
     " SYADA...!!! " serentak disambut oleh kawan-kawan Kasyah yang lain.
     Syada beristighfar di dalam hati. nasib baik cakap dengan telefon,, kalau aku ada kat situ,, malu siot!
     " kau kira 1..2..3 eh.." pesan Kasyah.
     " 1...2...3.." seperti anak kecil,, Syada cuma mengikut.
     sejurus kemudian Syada mendengar bunyi bingit yang teramat sangat! Syada menekup telinganya. tak sanggup lagi rasanya untuk mendengar lagu konon-konon favourite girl yang dimaksudkan tadi. Syada mengambil keputusan untuk memutuskan talian dan kembali merebahkan tubuhnya.

     ' Kasyah.. kau nih meroyan ke apa hah..??' Syada menghantar mesej kepada Kasyah.
     ' kenapa kau letak telefon..? aku tak puas lagi nak cakap dengan kau. lagipun suara kau kiut sesangat..!'
     ' hah Kasyah,, kau jangan nak mengarut-ngarut..aku flying kick kan.'
     ' eh sungguh la ni.. aku rasa kan macam dah nak jatuh chenta dekat kau ni. kau tak sayang aku ke? '

       Syada seperti mahu menangis apabila membaca mesej Kasyah. sungguh,, dia tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegini. waa... kenapa kau buat aku macam ni Kasyah..!


      Syada mengambil masa selama beberapa minit untuk membalas.

     ' kawan,, mesti la sayang.. macam aku sayang Adlin,, Rifqi..'
     ' oww,, aku pun macam tu jugak..! Syada,, jom kita borak-borak.. biar aku telefon kau eh..'


                                                                                        bersambung..........

No comments:

Post a Comment