Thursday, June 09, 2011

Eh siapa Mira Edora tu ?


nah hambek kaw. gedabak header nyah. eh bukan akak mira ni nyah ! aku cabai mulut karang. haha. hari ni aku join contest ' eh siapa Mira Edora tu ? '. eh jap sebelum tu korang kena ambil mood overeksaited dulu. okay sebut sekali lagi ' eh siapa Mira Edora tu ?'. hah cantekk

first, saya . . eh tetibe insap guna 'saya' la ! ye la ngan akak ni . mesti la guna 'saya'
okay saya dah follow belog akak taw. then, saya kena buat cerita dongeng . .
sape-sape nak join, >KLIK SINI<

tarik napas . . hembus napas . . hnsff 

" Aku & Mira Edora "

Sabila melompat turun dari Mountain Bike kesayangannya. Dia mengunci basikal itu lalu membetulkan beg yang disandangnya. Langkah diayun pantas ke Gerai Gayah Gojes (3G).
Mampus aku ! Dah lambat ni. Nanti panjang pulak syarahan si Eena tu. Kalau setakat Naj dan Fie, aku boleh tahan lagi. Tapi Eena, mulut mengalahkan Gayah Gojes tu.

'hey gang, what's up ?' soal Sabila setelah menghampiri teman-temannya yang tekun menelaah.
'hai, awal sampai !' sindir Eena sambil merenung Sabila yang tersengih macam kerang tak wangi.
'hee. . sorry la . okay dah jom kita mulakan revision sekarang.' Sabila cuba untuk tidak memanjangkan hal tersebut.

'wei, aku nak merehatkan minda dulu lah.' kata Sabila mencetus kesunyian
'huk aloh poyos la kaw ni. nak merehatkan minda konon. padahal nak melantak tidur.' jawab Eena

tengok, kan aku dah cakap mulut si Eena ni tak ada insurans. kalah Gayah Gojes yang kononnya dikatakan dahulu pernah masuk dalam akhbar gara-gara kelancangan mulutnya men'sound' aktres terfemes, Dato' Siti Nurlijah.

sesekali kelihatan Sabila menoleh ke kiri dan ke kanan berharap agar bas atau teksi melewati kawasan tersebut. namun, tiada satu pun kenderaan yang melintas. jam tangan yang dibelinya di pasar malam chow kit yang dianggap ter'vogue' dalam hidupnya menunjukkan tepat jam 12 tengah malam. untuk mengisi keboringan menunggu yang bagaikan menunggu kucing berhidung mancung laksana Hrithik Roshan, sabila menyanyi dengan riang ria menggunakan suara somprono nya. out of the blue, eh tersyasul ! tiba-tiba, kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 20 an menuju ke arah Sabila

'barangkali, dia nak join aku kot. wah eksaited eksaited'. detik hati Sabila

memandangkan Sabila tiada teman untuk berbual, dia berhasrat untuk beramah-mesra dengan gadis itu. seperti YB Zaidi yang beramah-mesra dengan penduduk kampungnya pada minggu lepas.

Sabila memulakan bicara
'hai. saya Sabila. tapi orang panggil Sabell.' sumpah berderai usus perut kengkawan aku kalau diorang dengar ni. bisik hati kecil Sabila.
'saya Mira Edora.' jawab Mira ringkas sambil tersenyum manis laksana lollipop.
'eh ehh panjang nau rambut awak. cantik lak tu. awak pakai syampu sunsilk yang diperbaharui oleh Thomas Taw ehhhh.'
'tak de la. saya tak pernah syampu rambut pun !'

jawapan mira membuatkan sabila terkejut tahap bapakk ! keadaan sabila pada ketika itu boleh digambarkan seperti : tangan didada, mata ke atas

sabila berasa jijik terhadap mira. ye lah, sepanjang hidup nya selama 16 tahun yang riang gumbira ni, tak pernah dia jumpa perempuan yang tidak pernah syampu rambut ! muka cantik tahap gojes tapi. . hurmm tak dapek den nak nolong. oleh itu, sabila berhasrat untuk membaca buku cerita yang dihadiahkan oleh guru tadika nya dahulu.

selang 15 minit kemudian, sabila menoleh ke arah mira. apa yang membuatnya terkejut tahap gaban, wanita yang gojes tadi telah berubah menjadi skeleton ! skeleton is rangka. mukanya dipenuhi dengan ulat bulu ! giginya pulak masyaAllah. . berseranggah ! pada ketika itu juga, terdetik di hati Sabila untuk memujuk abangnya me'sponsor' rawatan gigi percuma memandangkan abangnya bakal menjadi dentist pada tahun depan.

mira a.k.a rangka a.k.a skeleton mahu mencekik tekak Sabila yang jinjang. 
tanpa cintamu aku resah tanpa. . eh terlebih nyanyi  lagu sixth sense la pulak.
okay tanpa membuang secinonet masa sekalipun, sabila terus menarik rambut mira dengan kejamnya. bukan itu sahaja, dia juga turut menghadiahkan flying kick tepat pada perut mira.

huh pada masa kecemasan begini la aku perlu praktikkan teknik flying kick yang diajarkan oleh tokwan  mengaji aku dulu. detik hati sabila

mira terduduk dengan sopannya sambil meraung kesakitan. sabila mengambil keputusan drastik iaitu bersimpuh di sebelah mira lalu membaca ayat-ayat al-Quran yang terlintas di fikirannya. tidak lama selepas itu, mira hilang dari pandangan.

'woi, kau ni meracau ke apa duk tendang tendang kaki aku nih.' Naj menggoncang bahu sabila.
'eh mana mira mana mira ?' soal sabila setelah terjaga dari tidurnya.
'mira mana pulak nihh.' Fie mengerutkan dahinya .
'ahh abaikan minah ni. tengah mengigau agaknya.' sampuk Eena

'eh ehh Mira Edora tu gadis cantik a.k.a rangka a.k.a hantu lahh !' sabila tiba tiba bersuara.

~ T A M A T ~

hee~ okay tak akak ?

p/s : cerita dongeng di atas hanyalah rekaan semata mata. tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


daa~
=D


9 comments:

  1. waaahh ! ade bkat jd penulis novel nie ^^

    ReplyDelete
  2. gud luck.. hihi.. ada bakat tulis cerpen..

    ReplyDelete
  3. nawal : haha
    sy mmg ad wt mini novel ari tu tp tak siap2 =,="

    ReplyDelete
  4. cik miera : thanx ! bakat mngarot ad la.
    haha
    jom la join skali ^_^

    ReplyDelete
  5. ahhahhahaha. nicee story! tu la tido lagi disiang hari. kan akk dah jadi antu :P ekkekeke. thanks sabell! :) gud luckk~

    ReplyDelete
  6. kak mira komen ??
    oh sy eksaited oh sy eksaitedd !!

    ReplyDelete
  7. hehe..hantu~
    cite mantap & gud luck:))

    ReplyDelete
  8. hehe..hantu~
    cite mantap & gud luck:))

    ReplyDelete